Isnin, 16 November 2015

SYOR KELUARKAN SEMULA KAD PENGENALAN BARU JALAN PENYELESAIAN ISU KERAKYATAN PALSU, APS

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Angkatan Perubahan Sabah (APS) yakin penyelesaian sebaik baiknya masalah ketulenan pemilikan Kad Pengenalan dan kerakyatan dinegeri ini hanya akan dapat diselesaikan sekirannya cadangan dan syor mengeluarkan semula Kad Pengenalan Malaysia diSabah direalisasikan.

PAUL KADAU
Naib Presidennya Paul Kadau (gambar), berkata, syor dan cadangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung perkara itu memang sudah lama disuarakan oleh kumpulan lain termasuk pembangkang tetapi tidak pernah dilihat secara positif oleh kerajaan pusat.

“ Kita berharap perakuan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berhubung syor dan cadangan Pairin itu diterimanya secara ikhlas dan jujur kerana apa yang rakyat inginkan adalah penyelesaian secara total tentang masalah ini.

 “ Adalah kerana, situasi Sabah kini senantiasa tertekan didalam aspek keselamatan selagi masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PTI) yang memiliki Kad Pengenalan dan kerakyatan dinegeri ini masih belum selesai sepenuhnya.

 “ Isu ini adalah serius dan sepatutnya ia tidak dipolitikkan...kerana ia melibatkan kedaulatan negara dimana ianya perlu tindakan drastik daripada kerajaan pusat untuk menanganinya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Paul yang juga Pengerusi APS Keningau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan
ZAHID
Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-30 diDewan Sekolah Menengah Kian Kok pada Sabtu.

 Zahid dipetik sebagai berkata, kerajaan Persekutuan akan memastikan cadangan dan syor dalam Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing diSabah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Pairin dipertimbangkan.

Zahid juga berkata, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan sembarangan kad pengenalan warganegara Malaysia atau kewarganegaraan kepada mereka yang tidak dilahirkan diSabah dan pendatang tanpa izin.

 Dalam pada itu, Paul berkata, isu pemilikan kad pengenalan dan kerakyatan dinegara ini oleh PTI memang sudah lama berlaku sejak berpuluh tahun dahulu malah mereka (PTI) juga telah pun mendaftar diSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pemilih namun masalah itu tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berwajib walaupun aduan telah dilakukan. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar PAUL KADAU – Naib Presiden APS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan