Ahad, 20 Disember 2015

PRESIDEN NGO MAMAGUN KAGUMI SIKAP KETERBUKAAN KHAIRY

RUDY DAN KHAIRY, BERSALAMAN SELEPAS PERTEMUAN SINGKAT
PERTEMUAN singkat diantara Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin dengan Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi berhubung pembangunan belia Mamagun yang masih belum mendapat peluang sebarang bantuan daripada kerajaan.

 Walaupun pertemuan itu agak terlalu singkat namun Rudy menyifatkannya amat bermakna kerana dapat menyampaikan misi dan visi NGO Mamagun melalui satu surat cadangan yang diserahkannya untuk membantu anak anak buahnya supaya mendapat pembelaan dengan sewajarnya.

 Bukan setakat itu, malahan Presiden NGO Mamagun itu amat kagum dan respek terhadap sikap keterbukaan pemimpin belia khususnya Khairy dalam mendengar denyut nadi dan keresahannya terhadap masa depan belia belia hari ini.

 Selain itu, Rudy mahu melihat matlamat NGO Mamagun terus bergerak serentak yang merangkumi induk, sayap wanita dan belia bangkit dari lamunan masing masing menyertai program program kerajaan yang telah disediakan demi masa depan mereka.

“ Apabila kita berada dalam kerajaan, bermakna masa depan kita akan terjamin kerana segala galanya sudah ada perubahan dimana pemimpin pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) diperingkat negeri mahupun nasional sedia mendengar masalah kita.

 “ Buat apa kita masyarakat Mamagun bersusah payah memerah otak memikirkan kesongsangan fikiran semata mata mahu memburu hak dan kuasa....sekarang ini rintihan kita sudah didengari kerajaan pusat selepas pengumuman penurunan kuasa oleh Perdana Menteri,” tegas Rudy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan