Isnin, 25 Ogos 2014

PENDUDUK ASAL KG TILIS LEGA UMNO, MENTERI KDN AMBIL PERHATIAN ISU TANAH

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Golongan masyarakat 'orang asal' suku kaum Murut Taghol yang kini sedang menghadapi tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa Jabatan Perhutanan kerana dituduh telah menceroboh dikawasan hutan simpan Mukim Tomani secara haram merasa lega selepas rintihan mereka mendapat perhatian daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

YAMBARIS MULI
Salah seorang daripada golongan 'orang asal' Yambaris bin Muli 39, ketika ditemui bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada Umno Tenom kerana membangkitkan masalah yang mereka hadapi sebelum ini semasa persidangan parti itu dan ternyata ia mendapat perhatian serius.

“ Kami juga berterima kasih kepada Adun Kemabong Datuk Rubin Balang kerana begitu prihatin kepada masalah kami sehinggalah isu tanah di Kg Tilis ini dijadikan agenda perbincangan dalam persidangan Umno...dan kami harap ia akan mendapat perhatian serius daripada Ketua Menteri Sabah.

“ Sejujurnya kami tegaskan bahawa usaha titik peluh kami selama lebih 30 tahun lalu sudah pun membuahkan hasil dengan tanaman getah dan kelapa sawit...malahan ekonomi kami pun bolehlah dikatakan sangat baik daripada sebelum kami dipindahkan ke kawasan penempatan Kg Tilis ini,” kata beliau ketika memberitahu pemberita pada Ahad.

Ketika ditanya sama ada kehadiran mereka semasa persidangan itu telah dirancang lebih awal kerana kehadiran mereka itu telah dilihat siap dengan 'banner' beliau berkata, “ Kami juga adalah penyokong BN dikawasan itu dan kedatangan kami disitu sebagai pemerhati semasa persidangan itu.

"...(tapi) jika ada kesempatan berjumpa Menteri kami luahkan masalah yang kami hadapi secara bersemuka...bagaimana pun peluang kami tidak ada, maka kami keluarkan 'banner' yang kami sediakan sebelum ini supaya Menteri dapat melihat isi hati rintihan kami melalui tulisan dalam 'banner itu,” katanya.

Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno dikatakan telah terkilan apabila beberapa isu yang belum selesai dibangkitkan antaranya masalah tanah malah telah menjadi usul utama dipersidangan itu, ketika beliau merasmikan Persidangan Tahunan Umno Bahagian Tenom diDewan Sri Antanom pada baru baru ini.

PENDUDUK ORANG ASAL
Zaid merupakan bapa angkat kepada Umno Bahagian Tenom bimbang jika masalah tanah yang menjadi teras utama isu dikawasan itu tidak dapat diselesaikan secepat mungkin akan memberi masalah kepada BN yang ditunjangi Umno untuk memenangi kerusi dikawasan itu pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14).

Malahan beliau turut simpati dengan kebajikan para penduduk dikawasan Tilis seramai 477 orang yang bakal terlepas tanah masing masing jika kerajaan khususnya Jabatan perhutanan tidak bertimbang rasa merampas tanah tanah mereka yang telah diusahakan hampir sedekad lalu.

Namun sikap prihatin Zahid tidak bermakna beliau ingin campur tangan dengan urusan tanah diperingkat negeri, sebaliknya menegaskan bahawa demi keadilan dan demokrasi beliau bersedia menemui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa haji Aman untuk membincangkan masalah tersebut.

 Dalam pada itu, mengikut fakta asalnya, penduduk disitu seramai 477 orang merupakan penduduk asal dua perkampongan iaitu Kg Sumanggulu dan Kg Kabintaluan dalam Mukim Rundum dipindahkan ke Kg Tilis dibawah program penempatan semula kelompok miskin semasa era kerajaan parti Berjaya sekitar tahun 1978.

 Kerajaan pada masa itu memikirkan bahawa dua perkampongan asal penduduk itu (Kg Sumanggulu dan Kg Kabintaluan) sukar dicapai menerusi jalanraya untuk membolehkan penduduk terbabit menikmati corak penghidupan baru yang mempunyai infrastruktur moden seperti klinik kesihatan, sekolah dan jalanraya.

Berdasarkan itu, kerajaan pada ketika itu telah memutuskan bahawa langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kemiskinan dan penghidupan berkelompok kelompok yang sering berpindah randah adalah dengan memindahkan mereka ke Kg Tilis sebagai penempatan baru mereka sekitar tahun 1978. ends///....(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_6848(1) - Yambaris Muli 39, salah seorang peserta bantahan di kg Tilis. 2.Gambar ORANG ASAL - Sekumpulan 'orang asal' membentangkan kain 'banner' ketika menghadiri persidangan Umno Tenom pada Sabtu.