Ahad, 26 Februari 2017

BEKAS CALON PRU13 DUN MELALAP ROGER STIMIN SERTAI PARTI WARISAN

OLEH: ULU PADAS 


SETELAH beberapa ketika menanti khabar berita berhubung status bekas Calon Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) bagi DUN Melalap Roger Stimin bersama para penyokongnya, akhirnya suatu keputusan telah dicapai untuk menyertai Parti Warisan. 

 Perjumpaan yang dihadiri kira kira hampir seratus orang itu terdiri daripada para pemimpin akar umbi (cawangan cawangan), telah diadakan disebuah Restoran dekat sini pada Ahad, dimana rata rata hadirin telah menyokong keputusan tersebut secara sebulat suara daripada yang hadir.

 Roger yang juga merupakan seorang pengamal Undang Undang dan membuka firma Guaman atas nama S. Roger & Co, diIbu Negara (Kuala Lumpur) berkata, untuk memastikan impian rakyat Sabah untuk menikmati perubahan secara total, maka Parti Warisan merupakan pilihan yang tepat.

 Beliau berkata, meskipun terdapat berbagai tuduhan mahupun cemuhan keatas Parti Warisan, dimana kononnya parti ini merupakan “proxy” kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, sebaliknya kesemua tuduhan itu tidak berasas malah cuba memalitkan kotoran kepada Warisan agar Warisan akan dipandang serong oleh kepelbagaian kesukuan rakyat Sabah.

 “ Jangan percaya kepada matematik politik pihak lain yang perkiraannya sudah salah malah sudah jauh melencong....sebaliknya yakinlah kepada perkiraan individu itu sendiri, bahawa perjuangan Warisan adalah telus untuk meletakkan kembali hak rakyat Sabah ditempat yang benar,” katanya sambil ditepuk sorak oleh hadirin.

Selain itu, Roger turut mengingatkan para pemimpin yang juga penyokongnya ketika menjadi calon pada PRU13, agar menjadi ahli Parti Warisan tanpa mengenakan apa apa syarat, seterusnya menunjukkan kesetiaan kepada peraturan parti Warisan tanpa berbelah bahagi.

 “ Jangan fikirkan soal siapa calon...apa yang lebih penting Warisan terus berpadu, kukuh dan mampu menumbangkan BN/Umno pada PRU14. Biarkanlah soal calon itu ditentukan oleh pihak atasan (Presiden dan AMT),” katanya.

Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab, Roger menjelaskan bahawa berhubung dengan borang keahlian Parti Warisan, difahamkan oleh Sdra AMM bahawa pihak pejabat perhubungan Warisan Tenom telah kehabisan stok borang tersebut.

Bagaimana pun, masalah tersebut AMM akan bincang dengan pejabat Warisan Tenom, katanya ketika menjawab soalan asal Pirus Ngalakon.

Sdra John Tawayon daripada Lagud mencadangkan, agar Sdra Roger juga lebih kerap datang ke Tenom untuk bertemu bekas penyokongnya dikampong kampong selain mendekati mereka dan memberi mereka dorongan Roger berkata, beliau akan sedia memenuhi kehendak masyarakat disini sedaya upaya, katanya.