Oleh: GONOD SUNDA
KENYATAAN Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said mengenai perjanjian 20 Perkara yang disifatkannya sebagai tidak sah kerana kononnya telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia menunjukkan suatu alasan yang kurang tepat.
Malahan ia diramal akan mengeruhkan lagi suasana politik dinegeri ini kerana sudah pasti pihak pembangkang dan sebahagian besar rakyat Sabah yang berkehendakkan isu 20 Perkara dikaji semula isi kandungannya oleh kerajaan pusat untuk dilaksanakan.
Tidak perlu Datuk Salleh menuding jari menyalahkan pembangkang dalam isu tersebut kerana semua rakyat sudah faham pokok pangkal sejarah kelahiran Malaysia menerusi sumber sumber media alternatif dimana 20 Perkara merupakan asas perjanjian persetujuan pembentukkan itu sekitar tahun 1963 melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Terlalu sukar untuk meyakinkan rakyat jelata khususnya diSabah sepertimana dakwaan Datuk Salleh itu kononnya perjanjian itu sudah tidak wujud lagi tetapi pembangkang menggunakan platform isu itu untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Bagaimana pun, kenyataan Salleh itu dianggap remeh kerana ia lebih bersifat penafian terhadap kelalaian pemimpin BN sama ada secara sengaja atau tidak sengaja namun rakyat tiada pilihan dan terpaksa beralih arah ke pihak pembangkang untuk meluahkan perasaan bagi mencari keadilan dimana pelbagai isu yang masih tertunggak belum diselesaikan sedangkan hak asasi mereka semakin terhimpit.
Salleh yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah seharusnya lebih peka bahawa dengan kepesatan kemajuan teknologi masa kini seperti yang diakuinya, sudah tentu isu isu yang melibatkan kepincangan UMNO dan BN termasuklah isu 20 Perkara dengan mudah sampai ke tangan rakyat jelata tanpa mengira status mereka, sebaliknya mengapa menuding jari kepada pembangkang menuduh itu dan ini.
Apa pun alasan atau pun percubaan Salleh memesongkan pemahaman rakyat terutamanya golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan kewujudan perjanjian itu namun ianya sudah terlambat kerana golongan muda yang kebanyakkannya berpendidikan tinggi sudah mengetahui kewujudan perjanjian itu secara mendalam dan terperinci sebaliknya ia bukan diputar belit oleh pembangkang.
Sebagai pemimpin yang berpengalam dan pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah didalam sistem penggiliran Ketua Menteri seperti Datuk Salleh, adalah lebih baik bagi beliau mengesyorkan kepada kerajaan Persekutuan supaya isu 20 Perkara dimasukkan didalam agenda nasional untuk penyelesaian secara mutlak daripada memutar belitkan isu tersebut yang kini menjadi kemarahan rakyat Sabah.
Ends//
Tiada ulasan:
Catat Ulasan