Khamis, 2 Ogos 2012

42 KETUA KELUARGA PENDUDUK ASAL PAKAT MELAWAT IBUKOTA, SAKSIKAN PEMBANGUNAN PESAT BN

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Penduduk PAKAT (Kg Pangulobon, Abingkoi, Kolorok, Ahuron Tenom) kira kira lebih seribu orang yang dikategorikan sebagai “ orang asal “ akan dibawa keluar melawat ke kawasan bandar terutamanya ibukota secara berperingkat peringkat untuk mendedahkan golongan itu berhubung kepesatan pembangunan dan keindahan bandar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

RAINUS SAGULAU.. Presiden PAKAT
Pengerusinya Rainus Sagulau berkata demikian dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress dekat sini pada Khamis, yang disifatkan banyak pihak sebagai suatu usaha baik bagi menyuntik pengalaman baru kepada golongan tersebut.

Tegasnya, kumpulan pertama seramai 42 orang ketua ketua keluarga golongan itu akan dibawa melawat Kota Kinabalu pada Ogos 27, dan dijangka balik ke Tenom pada Ogos 29, menaiki keritapi melalui Beaufort- Tenom.

“ Kita memilih salah satu pengangkutan yang harus mereka lalui ialah keritapi kerana sepanjang hidup mereka...nama keritapi hanya sempat berlegar legar dikepala mereka namun tidak pernah menjejaki kaki mereka untuk menaikinya..(Jadi), sesuailah jika mereka diberi peluang untuk menaiki keritapi yang sudah dimodenkan selepas keritapi 'wap' ditamatkan perkhidmatannya,” tegas Rainus.

“ Saya memilih aktiviti ini dalam bulan kemerdekaan...dan berusaha akan menamatkannya sepanjang dalam bulan itu sebagai hadiah kepada mereka kerana masih teguh menyokong BN,” tambah Rainus.

CANTIK...Gadis gadis penduduk PAKAT
Menurut Rainus, difahamkan penduduk disitu yang dikategorikan sebagai “ orang asal “ tidak pernah melawat tempat tempat yang sudah menempah kemajuan pesat malah daerah Tenom atau Keningau sekadar mendapat maklumat mengenainya melalui cerita dari mulut ke mulut.

Tambahnya, langkah seperti itu beliau perlu usahakan kerana bimbang golongan itu akan terpedaya dengan pujukan pihak tertentu yang bertujuan untuk memesongkan fikiran mereka bahawa negara kini masih mundur dan tidak membangun dengan pesatnya sepertimana yang diuar uarkan media sebelum ini.

Dalam pada itu, berhubung dakwaan sesetengah pemimpin bahagian parti kerajaan sebelum ini yang mendakwa beliau adalah penyokong pembangkang kerana terlibat membawa pemimpin NGO pro pembangkang (AMANAH) melancarkan Persatuan PAKAT yang dihadiri kira kira lebih dua ribu orang Rainus berkata,

“ Saya sudah menafikan perkara itu, tetapi setakat ini belum ada cerita baru lagi yang sampai kepada saya (bagaimana pun)...saya akan tunggu apa kata mereka lagi. “ Sebenarnya...saya bukan ahli mana mana parti politik pembangkang tetapi kami dalam PAKAT adalah pro kepada kerajaan BN malah akan menyokong dan mengundi siapa sahaja calon BN pada pilihanraya umum kali ke-13,” tegasnya.

AMANAH...NGO diterajui Bunburing bersama PAKAT
Pada Jun 28, Timbalan Presiden AMANAH Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing melancarkan perasmian Persatuan PAKAT bersempena dengan perayaan Pesta Kaamatan Mukim Rundum yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi.

Ekoran itu, pelbagai tanggapan negatif daripada segelintir pemimpin bahagian Umno Tenom yang memaksa Rainus memberikan penjelasan tujuan beliau menjemput Bumburing merasmikan majlis tersebut. Bagaimana pun kehadiran Raime tidak dipersoalkan oleh kumpulan itu ( Umno) kerana Raime dijemput untuk merasmikan Pesta Kaamatan dan tiada kena mengena dengan PAKAT.

Ends///.. Caption:-