Oleh: Mail Mathew
TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah mengalu alukan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bakal berbincang dengan pemilik tanah syarikat GLC untuk mendapat kelulusan melaksanakan pembinaan jalanraya ke Taman Pertanian Sabah (TPS) sejauh 709 meter.
Jika tidak, kerajaan boleh menggunakan kuasa yang ada (acquire) untuk memiliki tanah tersebut dan bayar pampasan kepada pemiliknya (Sime Darby) merupakan langkah yang sewajarnya perlu dilakukan, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).
Rudy berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Rabu, sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah itu semasa merasmikan pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri dekat sini pada Ahad lepas.
Sebelum itu, Adun Melalap Datuk Radin dalam ucapan alu aluannya berkata, jambatan Natanduan menghubungkan Pusat Kebudayaan Murut (PKM) di Pulong dengan TPS Lagud Sebrang masih belum dapat digunakan walaupun telah siap sepenuhnya kerana masih terdapat halangan lain yang perlu diselesaikan.
Dalam pada itu, Rudy berkata, masyarakat dikawasan pedalaman khususnya didaerah Tenom dan Kemabong sangat mengharapkan agar jalanraya tersebut dipercepatkan pembinaannya kerana selain dapat memendikkan perjalanan penduduk disitu tetapi juga dapat menselesakan perjalanan para pelancong yang melawat ke TPS.
“ Kita berharap agar pengurusan GLC itu khususnya Syarikat Perlandangan Sime Darby dapat mengurangkan birokrasi pengurusannya, sebaliknya mengambil pendekatan lain seperti mesra rakyat dan corporate sosial responsibility kerana jalanraya tersebut juga bakal memberi menfaat kepada syarikat tersebut kelak,” kata Rudy.
Dalam perkara lain yang tidak berkaitan, berhubung kedudukan Momogun atau Mamagun yang kurang disenangi Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Rudy berkata, KDM yang direstui Pairin merupakan pandangan dari segi skop yang lebih kecil tanpa mengambilkira kesukuan lain dalam konteks “orang asal”.
“ Bagaimana pun, kita sependapat dengan Tan Sri Joseph Kurup bahawa isu ini perlu dibincang dengan teliti dengan mengambilkira pandangan pandangan rakyat akar umbi yang banyak bersetuju bahawa Momogun atau Mamagun adalah kelompok orang asal,” tegasnya. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:-
1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan