Jumaat, 1 Julai 2011

NAJIB RESTUI GERAN KOMUNAL, RAKYAT RUNDUM SEMAKIN TERTEKAN

Oleh: GONOD SUNDA

LAWATAN Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak bagi julung kalinya ke Daerah Kecil Kemabong pada Khamis merupakan lawatan pertama kalinya selepas dilantik ke jawatan PM bagi kali ke-6 yang disifatkan banyak pihak khususnya rakyat Kemabong sebagai “ Misi PM menghancur harapan rakyat Kemabong” kerana impian mereka (rakyat) untuk menolak pemberian geran komunal sudah hancur lebur dan seterusnya menjadi debu.

Apa tidaknya jikalau Perdana Menteri sudah mengesahkan bahawa hanya geran komunal sahaja yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tanah bekas NCR yang suatu ketika dahulu menjadi kontroversi kerana tanah NCR itu berada dalam kawasan Hutan Simpan.

Mereka hanya berkesempatan bergembira seketika selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak pensabitan bersalah 6 penduduk Kg Imahit kerana dituduh menceroboh kawasan Hutan Simpan oleh Mahkamah Majistret Tenom beberapa bulan lalu, dimana Hakim yang membicara semula rayuan ke enam enam tertuduh itu mendapati bahawa tanah yang mereka terokai dan duduki adalah hak mutlak mereka sebagai tanah adat atau NCR.

Sejurus beberapa bulan selepas itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pula mengumumkan bahawa semua tanah tanah NCR yang berada dalam kawasan Hutan Simpan akan dikeluarkan menjadi “State land” sebelum ianya diberi kepada penduduk kampong yang berhak dengan syarat ianya berstatus geran komunal.

Titik tolak daripada pengumuman itu, mulalah penduduk kampong khususnya kawasan kawasan yang terlibat dengan bekas tanah NCR berpaling muka sesama mereka bahawa apakah geran komunal itu selamat bagi mereka atau apakah mereka ibarat “ Terlepas dari mulut naga, masuk ke mulut buaya”.

Lantaran itu, ketibaan PM ke Kemabong dalam siri lawatan kerjanya dengan hanya membawa ole ole peruntukkan sekadar RM5.8 juta dimana pecahannya seperti berikut; Pembinaan Rumah Panjang/Rumah Kebudayaan sebanyak RM3 juta dan membaikpulih jalanraya sebanyak RM2.8 juta, adalah jelas bahawa urusan sebenar PM bukan lah untuk memberi peruntukkan pembangunan tetapi lebih tepat lagi ianya sekadar membantu Wakil Rakyat Kemabong untuk memberitahu rakyat bahawa geran komunal tetap dilaksanakan.

“ Bolehkah sejumlah peruntukkan yang diumumkan itu mampu menyelesaikan pelbagai masalah pembangunan disini terutamanya jalanraya dimana 70 peratus daripadanya mengalami kerosakkan teruk,” tanya Palipus Ampasu 50, seorang penduduk Kg Kabintalan Rundum.

“ Dalam ucapan PM itu kenapa beliau balik balik tanya hadirin yang hanya lebih kurang 10 ribu orang dengan tempekan suara bertanya… bolehkah BN menang? Tapi jawapan sinis saja daripada hadirin…bollleeehhhh? Apa sebabnya itu? Tahu sama tahu sahaja lah kerana mungkin juga Najib selaku PM kerajaan BN adalah yang terakhir ketika ini,” tambah Palipus lagi.

Ramai rakyat Kemabong yang kecewa apabila secara tiba tiba PM mengumumkan pemberian geran komunal itu, sedangkan mereka masih menunggu rayuan yang difahamkan masih berada ditangan SUHAKAM yang sepatutnya Adun Kemabong bertindak lebih rasional sebelum sesuatu keputusan mutlak terhadap perkara tersebut dengan mendahulukan hak rakyat yang menuntut tanah NCR.

Caption:-

1. PM bersama dif dif kehormat dibarisan hadapan astaka.
2. Palipus Ampasu 50, seorang penduduk Kg Kabintaluan Rundum.