Khamis, 1 Jun 2017

14 KELUARGA KG ULU PONONTOMON 6 TAHUN TIADA BEKALAN AIR BERSIH

OLEH: ULU PADAS
TANGKI KOSONG, KATA GRELYDIA

BEBERAPA penduduk kampung yang terjejas teruk ketiadaan air bersih khususnya diKg Ulu Ponontomon merungut kerana setakat ini mereka hanya bergantung kepada tadahan air hujan dan air dibeli dari Jabatan Air. 

Keadaan ini berlaku apabila 'booster pump' yang dibina pada tahun 2011 untuk mengepam air ke dalam tangki tidak berfungsi/tidak beroperasi menyebabkan penduduk dikawasan sekitar Kg Ulu Ponontomon gagal mendapat bekalan air bersih dan terawat.
MUNSIN YASAP

Menurut jurucakap penduduk terbabit yang juga bekas Ketua Kampong, Munsin Yasap 73, berkata, sepatutnya bekalan air mula disalurkan sejurus selepas pembinaan tangki telah siap pada awal tahun 2012, sebaliknya harapan mereka berkecai apabila bekalan air tidak berlaku sehingga ke hari ini, katanya.

Tapak pump house yang dibina di kawasan tapak tanah yang dibeli kerajaan (Jabatan Air Sabah) daripada bekas Ketua Kampong Munsin Yasap telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2011 dan bekalan air sepatutnya bermula pada awal tahun 2012.

Munsin Yasap selaku jurucakap penduduk perkampungan tersebut mewakili seramai 14 buah keluarga berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

Tambahnya, sungguhpun beberapa aduan telah diajukan kepada pihak berkenaan terutamanya Jabatan Air Tenom namun sehingga kini tiada tanda tanda tindakan dibuat oleh pihak berkaitan, jelas Munsin.

“ Disebabkan sudah bosan berurusan dengan kerajaan, kami cuba mendapatkan bantuan daripada Khidmat Sosial Masyarakat anjuran DAP...kerana kami terdesak untuk memburu penghidupan selesa dan tiada pilihan,” jelasnya.

 Dalam pada itu, Ketua DAP Tenom Grelydia Gillod berkata, Program Impian Membaca selama 2 hari (27-28/5/2017) bertempat di Kampung Batu Batu, sesi itu sering tergendala kerana masalah gangguan bekalan air.
KEM IMPIAN MEMBACA KG BATU BATU

Berikutan masalah itu menyebabkan pihak penganjur terpaksa membeli air daripada Jabatan Air untuk kegunaan semasa program berlangsung, kata Grelydia sambil menyatakan kesediaan parti itu untuk membina paip graviti dimana puncanya bakal disambung dari ulu sungai Kg Ponontomon.

Menurut Grelydia, pihaknya telah pun mengajukan persoalan berhubung masalah booster pump yang tidak beroperasi disitu namun kakitangan jabatan itu enggan memberi jawapan yang jelas, katanya. Ends///..