Oleh: Ambrose M Matthew
TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyifatkan kenyataan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengenai isu 20 Perkara sebagai tidak menghormati kedaulatan serta menyisihkan hak asasi rakyat negeri ini kerana menganggap isu tersebut tidak sah kerana kononnya sudah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia.
Beliau berkata, kenyataan beliau itu amat mengecewakan segenap lapisan rakyat kerana sikapnya yang tidak patriotik untuk mempertahankan hak asasi rakyat negeri ini malah sanggup memperlekehkan perjanjian 20 perkara sebagai tidak wujud lagi.
“ Saya seorang Peguam banyak membaca dan meniliti perundangan yang melibatkan perjanjian Malaysia, 20 Perkara termasuk hasil persetujuan ketika pembentukan Malaysia 1963 dan juga laporan Inter Governmental Committee (IGC) yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak yang dipengerusikan Suruhanjaya Cobbold dari United Nation (UN) dimana menetapkan bahawa selagi Perjanjian Malaysia wujud dan tidak cacat selagi itu 20 Perkara tetap wujud,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 500 orang ketika merasmikan Pesta Kamatan Peringkat Negeri diKg Pulong dekat sini pada Ahad.
“ Saya tidak tahu sumber mana Datuk Salleh perolehi peraturan tersebut atau mungkin beliau sudah berada dalam situasi menggelabah kerana mendapat tahu bahawa kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) sukar dapat mempertahankan kerajaannya pada Pilihanraya umum kali ke-13 ini,” tambahnya.
Tegasnya, dalam ertikata yang lain bahawa perjanjian Malaysia yang ditanda tangani sekitar tahun 1963 masih segar dan masih berkuatkuasa kerana ianya tidak mempunyai had tempoh luput. Bagaimana pun sekiranya ia diputuskan tidak sah, bermakna segala perjanjian yang terlibat pada ketika itu semuanya tidak sah dan batal.
Selain itu, Datuk Yong turut membangkitkan perkara lain dimana pada baru baru ini dua bekas penjawat awam menyaman kerajaan berhubung isu Borneonisasi Perkara 8 sepertimana termaktub dalam 20 Perkara dibenarkan oleh Mahkamah untuk dibicarakan.
Tambahnya, adalah jelas memberi gambaran bahawa perjanjian 20 Perkara masih relevan mengikut pandangan Mahkamah. Jikalau tidak sudah pasti ianya sudah ditolak oleh Mahkamah daripada meneruskan saman kedua dua plentif.
Turut dibangkitkan Yong adalah masalah tanah tanah NCR yang kini semakin kronik kerana terdapat beberapa insiden dimana rakyat terpaksa merengkok ke dalam penjara kerana atas tuduhan menceroh kawasan larangan Hutan Simpan sedangkan kawasan itu adalah kawasan tanah NCR.
“ Kita akan kembalikan tanah tanah hak mereka apabila SAPP menjadi kerajaan dan dalam masa yang sama kita batalkan pemberian geran komunal dengan syarat rakyat harus bersama sama dengan kita untuk ‘tukar baju atau tukar kerajaan’ pada pilihanraya umum kali ke-13 nanti,” tegas Yong.
“ Kalau kita tiada tanah siapa yang peduli kita...malah tanah merupakan aset kita untuk menentukan arah kemajuan sosio ekonomi kita untuk menjana penghidupan yang lebih bermakna demi anak cucu cicit kita,” tambahnya.
Dalam pada itu, berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan Yong turut menekankan bahawa SAPP akan terus menghormati serta memelihara perayaan itu yang penuh dengan pengisian adat dan senibudaya suku kaum KDM yang telah diwarisi sejak turun temurun sejak dari nenek moyang masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman.
“ Kita percaya bahawa pesta yang mempunyai misi keadatan itu sudah pasti antara lainnya akan memberi galakkan untuk menambah nilai pendapatan padi yang menjadi sumber makanan kita pada tahun tahun mendatang...selain itu ia juga merupakan majlis khas untuk mensyukuri bambarayon atau kenoingan yang memberi berkat dan limpahan rezeki kepada kita,” tegas Datuk Yong.
