Rabu, 16 November 2016

MAMAGUN SAMBUT BAIK KETERBUKAAN PERDANA MENTERI SELESAI ISU MA63

Oleh: Mail Mathew 


TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun (Mamagun) menyambut baik jaminan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pihaknya sentiasa bersikap terbuka dalam merundingkan apa sahaja kebaikan rakyat diSabah khususnya Perjanjian Malaysia 1963. 

Mamagun akur sebarang keputusan yang bakal dicapai hasil rundingan itu kelak namun apa yang lebih penting kemelut isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat menghasilkan satu penyelesaian yang melegakan semua atau win win situation, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Setakat ini ramai generasi Y terutama masyarakat orang asal yang dilahirkan selepas pembentukkan Malaysia masih tertanya tanya bilakah kemelut isu hak asasi rakyat dinegeri ini yang didakwa kononnya terdapat kepincangan tetapi belum ada pemimpin yang bersedia duduk semeja untuk memulakan perbincangan, kata Rudy.

“ Persoalan yang terbaru, masing masing mahu mengetahui maklumat hak 40 peratus dipulangkan kepada negeri Sabah hasil kutipan cukai....dan yang lain lain penukaran status Negara kepada Negeri termasuk isu bahasa rasmi diSabah...ini semua kita memerlukan campurtangan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya,” katanya.

 Rudy berkata demikian pada Selasa, sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Konvensyen UPKO tahun 2016 diadakan diPusat Kebudayaan Sabah Penampang pada Sabtu.

Turut hadir dimajlis itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang juga merupakan Duta Malaysia ke Holy See.

Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, beliau menggesa rakyat Sabah agar terus bersatu dengan Malaysia dan menolak sebarang tanggapan pemisahan, dengan mengibaratkan ia umpama sebuah keluarga yang berpecah hanya akan memusnahkan dirinya sendiri.

Sedangkan pintu sentiasa terbuka untuk mana mana rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan beliau berikrar akan memastikan rakyat Sabah dipertahankan mengikut perjanjian tersebut, kata Najib.

Selain itu, berhubung dengan persetujuan Perdana Menteri memberi geran RM1 juta untuk mempromosikan bahasa Kadazan, Rudy berharap agar geran sedemikian perlu diperluaskan kepada masyarakat rumpun Momogun dimana masyarakat orang asal sebanyak lebih 21 etnik berada dikelompok tersebut.

 “ Sepertimana yang didedahkan dalam ucapan Datuk Seri Madius Tangau mengenai peluang perniagaan IKS, Momogun juga teringin untuk mendapat agihan kek pembangunan seperti yang dinikmati MCA dan MIC dimana masing masing telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui TEKUN untuk perniagaan kecil dan sederhana diluar bandar.

“ Suntikan ini pastinya akan merancakkan lagi penjanaan pendapatan, sekaligus mempertingkatkan taraf hidup masyarakat kita yang berada diluar bandar,” kata Rudy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun (Mamagun) Sabah.