Saudara Pengarang,
SEDAR tak sedar tiang kuasa sudah di tanam di Sabah, sehingga kini tidak ada tindakan terhadap Sultan Sulu oleh kerajaan Malaysia. Mungkinkah ada agenda tersembunyi di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Sulu? Kalau diamati kuasa parti politik tempatan sudah tidak bererti lagi jikalau ia dilihat melalui pengagihan komposisi kerusi DUN/Parlimen yang jelas tidak seimbang.
Jikalau parti tempatan terpekik pekik untuk bersuara pun tidak akan dilayan sebab autonomi itu di pegang oleh parti semenanjung; tidak mustahil masa akan datang parti parti tempatan ini akan dihanyutkan oleh tangan tangan ghaib. Pada masa itu mungkin ada satu parti baru yang muncul sebagai ganti kepada parti tempatan ini dan percayalah parti itu dikuasai oleh pemimpin pemimpin asing (PATI) yang diberi kewarganegaraan songsang.
Malahan pada masa itu kerajaan Sulu tidak perlu lagi berperang untuk mendapatkan kembali Sabah yang kononnya tanah mereka tetapi hanya melalui politik maka mereka akan berkuasa. Sultan sudah ada , politik sudah di kuasai dan pada masa ini sabah akan bersultankan pemerintah sulu. lihat sahaja jumlah terkini PATI di sabah, jelas ia melebihi jumlah penduduk tempatan.
Pada masa yang sama kerajaan Malaysia tidak berbuat apa apa walaupun ada beberapa pemimpin menyuarakan kebimbangan ini. Ingat! saudara jika benar andaian saya ini maka kita seperti bermain catur yang mana bila akhirnya pihak lawan berkata "check mate" dimana segala pergerakan terkunci.
Dalam pada itu, untuk penyelesaian masalah ini, kita perlu kembalikan kuasa autonomi sabah terlebih dahulu; rakyat tempatan Sabah perlu bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang ada sekarang (UMNO-BN). Maknanya bersatu dibawah parti tempatan yang menentang kerajaan pada masa ini.
Jikalau ini pun sukar kita lakukan maka suatu hari nanti kita akan berputih mata. Renung renung kan lah wahai rakyat tempatan Sabah; kerana dalam politik tiada yang mustahil maka oleh itu kita mesti bijak mengatur langkah dan bukannya mudah dikaburi oleh kekayaan yang diberi.
Para pemimpin politik Sabah yang kini berkuasa perlu bijak dalam hal ini dan bukannya tunduk kerana takut hilang kuasa dan kekayaan; janganlah fikir kepentingan diri sendiri tetapi fikirkanlah apa yang akan berlaku terhadap rakyat sabah pada masa akan datang.
sekian.
ROGER STIMIN