MALAM APRESIASI |
Majlis tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kerjasama mereka yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang dihoskan oleh Daerah Tenom dari 24 April sehingga 1Mei 2016.
Hadir sama dimajlis itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Datuk Dr. Lucas Umbul, DO Tenom, Madiyem Layyapan, ADO Kemabong merangkap Pengerusi penganjur program, Jasli Tindi, ADO Kassim dan ADO Puin, PPM Melalap Simon Mamat, DSP Mohd Firdaus serta Stanis Buandi, SUP Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah. Selain itu,
Radin turut menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada mereka yang terbabit dengan penganjuran Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah diTenom pada 1 Mei 2016 melalui DO Madiyem.
Dalam pada itu, Radin turut memohon maaf kepada kakitangan Keningau FM kerana terdapat sedikit salah faham yang mana pada tanggapannya hasrat jabatan itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai tema pesta itu “Masisindangan am pamagunan moonsoi” kerana jika ianya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu secara terjemahan terus (direct translation) agak merumitkan.
“ Sebaliknya, hasrat Keningau FM itu memang baik kerana dia meminta jawatankuasa pelancaran agar lain lain bahasa seperti Kadazandusun juga turut dipaparkan beriringan dengan tema yang ditulis dalam bahasa Murut...jadi saya terkeliru menyebabkan jawapan yang diberi kurang tepat.
“ Bagaimana pun, saya telah menghubungi pihak jawatankuasa induk berhubung perkara itu dan menjelaskan bahawa hanya bahasa ibunda tempatan dikawasan itu dibenarkan gunakan disitu,” katanya sambil mengakui kejadian itu berlaku pada mesyuarat kali terakhir Pelancaran Pesta Kaamatan itu diTenom. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1.Gambar MALAM APRISIASI 1- Kelihatan Radin menyerahkan sijil sijil penghargaan para kakitangan terlibat melalui DO Tenom Madiyem Layappan. 2.Gambar MALAM APRISIASI 2- Radin (tengah) bersama kakitangan yang terlibat menjamu selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan