NABAWAN: Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester menegaskan bahawa tindakan tidak konsisten kerajaan berhubung keputusannya menyerahkan tanah bekas kawasan hutan simpan terutamanya kawasan tanah adat NCR memungkinkan rakyat dikawasan pedalaman kehilangan tanah termasuk kampong halaman mereka.
MUTANG...percepatkan proses penyerahan tanah bekas NCR kepada penduduk kampong!! |
“ Kita tidak bersetuju jika kerajaan berdolak dalih dalam persoalan ini..sepatutnya kerajaan terus menyerahkan kepada yang berhak supaya kampong halaman mereka terus wujud sambil itu mereka berada dalam penghidupan aman damai,” kata beliau dalam satu perjumpaan di Kg Binanon Mukim Pagalungan ketika melancarkan Parti Kita Parlimen Pensiangan pada Ahad.
Mutang yang mewakili Pengerusi Perhubungan Parti Kita Sabah Datuk Pengiran Othman Rauf berkata, kepimpinan Parti itu memandang serius masalah kebajikan masyarakat disitu terutamanya isu tanah dimana kebanyakkannya sudah menetap disitu berpuluh tahun lamanya namun status tanah masih tidak bergeran kerana berada dalam kawasan tanah NCR dan juga kawasan hutan simpan.
Katanya, tanah merupakan aset yang paling penting malah paling bernilai dalam sesebuah keluarga untuk menjana ekonomi keluarganya. Tanpa tanah, penghidupan keluarga seseorang itu tidak akan bermakna langsung malah ianya boleh disifatkan sebagai 'pelarian' kerana tiada kedudukannya yang sah untuk menempatkan dirinya sebagai pewaris bagi sesebuah perkampongan.
Dalam pada itu, laporan berhubung cadangan bagi suku Bugis diiktiraf sebagai Bumiputra di negeri ini turut disentuh Mutang bahawa kepimpinan Parti Kita menentang sekeras kerasnya niat dan hasrat itu kerana suku Bugis adalah berasal dari Indonesia dan bukan sebahagian dari asal usul kesukuan diSabah.
“ Kita jangan terperangkap dengan isu ini yang kini sedang giat disensasikan oleh pihak tertentu yang mendakwa kesukuan itu adalah sebahagian daripada kita. Saya percaya isu ini disebar luaskan dikawasan terpencil dikem kem pembalakan atau pun perladangan dimana isu itu disensasikan dan kemungkinan pihak kita (suku Murut) apabila mendengarnya akan terpedaya,” tegasnya.
Sementara itu, Penyelaras Parti Kita yang baru dilantik untuk menyelaras kawasan Dun Nabawan Baalon Linggonon 52, menjelaskan bahawa beliau memilih Parti itu sebagai wadah perjuangannya yang tulen untuk memperjuangkan hak asasi rakyat yang telah tertindas khususnya masalah tanah.
“ Kalau dizaman pemerintahan penjaja British sekitar tahun 1950an masyarakat suku Murut terpinggir dalam aspek pembangunan pesat...itu bukan menjadi tanda tanya, tetapi kita di negeri Sabah yang sudah merdeka lebih 47 tahun lalu...masih juga terdapat kemundurannya..(Jadi), ini bermakna wakil rakyat dan kerajaan sekarang masih lemah untuk membangunkan rakyatnya...bagus tukarkan sahaja kerajaan pada pilihanraya umum kali ke-13 ini,” tegas Baalon.
Ends///..
Caption:- 1. Gambar PARTI KITA PENSIANGAN – Baalon Linggonon bertanda (x) bersama Mutang Dawat bertanda (y) bergambar bersama Jawatankuasa Parti Kita Pensiangan.