Selasa, 1 Mac 2011

SUB PKR TENOM, NASIHATKAN SUHAILI JAGA TEPI KAIN SENDIRI?


Oleh: Mail Mathew

SETIAUSAHA Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Misery Raisimin menggesa pemimpin Umno disini khususnya Timbalan Ketua Bahagiannya Suhaili Guriaman agar tidak mencampuri urusan kepimpinan dalaman PKR tetapi adalah lebih baik beliau menumpukan perhatian kemantapan bahagian parti itu yang kini pengikut mereka semakin berkurangan dan berhijrah ke parti pembangkang

Katanya, adalah kerana beliau (Suhaili) senantiasa ‘syok sendiri’ dan duduk dibilik berhawa dingin setiap hari menyebabkan dia sendiri yang tidak tahu apa telah berlaku dengan pengikut pengikut parti itu yang dianggapnya masih kukuh seperti dulu lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Isnin ketika mengulas kenyataan Suhaili yang tersiar diakhbar tempatan (bukan Daily Express) baru baru ini yang mendakwa kononnya kepimpinan PKR semakin berkecai kerana pemimpin pemimpinnya tidak sehaluan dan tiada halatuju membangunkan rakyat.

Misery berkata, Suhaili yang sekadar melihat satu pihak sahaja terutamanya pembangkang yang mengambil contoh pergolakan dalaman PKR sebagai sasarannya kononnya pembangkang lemah dan tidak mampu menawan hati rakyat adalah merupakan satu anilisis dan perkiraan politik yang diamalkan Suhaili sebagai ‘silap dan kabur’.

Misery menambah, mengapa Suhaili tidak melihat secara keseluruhannya yang melibatkan parti parti komponen yang kini sedang bergelut dengan masalah korupsi yang serius dan berhadapan dengan perbicaraan diMahkamah seperti beberapa pemimpin MCA.

Malahan merangkumi beberapa pemimpin Umno yang telah terlibat dengan kes korup semasa pemilihan Umno lalu termasuk beberapa kes pemimpin Umno Sabah terutamanya mantan Ketua Menteri Sabah yang terlibat kes hutang jutaan ringgit kerana perjudian luar Negara.

“ Inikah jenis pemimpin yang dikatakan Suhaili kononnya pemimpin Umno semuanya baik baik dan BN adalah wadah perjuangan politik terbaik kerana pemimpin pemimpinnya berwibawa dan baik baik. Apakah benar dakwaan Suhaili itu dan betulkah mereka ini baik dan layak disokong rakyat sekali lagi,” tegas Misery.

Tegasnya lagi, soal pergolakkan dalaman parti ia bukan sahaja dialami kepimpinan PKR tetapi juga dipihak UMNO juga pernah melaluinya malah lebih teruk daripada apa yang berlaku dalam PKR sejak akhir akhir ini.

“ Kita juga pernah dikejutkan apabila beberapa pemimpin tertinggi Umno pusat suatu ketika dulu keluar beramai ramai ketika era Tun Mahathir dimana antara lain Tun Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tengku Razaleigh Hamzah keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46. Manakala diSabah Datuk Karim Ghani dan beberapa lagi yang lain keluar Umno kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan Umno negeri yang tidak konsisten dalam agenda perjuangannya,” tegas Misery.

Mengenai dakwaan Suhaili kononnya PKR sudah tidak ada pemimpin yang baik baik kerana semua pemimpin yang baik baik sudah berada dalam BN menyebabkan PKR sukar untuk memenangi pilihanraya akan datang Misery berkata,

“ Soal menang atau kalah dalam sesuatu pilihanraya ia ditentukan oleh pengundi dan bukan ditentukan oleh seseorang individu khususnya Suhaili kerana pengundi yang lebih arif dan paling berkuasa membuat pilihan pemimpin yang mereka suka malah mereka lebih cenderong memilih pemimpin yang tidak korup biar pun pemimpin itu dilihat perawakannya agak sederhana,” tegas Misery.

Dalam pada itu, Misery mencabar Suhaili agar membuat satu memorandum yang ditanda tangani oleh semua ahli Umno disini menyokong cadangan Ahli Parlimen Malaysia- Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan Palsu dan kerakyatan kepada PATI jika Umno Tenom dan Suhaili menyatakan kehadiran UMNO-BN diSabah demi keselamatan dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat Sabah.

Sebagai makluman Suhaili, kepimpinan PKR dan lain lain parti pembangkang diSabah sudah pun menubuhkan ‘task force’ masing masing untuk mendapatkan tanda tangan segenap lapisan rakyat Sabah untuk menyokong penubuhan Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat siapakah dalang disebalik projek pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI termasuklah warga Pakistan yang kini berkeliaran diTenom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan