Isnin, 16 November 2015

SYOR KELUARKAN SEMULA KAD PENGENALAN BARU JALAN PENYELESAIAN ISU KERAKYATAN PALSU, APS

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Angkatan Perubahan Sabah (APS) yakin penyelesaian sebaik baiknya masalah ketulenan pemilikan Kad Pengenalan dan kerakyatan dinegeri ini hanya akan dapat diselesaikan sekirannya cadangan dan syor mengeluarkan semula Kad Pengenalan Malaysia diSabah direalisasikan.

PAUL KADAU
Naib Presidennya Paul Kadau (gambar), berkata, syor dan cadangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung perkara itu memang sudah lama disuarakan oleh kumpulan lain termasuk pembangkang tetapi tidak pernah dilihat secara positif oleh kerajaan pusat.

“ Kita berharap perakuan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berhubung syor dan cadangan Pairin itu diterimanya secara ikhlas dan jujur kerana apa yang rakyat inginkan adalah penyelesaian secara total tentang masalah ini.

 “ Adalah kerana, situasi Sabah kini senantiasa tertekan didalam aspek keselamatan selagi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PTI) yang memiliki Kad Pengenalan dan kerakyatan dinegeri ini masih belum selesai sepenuhnya.

 “ Isu ini adalah serius dan sepatutnya ia tidak dipolitikkan...kerana ia melibatkan kedaulatan negara dimana ianya perlu tindakan drastik daripada kerajaan pusat untuk menanganinya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Paul yang juga Pengerusi APS Keningau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan
ZAHID
Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-30 diDewan Sekolah Menengah Kian Kok pada Sabtu.

 Zahid dipetik sebagai berkata, kerajaan Persekutuan akan memastikan cadangan dan syor dalam Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing diSabah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin dipertimbangkan.

Zahid juga berkata, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan sembarangan kad pengenalan warganegara Malaysia atau kewarganegaraan kepada mereka yang tidak dilahirkan diSabah dan pendatang tanpa izin.

 Dalam pada itu, Paul berkata, isu pemilikan kad pengenalan dan kerakyatan dinegara ini oleh PTI memang sudah lama berlaku sejak berpuluh tahun dahulu malah mereka (PTI) juga telah pun mendaftar diSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pemilih namun masalah itu tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berwajib walaupun aduan telah dilakukan. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar PAUL KADAU – Naib Presiden APS

KEDAIFAN KOMPLEKS SUKAN MENJOLOK MATA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kedaifan Kompleks Sukan Tenom selepas dilanda banjir pada Febuari 2013 dan kemudianya menyusul pula angin ribut pada Julai 2015 menerbangkan atap dan bumbung astaka (grandstand) mendapat perhatian ramai pemimpin NGO dan kerajaan.

 Mereka mengharapkan agar pihak bertanggung jawab khususnya Kementerian Belia dan Sukan Sabah mengambil tindakan yang proaktif untuk membaikpulih frasana sukan tersebut supaya dapat digunakan golongan belia untuk bersukan terutamanya sekolah sekolah.

RUDY
 NGO Mamagun Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar), menyatakan rasa kesalnya diatas kelewatan pihak berkenaan untuk membaikpulih kerosakan tersebut sedangkan kerajaan sering menyarankan agar para belia wajar menceburkan diri dalam aktiviti sukan.

“ Keadaan trek balapan yang begitu keras sama seperti aspal dijalanraya ditambah pula berbinjul binjul selepas dilimpahi banjir sudah tentu akan mencederakan para penggunanya terutamanya pelajar pelajar ketika musim sukan sekolah sekolah.

 “ Selain itu, keadaan grandstand yang rosak teruk lantai dan tangga sudah patah mematah, macam mana pengunjung selesa berkunjung ke tempat itu....sangat memalukan keadaannya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Manakala Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) disini Azlan Dimon turut mengharapkan agar kompleks sukan itu dapat dibaiki dengan secepat mungkin untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti sukan khususnya kejohanan sukan tahunan sekolah sekolah.

KOMPLEKS SUKAN TENOM
 Contohnya, sukan kejohanan olahraga dan Balapan bagi empat daerah seperti Tenom, Tambunan, Keningau dan Nabawan yang telah berlangsung pada April 2015 dimana daerah Tenom sebagai tuan rumah terpaksa berpindah pusat ke Keningau disebabkan masalah tersebut.

 “ Keadaan sedemikian menambahkan kos penganjuran kerana terpaksa membiayai kos
TREK BALAPAN
pengangkutan, penginapan dan sebagainya,” kata Azlan.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) ketika dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen mengenainya kerana perkara itu sudah berada dalam agenda perbincangan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah LSNS yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat.

Difahamkan bahawa ketika lawatan Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah Datuk Taufik Abu Bakar Titingan kedaerah disini merasmikan Temasya Sukan Silambam di SMK Entabuan sekitar tahun 2014 ketika ditanya pemberita beliau dipetik berkata,

 “ Secara peribadi, saya melihat keadaan itu tidak sesuai lagi untuk dibaiki tetapi ada baiknya jika tapaknya ditimbus untuk ditinggikan supaya ia tidak mudah dilimpahi air banjir lagi,” katanya.Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 1 - Kelihatan atap astaka masih belum dibaiki selepas diterbangkan angin, manakala trek balapan rosak akibat ditenggelami air banjir tahun lepas. 2. Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 2- Kelihatan running
ASTAKA
track yang telah rosak akibat banjir. 3. Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 3- Keadaan lantai astaka yang telah mengalami kerosakan terok. 4. Gambar KOMPLEKS SUKAN TENOM 4- Tangga naik ke astaka telah rosak dan hilang.