Isnin, 8 Jun 2009

BERSIH CEKAP DAN AMANAH?


Oleh: Mail Mathew
Blog: ambrosemail52.blogspot.com


BETUL KATA ORANG kalau seseorang pegawai kerajaan itu terlalu lama bertugas disesuatu daerah melebehi sepuluh tahun, bukan sahaja pegawai terbabit merasa ‘muak’ dengan kerjaya sehariannya, malahan orang kampong sebagai ‘pelanggan’ beliau yang sering berurusan dengan pegawai itu, tidak mendapat layanan dengan sempurna seperti sebelumnya.

Apakah rakyat yang memerlukan pengurusan pejabat yang dianggap sebagai ‘pelanggan’ mereka diketepikan begitu sahaja, walhal bila dilihat ‘Piagam’ Pejabatnya begitu gah terpampang ‘diskripsi’ yang begitu teratur kaedah melayan pelanggan tetapi malangnya tidak terselit perkataan disitu yang mengatakan ‘muak’ kerana telah lama berkhidmat disitu.

Ada juga segelintir pegawai yang berkelibat ‘terlalu berkuasa’ sehingga mengenepikan kuasa yang ada pada ‘Bosnya’ dimana pegawai terbabit seolah olah beliaulah yang boleh memutuskan segala gala peraturan untuk dipatuhi, sepertimana yang telah berlaku ketika pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) kawasan DUN Melalap baru baru ini.

Malahan ada suatu ketika pegawai terbabit (siapa makan lada dia merasa pedasnya) menengking dalam perbualan telefon bimbit dengan seorang wartawan yang memaklumkan beliau untuk mendapatkan komen kerana terdapat beberapa buah perkampongan yang memprotes pelaksanaan pemilihan yang bukan sahaja tidak sempurna malah kakitangan pelaksana yang diamanhkan menjalankan mesyuarat pemilihan itu adalah kalangan mereka yang kurang kompeten mejalankan tugasan tersebut.

Pegawai terbabit berkata dalam telefon bimbitnya ‘ Apa lagi diaorang mau…apa lagi diaorang mau protes, kalau begitu biarlah kasih balik saja main lantik itu barangkali diaorang suka…kalau begitu biarlah panggil saja Polis mengatur diaorang” .sambil pegawai itu meninggikan suaranya.

Melihat senario tersebut menunjukkan seakan akan ada sesuatu tekanan yang ‘mendesak’ menyebabkan terbit sifat sifat ‘keangkuhan’ terhadap diri pegawai tersebut yang tidak diizinkan oleh ‘bosnya’ yang tidak membenarkan suara suara ‘protes’ berlegar didepannya.

Malangnya dalam sistem demokrasi tidak ada terdapat sesuatu pemilihan yang ‘mengharamkan’ sesuatu protes dari pihak yang tidak berpuas hati, kerana pihak yang memprotes mungkin juga mempunyai asas yang kukuh demi keadilan untuk berbuat demikian, dan tiada masalah jika ruang dibuka seluas luasnya untuk mereka membuktikan ketidakpuasan hatinya supaya kelemahan dapat diperbetulkan, apa salahnya.

Pegawai berkenaan harus bertanya dirinya…ketika beliau menurunkan tanda tangan ‘AKU JANJI’ yang berbunyi ‘ Aku bersedia mengabdikan diri saya kepada tugas dan tanggung jawab yang diamanhkan kerajaan demi rakyat’ bahawa apakah ayat itu telah tersemat dihatinya atau pun pegawai terbabit sekadar bersahaja.

Dimanakah silapnya slogan ini..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN, BERSIH, CEKAP dan AMANAH…SEBALIKNYA PERILAKU PEGAWAI ITU BERTENTANGAN DISEBALIKNYA.
Ends//..

Ahad, 7 Jun 2009

LUBANG BATU PINUTUL..Gua Lagenda?


SLUG:MM/DE/TNM/RNCNA/TUNNEL/JUN7/1200HRS/09 P:5


Oleh: Mail Mathew


TENOM: Lubang Batu Pinutul (tunnel) kira kira satu kilometer dari pekan disini terletak diantara perjalanan menuju ke Pangi dan seterusnya ke Beaufort melalui jalan landasan keritapi, tiada sesiapa yang menyangka bahawa terowong atau lebih dikenali ‘lubang batu’ itu telah menyimpan sejarah silam yang agak menarik dan menyeramkan apabila dirongkai cerita disebalik tabir kisah duka terowong itu.


Terowong tersebut bukan sahaja dijadikan tempat perlindungan ‘orang kampong’ dari cengkaman bom tidak bermata ketika peperangan Jepun dan British meletus sekitar tahun 40an, tetapi juga ia merupakan rumah persinggahan penduduk penduduk kampong yang berulang alik mencari binatang buruan dikawasan banjaran crocker antara Pangi dan Rayoh.


