Khamis, 19 November 2015

HOSPITAL BARU SIAP NAMUN MASIH KEKURANGAN

Oleh: Mail Mathew

HOSPITAL TENOM YANG BAHARU
TENOM: Masyarakat sekeliling daerah disini terutamanya para pesakit tidak lagi kedengaran mengeluh selepas terbinanya sebuah hospital baru yang dibina diatas tapak seluas kira kira 10 ekar bersebelahan dengan kawasan hospital lama dan.

 Menurut Pegawai Tadbirnya ketika dihubungi pada Rabu menyatakan bahawa, Hospital itu yang telah siap pembinaannya tahun ini (2015) telah pun mula beroperasi kira kira tiga minggu lalu antara Oktober hingga November 2015, dikendalikan empat orang doktor untuk merawat para pesakit luar setiap hari.

 Bagaimana pun, Pegawai Tadbir itu menjelaskan bahawa, disebabkan operasi hospital itu masih diperingkat awal sudah tentulah ianya tidak sunyi daripada berlakunya beberapa kelemahan namun pihak mereka amat mengalu alukan sebarang cadangan untuk menambahbaik perkhidmatan hospital itu kepada masyarakat.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa komen daripada masyarakat pengguna (pesakit) dan pemimpin NGO yang mengajukan beberapa cadangan dimana antara lain tujuannya untuk menambahbaik perkhidmatan hospital itu demi keselesaan para pesakit yang berurusan.

Setiausaha Agung NGO Mamagun Majiadih O.T Matalih berkata, beliau tidak menafikan bahawa masih terdapat kepincangan dibahagian pendaftaran pesakit luar kerana kawasan itu senantiasa sesak
MAJIADIH O.T MATALIH
dikerumuni pesakit untuk membuat pendaftaran.

Banyak kemungkinan ia disebabkan prosedur yang masih ditahap lama dimana pengendalian pendaftaran masih dilakukan secara “manual”, sebaliknya ia seharusnya sudah beralih kepada sistem berkomputer dimana segala data data pesakit berada dalam komputer.

 “ Bagaimana pun, kita amat berbangga dan bersyukur kerana dalam tempoh lebih 50 tahun sejak merdeka, kita mendapat
PIBURUS IMAM
sebuah hospital baru yang didam idamkan,” katanya.

Seorang lagi penduduk Kg Bakuku dalam Mukim Ulu Tomani Piburus bin Imam 56, gembira dengan perkembangan itu kerana hospital yang lama sudah tidak dapat menampung jumlah pesakit luar yang semakin meningkat untuk mendapatkan rawatan setiap hari.

 Beliau turut mencadangkan agar seorang doktor pakar ditempatkan dikawasan hospital baru untuk menangani masalah rawatan penyakit kronik supaya tidak lagi dihantar ke Keningau mahupun Kota Kinabalu yang akan membebankan pesakit miskin.

 Manakala Kolotor bin Imam 61, berasal daripada Kg magunsop Ulu Tomani meminta pihak pengurusan hospital baru agar meletakkan lampu digital mengandungi nombor giliran pesakit ditempat yang terang dan mudah dilihat terutama para pesakit yang mengalami penyakit rabun mata.

Selain itu, hospital lama yang dibina sekitar tahun 1960an sudah mula dikosongkan dan hanya
KOLOTOR IMAM
beberapa unit lagi yang belum berpindah seperti Unit Farmasi, Unit Pathology, dan Unit X-Ray.

Hospital tersebut terutamanya dibahagian wad pesakit pernah dilimpahi banjir kilat selepas hujan turun sepanjang dua hari berturut turut sekitar tahun 2008 dan 2009 disebabkan sistem perparitan yang berhampiran dengan kawasan hospital itu telah tersumbat. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar HOSPITAL TENOM 1 – Kelihatan bangunan baru hospital bahagia pesakit luar. 2.Gambar HOSPITAL TENOM 2 – Setiausaha Agung NGO Mamagun Majiadih O.T Matalih. 3.Gambar HOSPITAL TENOM 3- Piburus bin Imam 56, Kg Bakuku Ulu Tomani. 4.Gambar HOSPITAL TENOM 4 – Kolotor bin Imam 61, Kg Magunsop Ulu Tomani.