Yong seterusnya berkata, sekitar tahun 1997 ketika beliau menjadi Ketua Menteri dimana laporan pengeluaran beras dinegeri ini consumption sebanyak 300,000 metrik tan, pengeluaran tempatan sebanyak 100,000 metrik tan manakala impot sebanyak 200,000 metrik tan. Ekspot ke Sarawak sekadar 2,000 metrik tan sahaja.
Bagaimana pun, sekiranya SAPP ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan selepas Pilihanraya umum kali ke-13, parti itu telah siap membuat perancangan untuk 5 tahun kehadapan dimana sejumlah RM500 juta akan dilaburkan untuk menerokai tanah seluas 100,000 hektar khusus untuk tanaman padi.
Jangkaan itu besar kemungkinan bahawa negeri ini tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimpotan makanan khususnya beras kerana berdasarkan fakta itu ianya mampu berdikari malah berkemungkinan Sabah merupakan salah satu pengekspiot beras kepada Negara luar kelak, tegas Yong.
Ends///..
Caption:-
1. Gambar DATUK YONG T.L – Kelihatan Datuk Yong menumbuk padi bersama pemimpin SAPP sebagai simbolik merasmikan Pesta Kaamatan.
2. Gambar MENAMPI PADI – Sekumpulan para ibu menunjukkan ‘skill’ bagaimana menampi padi menggunakan ‘lilibu’ yang dipanggil ‘manili’.
3. Gambar DATUK YONG T.L 2 – Kelihatan beliau sedang berucap dipentas khas.
Ahad, 27 Mei 2012
ISU 20 PERKARA MASIH RELEVAN
Oleh: GONOD SUNDA
KENYATAAN Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengenai perjanjian 20 Perkara yang disifatkannya sebagai tidak sah kerana kononnya telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia menunjukkan suatu alasan yang kurang tepat.
Malahan ia diramal akan mengeruhkan lagi suasana politik dinegeri ini kerana sudah pasti pihak pembangkang dan sebahagian besar rakyat Sabah yang berkehendakkan isu 20 Perkara dikaji semula isi kandungannya oleh kerajaan pusat untuk dilaksanakan.
Tidak perlu Datuk Salleh menuding jari menyalahkan pembangkang dalam isu tersebut kerana semua rakyat sudah faham pokok pangkal sejarah kelahiran Malaysia menerusi sumber sumber media alternatif dimana 20 Perkara merupakan asas perjanjian persetujuan pembentukkan itu sekitar tahun 1963 melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Terlalu sukar untuk meyakinkan rakyat jelata khususnya diSabah sepertimana dakwaan Datuk Salleh itu kononnya perjanjian itu sudah tidak wujud lagi tetapi pembangkang menggunakan platform isu itu untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Bagaimana pun, kenyataan Salleh itu dianggap remeh kerana ia lebih bersifat penafian terhadap kelalaian pemimpin BN sama ada secara sengaja atau tidak sengaja namun rakyat tiada pilihan dan terpaksa beralih arah ke pihak pembangkang untuk meluahkan perasaan bagi mencari keadilan dimana pelbagai isu yang masih tertunggak belum diselesaikan sedangkan hak asasi mereka semakin terhimpit.
Salleh yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah seharusnya lebih peka bahawa dengan kepesatan kemajuan teknologi masa kini seperti yang diakuinya, sudah tentu isu isu yang melibatkan kepincangan UMNO dan BN termasuklah isu 20 Perkara dengan mudah sampai ke tangan rakyat jelata tanpa mengira status mereka, sebaliknya mengapa menuding jari kepada pembangkang menuduh itu dan ini.
Apa pun alasan atau pun percubaan Salleh memesongkan pemahaman rakyat terutamanya golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan kewujudan perjanjian itu namun ianya sudah terlambat kerana golongan muda yang kebanyakkannya berpendidikan tinggi sudah mengetahui kewujudan perjanjian itu secara mendalam dan terperinci sebaliknya ia bukan diputar belit oleh pembangkang.
Sebagai pemimpin yang berpengalam dan pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah didalam sistem penggiliran Ketua Menteri seperti Datuk Salleh, adalah lebih baik bagi beliau mengesyorkan kepada kerajaan Persekutuan supaya isu 20 Perkara dimasukkan didalam agenda nasional untuk penyelesaian secara mutlak daripada memutar belitkan isu tersebut yang kini menjadi kemarahan rakyat Sabah. Ends//

Langgan:
Catatan (Atom)