Seorang warga emas Kunjin bin Basanon 80 yang berasal dikawasan itu menceritakan kepada wartawan Harian Ekspress asal usul Terowong yang disebut oleh penduduk tempatan sebagai ‘lubang batu pinutul’ sekali gus menepis pelbagai cerita dongeng yang mengatakan terowong itu mempunyai ‘penunggu’ atau ‘hantu gua’ kononnya akan mengganggu kehadiran sesiapa sahaja pengunjung jika tujuannya jahat.


Menurut Kunjin, terowong itu telah dibina oleh kerajaan North Borneo British Chatered Company sekitar tahun 1880an sebagai laluan landasan keritapi dari Tenom ke Beaufort, dimana pengangkutan keritapi merupakan satu satunya jalan utama untuk menjejaki Tenom daripada Kota Kinabalu (ketika itu Jesselton) melalui Beaufort.


“ Pembinaan terowong itu bukannya mudah malahan banyak yang terkorban kerana kesengsaraan tenaga kerja, dimana semua kerja kerja menggunakan tenaga manusia seratus peratus …bukan macam sekarang banyak mesin dan teknologi moden…tetapi saya pun hanya menurut apa yang diceritakan oleh bapa saya,” jelas Kunjin.


“ Sebenarnya terowong itu tiada hantu…tetapi disebabkan jaraknya panjang dan angin melintas dari arah luar, ditambah pula bunyi bising burung burung kelawar tinggal disitu…maka macam macam bunyilah kedengaran…jadi kalau orang itu memang penakut maka dia sangka ada hantu penunggu,” kata beliau lagi.


Kunjin mengakui bahawa sekitar tahun 70an kawasan disitu masih hutan tebal dimana kebun kebun milik persendirian yang ada disepanjang perjalanan ke Pangi belum diterokai pada ketika itu, namun keadaan telah berubah dengan pesatnya sekitar tahun 80an setelah stesen penjanaan Haidro elektrik Pangi di Batu 83 dibina disitu.


“ Selepas tahun 1982 keadaan disini sudah banyak perubahan…dimana jadual perkhidmatan keritapi pun telah ditambah kekerapannya daripada satu kali sehari kepada 4 kali sehari….tetapi sekarang ini tahun 2008 kami tidak kisah lagi soal perkhidmatan keritapi kerana kami ada troli buatan sendiri…kami boleh berulang alik ke pekan boleh dikatakan setiap masa,” tambah Kunjin lagi.


“ Dulu…seminggu sekali ada pelancong asing ke Pangi…tetapi sekarang boleh dikatakan setiap hari pelancong datang dengan menaiki troli buatan sendiri,” katanya lagi.Ends//..

Jumaat, 5 Jun 2009

EDITOR DICEDERAKAN...MENGHINA KEWARTAWANAN


Oleh: Mail Mathew
Blog: ambrosemail52.blogspot.com

MESKIPUN Negara ini telah melalui kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, malangnya masih terdapat rakyat yang belum memerdekakan dirinya dari segi amalan berbaik baik, memahami undang undang Negara dan hak hak seseorang rakyat untuk bersuara sepertimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 Bahagian 2 Kebebasan Asasi.

Peranan yang dimainkan Editor Sabahkini.net dalam tulisan blognya tidak lebih dari menunaikan peranan sebagai hak baginya sebagai ‘bloggers’ untuk merongkai dan membicarakan perkara ‘ pemalsuan identiti seseorang individu tertentu’ dan biarpun individu lain yang mendakwa dirinya ada kaitan kekeluargaan kepada individu yang terbabit, namun dari segi hak bertindak sesiapa pun tiada ‘locus standi’ untuk campurtangan apatah lagi untuk mencederakan Editor itu.

PERSOALANNYA sekarang adalah menjurus kepada segmen mengapa perkara semacam itu harus berlaku? Siapa yang melakukannya? Adakah individu itu tahu undang undang? Kalau dia tahu undang undang..kenapa dilakukannya?.

Bukankah orang tua tua dulu pernah berkata, ‘ikut hati mati…ikut rasa binasa’. Jadi, mengapa perkataan seperti itu tidak sematkan didalam ‘sanubari’ setiap insan sebagai ‘pedoman’ hidupnya dalam apa juga tindakan…lebih lebih lagi individu itu dikhabarkan seorang mantan ‘penggubal undang undang negeri’ atau ‘Legislator’.

Negara mempunyai undang undang yang cukup baik, malangnya saluran itu tidak digunakan kesempatan sebaik baiknya sebagai jalan penyelesaian secara profesional, tetapi sebaliknya memilih cara ala ‘gangsterisme’ yang bukan budaya dinegara ini yang penuh beradab dan bertatasusila.

AGAK MALANG SEKALI bahawa peranan yang dimainkan oleh ‘bloggers’ ataupun ‘media massa’ dinegara ini kini berhadapan dengan situasi yang berisiko tinggi dari aspek keselamatan kerana masih ada golongan yang mengenepikan proses perundangan Mahkamah Keadilan tetapi memilih undang undang sendiri untuk membuat keputusan sebagai jalan penyelesaian.

DATUK NAJIB ATAU DATUK MUSA mempunyai tanggung jawab dalam melaksanakan system ‘KPI’ sebagai jawapan kepada kelibat dan tingkahlaku pemimpin yang tidak menghormati wartawan, kerana wartawan juga mempunyai peranan yang besar dalam memastikan kemajuan dan pembangunan Negara.

Bagaimana pun insiden tersebut pihak Editor Sabahkini.net mempunyai hak untuk membuat laporan Polis, dimana pihak penyerang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM2 ribu, penjara atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bak kata bahasa orang Sabah…malulah sikit kita buat tindakan macam budak budak berebut gula gula batu dikhalayak ramai!

Selasa, 2 Jun 2009

PERANAN BLOGGERS MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA


Oleh: Mail Mathew
Blog:ambrosemail52,blogspot.com

HIMPUNAN blogers diseluruh dunia sememangnya mempunyai citarasanya tersendiri untuk menulis sama ada berbentuk kritikan, pujian mahu pun rencana yang merongkai kisah penghidupan masyarakat petani diluar bandar tanpa kekangan daripada mana mana pihak, baik dipihak kerajaan mahu pun pemangkang kerana apa juga yang dirongkai penulis blog biarlah berbentuk ‘realistik’ mengikut jalan cerita asalnya dan bukan direka reka semata mata untuk menjulang nama seseorang itu dimata masyarakat.

AMAT MALANG SEKALI kerana peranan para bloggers disalah tafsirkan kearah suatu sudut negatif, tetapi harus difahami bahawa peranan bloggers juga tidak kurang pentingnya kearah menegakkan sistem pentadbiran yang lebih telus, yang berpaksikan kepada amalan kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah (amalan kerajaan ketika era Tun Dr Mahathir).

Namun, tidak semua tulisan bloggers sekadar memetik jalan cerita berbentuk pujian kepada seseorang pemimpin agar diminati ramai penyokongnya, sehinggalah pemimpin itu terlepas pandang segala batasan batasan yang tidak seharusnya dilakukan hanya kerana terbuai dengan segala puji pujian yang sekali gus menjadikannya leka terhadap tanggung jawabnya.

SEBENARNYA bloggers bangkit mengkritik seseorang pemimpin itu demi kesedaran bagi mereka yang sudah terlena diatas buaian puji pujian, kerana ‘trend’ puji memuji dan angkat mengangkat (membodek) pemimpin sangat ‘berbahaya’

Kerajaan yang membina frasarana teknologi tinggi seperti ‘multimedia’ dan ‘IT’ bukan semestinya ia diperalat untuk medan ‘puji memuji dan angkat mengangkat pemimpin’ sebaliknya ia suatu frasarana pelbagai guna, dimana medan ini memberi ruang kepada setiap ‘pemikir’ melorongkan pendapat serta teguran yang bernas kepada pemimpin yang sudah tersasar gaya kepimpinan.

JANGAN DISALAHTAFSIRKAN bahawa kebangkitan bloggers bertujuan membangkitkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan, adalah tidak benar dan berbentuk fitnah semata mata, dimana kerajaan tetap kerajaan yang diharapkan rakyat, tetapi kecuaian pemimpin yang kurang cekap dalam membawa misi kerajaan perlu ditegur dan dikritik dalam usaha untuk membetulkan keadaan.

Misalnya, sambutan protokol yang berlebihan kepada lawatan seseorang ‘VIP’ yang dianggap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai budaya lapok dan beliau mahu budaya itu ditiadakan, kerana Najib melihat bahawa ‘trend’ diabad ke-21 ini rakyat muak melihat budaya itu yang menyebabkan rakyat memandang serong kepada kerajaan BN.

MALAHAN Najib sanggup meredah lorong lorong ditengah tengah kesibukkan orang ramai dipasar pasar tani di Ibukota Kuala Lumpur dalam program turun padangnya untuk mendekati rakyat kelas bawahan, tetapi belum pun lama dari itu, ada lagi pemimpin lain masih mengguna pakai budaya lapok diusung dan dijulang rakyat jelata.