Saudara Pengarang,
SAYA menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.
SERAH...Umno perlu gentlemen serah Parlimen Tenom kepada PBS! |
Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa parti PBS lah yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di dewan rakyat, atas sebab-sebab berikut:-
• Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang mana sebilangan besar penduduknya mungkin dalam lingkungan 70% adalah dari suku kaum Murut, ia itu kawasan bumiputra (bukan Islam). Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini. Ini bukan bermakna tidak menghormati komponen BN yang lain tetapi pucuk pimpinan harus melihat kesesuaian asas perjuangan sesebuah parti komponen berkenaan. Pada pendapat saya biarlah UMNO bertanding di kawasan Bumiputra Islam.
• Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS Maka oleh kerana itulah kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu. dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang besar.
• Jika PBS yang dipertaruhkan untuk mewakili BN dalam kerusi P.181 Tenom, maka ini adalah membuktikan bahawa konsep BERKONGSI KUASA yang dilaung-laung oleh UMNO dan BN masih kekal utuh.
• UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 03 penggal iai itu dari 1999-2004 (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah ), 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi) dan 2008-sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)..maka amatlah sesuai jika dalam pada PRU13 ini komponen lain khususnya PBS diberi pelaung untuk bertanding di kawasan ini. Ini juga adalah bertepatan dengan kata-kata PM bahawa tidak semestinya sesebuah parti komponen itu kekal bertanding di sesebuah kawasan. Kesesuaian dan keserasian di antara parti berkenaan dengan rakyat di kawasan berkenaan harus diambil kira dalam menentukan parti komponen yang lebih sesuai dan seterusnya boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.
• Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.
Sekian.
BASIR ABDULLAH ( BEKAS PERAJURIT)