Khamis, 14 Januari 2016

LEBIH SERATUS BANTAH ZON PERINDUSTRIAN KHAS DIMUKIM MELALAP

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kira Kira seramai lebih seratus orang penduduk sekitar Mukim Melalap menurunkan tanda tangan masing masing membuat bantahan keatas cadangan pihak Majlis daerah disini untuk mengezonkan kawasan desa diubah menjadi zon perindustrian khas menerusi notis awam bertarikh 15 Disember 2015.

JIMMY DAN RAKAN
Kawasan terlibat terletak dilokasi C.L. 28101 nombor pelan 16150021 dekat Mukim Melalap Utara, dimana tujuannya untuk pembinaan development of Palm Oil Mill (processing oil palm fruits into Crude Palm Oil CPO) dan Palm Kernel (PK).

 Kumpulan pembantah diketuai bekas calon SAPP Parlimen Tenom semasa PRU13 Jimmy Jawatah mengambil masa kira kira 15 minit pada Khamis menyerahkan surat bantahan rasmi itu kepada Pengerusi Majlis Daerah merangkap Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan.

NOTIS AWAM
Menurut Jimmy, tujuan bantahan itu adalah untuk mengelakkan penduduk persekitaran Mukim disitu akan mengalami kesan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara yang akan mengeluarkan bau busuk melalui asap kilang sekaligus akan menjejaskan kesihatan penduduk secara jangka panjang.

Sehubungan itu, Jimmy menjelaskan bahawa mereka (penduduk) sudah mengalami penderitaan pencemaran udara yang berbau busuk beberapa tahun lalu akibat pembinaan kilang pemprosesan kelapa sawit Sime Darby dekat Kg Pulong dimana bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi juga mengwujudkan kehadiran lalat dan agas didalam rumah dan kawasan persekitaran.

 “ Kami tidak mahu mengalami pengalaman pahit itu berlaku bagi kali kedua kerana jika kami berdiam diri tidak membantah sudah pastilah penderitaan kami akan berpanjangan....terima kasihlah kepada Pegawai Daerah Tenom kerana memberikan peluang kepada membuat pandangan.

 “ Selain itu, mungkin juga akan timbul isu sosial yang bakal wujud menjadikan lebih konflik dalam hidup masyarakat kami dimana tawaran pekerjaan lebih condong potensinya kepada pengambilan buruh migran dari luar negara yang dibawa masuk untuk bekerja disektor perladangan adalah tinggi.

“ Buktinya, dilaman freemalaysia today pada 18.1.2015, Menteri Sumber Manusia, Richard Riot Jaem berkata, kumpulan pertama seramai 5,000 pekerja buruh Bangladesh telah dibawa masuk oleh kerajaan Sarawak untuk bekerja disektor perladangan...kerana tidak ramai penduduk tempatan sanggup bekerja diladang ladang,” katanya.

 Jimmy menambah, kebimbangan lain seperti penghijrahan pendatang asing tanpa izin (PTI) ke Tenom daripada Pantai Timor tentunya begitu mudah disebabkan lingkaran jalanraya yang menghubungkan antara Timor, Barat dan Selatan Pedalaman walaupun tujuan asal mereka untuk mencari pekerjaan yang halal sebaliknya ia menjadi beban dari aspek keselamatan.

 Oleh itu, adalah tidak wajar mengwujudkan ZON PERINDUSTRIAN MINYAK SAWIT ditengah tengah kelompok masyarakat 'orang asal' yang sudah mendiami perkampungan diMukim Melalap lebih seratus tahun, tegasnya.

 Justeru, sambil memetik kenyataan NGO Pacos bahawa masyarakat 'orang asal' adalah golongan masyarakat yang suka menetap dikawasan desa dan bukannya dikelilingi oleh kilang kilang ataupun 'commercial buildings' dimana kenyataan itu mempunyai kewajarannya, tegas Jimmy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7614 - Kelihatan Jimmy Jawatah (tengah) diapit dua pengiringnya sebelum menyerahkan surat bantahan itu kepada Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan. 2.IMG_7615 - Salinan notis awam yang dipamerkan sebagai pemberitahuan cadangan pengezonan kawasan perindustrian khas.