Ahad, 6 Ogos 2017

DAPSY TENOM MENDERMA DARAH BERSAMA JINAN DAN RELA

OLEH: ULU PADAS
 
DERMA DARAH BERSAMA JINAN DAN RELA

 PROGRAM Khidmat Sosial DAPSY Tenom meneruskan aktivitinya untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dimana pada kali ini mereka hadir memberikan sokongan seterusnya menderma darah anjuran Persatuan Kebajikan JINAN dan RELA. 

MENDAFTAR
Program tersebut diketuai oleh Pengerusi DAP Tenom Grelydia Gillod bersama sama dengan beberapa ahli DAP yang lain tampil menderma darah di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang pekan baharu Melalap pada Sabtu.

 Menurut Gillod, mereka terpanggil untuk menyahut saranan itu oleh beberapa NGO dan Pertubuhan beruniform didaerah ini agar, mereka juga harus turut bersama menjayakan kempen menderma darah untuk mengisi tabung darah hospital disini yang kini memerlukan bantuan para dermawan.

Menyedari hakikat ini, Gillod merasakan bahawa darah amatlah perlu untuk menyambung hayat seseorang pesakit kronik terutamanya pesakit Thalassemia, ibu bersalin dan semasa pembedahan, sedangkan tabung darah hospital juga semakin kering simpanannya.

Oleh itu, dengan langkah yang pantas lalu beliau menggerakkan jenteranya untuk mendepani cabaran tersebut demi menyelamatkan nyawa orang lain dengan titisan darah dari mereka, tanpa berfikiran panjang hasrat mereka telah kesampaian.

 “ Kita harus ingat bahawa setiap insan yang sihat perlu menderma darah kepada mereka yang memerlukan...kerana darah setitik itu akan dapat menyelamatkan nyawa manusia,” kata Gillod. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.ADAP 1- Kelihatan Grelydia dan ahli ahlinya merakamkan kenangan abadi bersama Persatuan Kebajikan JINAN dan RELA sebelum menderma. 2.ADAP 2- Peserta penderma darah DAPSY Tenom menjalankan ujian darah sebelum didaftarkan untuk menderma. 3.ADAP 3- Salah seorang peserta DAPSY Tenom sedang menderma darah.