Sabtu, 30 Mei 2009

PKFZ KENAPA FEDERAL GOVT TUNGGU LAMA?

Sumber : Malaysiakini
Charles Santiago
May 29, 09 3:54pm
Laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah menguatkan lagi dakwaan selama ini – tetapi diketepikan oleh kerajaan – bahawa projek yang dibiayai dengan wang rakyat itu, dilanda kelemahan dan kecacatan sejak dari mula ia dilaksanakan lagi.
Antara fakta yang disahkan oleh PwC ialah PKFZ berdepan dengan peningkatan kos, kelemahan dalam urustadbir dan pengurusan projek dan berlaku konflik kepentingan oleh PKFZ dan pegawai-pegawai yang lain.
Di samping itu, cara laporan itu didedahkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) juga harus dipersoalkan.
Mengapa laporan itu hanya boleh diakses sehingga 10 Jun sahaja? Mengapa hanya 15 salinan laporan itu yang disediakan?
Ia juga sukar dipercayai yang PwC bukan sahaja meyatakan ia tidak perlu menjawab sebarang persoalan, dan tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak, kecuali PKA, tetapi turut menekankan bahawa pembaca tidak boleh mengguna atau bergantung kepada laporan itu untuk membuat sebarang kesimpulan.
Jika PwC begitu takut untuk dikaitkan dengan kesimpulan umum berasaskan kepada laporannya sendiri, maka adakah firma antarabangsa itu akan mempertahankan juruauditnya sendiri?
Mengapa tidak ada pihak yang bersedia untuk mempertahankan integriti dokumen tersebut?
Namun begitu, keputusan untuk menyerahkan laporan setebal 45 halaman itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dialu-alukan.

NAJIB KATA PROTOKOL TIDAK MAHU..TAPI KURUP DIUSUNG RAKYAT?


Oleh: Mail Mathew
Blog:ambrosemail52. blogspot.com

SEHARI selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menaiki takhta Perdana Menteri baru yang ke-6 maka banyaklah polisi diubah dan tidak kurang pula yang disusun agar selari dengan aspirasi rakyat, kerana jika keadaan itu berterusan dimana rakyat selama ini telah ‘muak’ dengan prestasi pentadbiran kerajaan yang langsung tiada perubahan dapat dibaca Najib dengan cepat bahawa suatu hari nanti populariti BN mungkin akan menokok dengan teruknya JIKA TIDAK DIUBAH.

Dengan perasaan yang amat yakin Najib dengan lantang mengumumkan dasar barunya iaitu 1 Malaysia, key performance index (KPI) salah satu MEKANISMA barunya untuk menjerat kaki pemimpin pemimpin BN yang lemah, dan selain itu menghapuskan sambutan protokol hemparan permaidani merah keatas pemimpin pemimpin yang melakukan lawatan lawatan.

Sungguh pun polisi baru Najib itu dilihat agak mudah untuk dituruti, namun tidak kurang juga juga pemimpin pemimpin BN khususnya wakil wakil rakyat yang menggelabah kerana tersentak dengan dasar yang dikehendaki ‘KPI’ dimana ada yang kelihatan kelamkabut sehingga dalam ucapan pun ketika menemui rakyat mengungkap perkataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan dimana seolah olah pemimpin itu berada dipihak pembangkang.

Banyak perkara yang bermain dikepala rakyat, yang menganggap kelibat wakil rakyat tertentu yang mungkin beliau tidak cukup persediaan dalam ertikata lain bahawa wakil rakyat itu ‘tidak buat homework sebelum melakukan kerja’ terlebih dahulu sebelum turun padang untuk menyelamatkan dirinya daripada perangkap ‘KPI’.

Agak malang sekali apabila rakyat yang ditemui diluar Bandar yang dikira sebagai kawasan terpencil mempunyai penduduk berkelompok kelompok dimana bilangannya amat kecil, namun lojistik pengangkutan yang digunakan kosnya terlalu tinggi sehingga berpuluh ribu ringgit dengan hanya memakan masa 10 minit dalam perjalanan.

Apabila sahaja pemimpin menaiki pengusung dan dijulang oleh beberapa orang rakyat berkelas biasa seperti suatu cerita sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan zaman era Allahyarham Tun Mustapha, maka trend seperti itu telah berulang sekali lagi walaupun Najib sudah mengingatkan bahawa protokol sebegitu rupa harus ditiadakan.

MALAHAN, Najib sendiri sanggup bersama rakyat pelbagai keturunan dinegara ini berjalan kaki meredah kesibukan pasar pasar tani diibukota Kuala Lumpur, dan juga pasar tani dan kraftangan ketika melawat Kota kinabalu Sabah tidak berapa lama dulu. Mengapa pemimpin bawahannya tidak sanggup melakukan seperti yang dilakukan Najib.

Pendek kata dasar dasar pembaharuan atau reformasi yang ditonjolkan Najib, bukan sahaja berkisar kepada kepimpinan Negara tetapi juga para wakil rakyat (mungkin tidak semua) harus mereformasikan diri mereka terlebih dahulu, supaya semua tindakan tidak berpaksi ‘cakap tak serupa bikin’.

Bak kata bahasa Sabah ‘ jangan melenting bila ditegur…nanti terpelanting, baru kau tau…ngam bah itu’.
Ends..

Caption:-

Gambar 1 – Helikopter membawa Ahli Parlimen Tenom ke Kg Abingkoi.

Gambar 2 – Tan Sri Joseph Kurup diusung rakyat dengan pengusung ala Tun Mustapha