Rabu, 9 Januari 2013

POLIS SERBU PONDOK KG LAYANG LAYANG DIKHUATIRI AJARAN SESAT

Oleh: Mail Mathew

KEMABONG: Sekumpulan anggota Polis melakukan serbuan keatas sebuah pondok terletak di Kg Bukit Layang Layang kira kira 200 meter dari jalanraya besar antara Tenom ke Sipitang yang dibimbangi penduduk sebagai pusat ajaran sesat.

Pasukan Polis dari Balai Polis disini yang diketuai Ketua Polis Balai Sub Inspektor Malim Nulantan berserta 4 anggotanya berkejar ke tempat itu sebaik mendapat maklumat daripada penduduk kampong pada Rabu untuk melakukan pemeriksaan.

Bagaimana pun setelah tiba dikawasan yang telah dikenal pasti oleh penduduk disitu mendapati kawasan persekitaran pondok terbabit kelihatan lengang, manakala didalam pondok itu terdapat beberapa peralatan yang dipercayai digunakan sebagai alat pemujaan.

Selain itu, terdapat sebuah buku yang mencatat beberapa nama individu dipercayai pelanggan yang menjalankan aktiviti di pondok itu termasuk sebuah keranda berbalut dengan kain kuning.

Tidak ada tangkapan dibuat pada ketika itu disebabkan ketika kehadiran anggota Polis disitu tiada seorang pun anggota mahupun kakitangannya berada didalam pondok tersebut selain kelihatan ia kosong.

Menurut Sub Inspektor Malim, beliau akan terus melakukan pemantauan disitu sehingga mendapat maklumat sahih berhubung modes operandi aktiviti pengguna dalam pondok tersebut termasuk mendalami maklumatnya menerusi kerjasama daripada penduduk kampong terbabit.

Dalam pada itu, seorang penduduk kampong yang enggan identitinya didedahkan memberitahu bahawa kegiatan disitu sudah berjalan sejak tahun lalu lagi namun kebimbangan mereka (penduduk) mula terasa apabila kelihatan pelanggan yang menghadiri aktiviti disitu menggunakan kenderaan kenderan mewah seperti 'double cab dan Ninja King” pada setiap minggu.

“ Kami amat bimbang kalau kalau ianya pusat kegiatan ajaran sesat sepertimana berlaku di Semenanjong beberapa tahun lalu..(jadi), sebelum terlambat kami ambil keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Polis supaya dapat disiasat.

“ Setakat ini terlalu banyak andaian dari penduduk disini dimana ada yang mengesyaki kononnya mungkin juga ia sebuah pusat aktiviti pemujaan untuk menilik nasib termasuk ramalan nombor ekor, “ tegas penduduk disitu yang enggan namanya disiarkan. Ends///...

Caption:- 1.IMG_5204- Tempat pemujaan dan keranda berbalut kain kuning. 2.IMG_5210- Keranda disitu menjadi tanda tanya penduduk. 3.IMG_5212- Pasukan Polis diketuai Sub Inspektor Malim kedua dari kiri manakala kanan sekali penduduk kampong. 4.IMG_5217- Buku mengandungi senarai beberapa individu.

Selasa, 8 Januari 2013

PEMBANGKANG TUMPU FORMULA SATU LAWAN SATU BUKAN ISU MENTALITI KEDAERAHAN ATAU WILAYAH, PARTI KITA

Oleh: Ambrose M Matthew

KEMABONG: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah mengalu alukan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah baru baru ini berhubung isu kesepakatan gagasan pembangkang dinegeri ini terlalu longgar dalam menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

MUTANG DAWAT @ SYLVESTER
Ketua Penerangannya Mutang Dawat @Sylvester (gambar), berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PKR itu pada baru baru ini berhubung ketidak serasian pembangkang dinegeri ini untuk mempastikan formula satu lawan satu direalisasikan.

Mutang berkata, tuding menuding jari dikalangan pembangkang dalam soal kelonggaran jentera gagasan pembangkang bukan masanya untuk dibincangkan namun sikap tidak berkompromi dikalangan para pemimpin pembangkang isu ketidak serasian telah memuncak dan ianya menjadi kekangan dalam pembentukkan satu formula kerjasama satu lawan satu.

Langkah yang sebaik mungkin perlu dilakukan ialah penubuhan satu seketeriat urusetia gagasan pembangkang dinegeri ini bagi menyelaraskan ketidak seimbangan mereka (pembangkang) terutamanya dalam pengagehan kerusi, tegas Mutang.

“ Kita mahu seketeriat ini ditubuhkan segera supaya semua hal hal parti dalam gagasan pembangkang dapat dipusatkan dan tidak lagi masing masing mengeluarkan kenyataan yang sensitif kepada parti seperti mentaliti kedaerahan sepertimana berlaku sekarang ini diSabah.

“ Seharusnya isu parti Semenanjong atau Sabah dan Sarawak bukan isunya tetapi perjuangan pembangkang ialah lebih tertumpu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam semangat 1Malaysia manakala isu kekitaan dalam satu satu kelompok wilayah perlu dikikiskan jika mahu menang PRU-13,” tegas Mutang.

Tegasnya lagi, sesungguhnya modes perjuangan Parti KITA adalah sama dengan hasrat yang diperjuangkan oleh parti parti lain dalam pembangkang seperti Pakatan Rakyat (PR), SAPP dan Parti Star namun pihaknya masih menunggu tawaran untuk mengadakan perundingan walaupun hasratnya telah pun dizahirkan dalam beberapa kenyataan media parti itu sebelum ini.

“ Jikalau pembangkang asyik bercakaran sesama sendiri mempertikaikan perkara perkara yang menyentuh soal daerah dan wilayah kelahiran sesebuah parti politik... (tetapi) isu pokok seperti kekuatan pembangkang, formula satu lawan satu dan isu isu lain bukan tumpuannya, tidak ada ertinya malah ia membuang masa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya perkembangan lain berhubung kepimpinan Parti Kita diSabah Mutang berkata, kepimpinan parti itu diSabah tidak bermasalah walaupun bekas Pengerusi pimpinannya Datuk Pengiran Othman Rauf telah mengumumkan keluar parti itu beberapa bulan lalu.

Namun kekuatannya, ia masih aktif dibawah kepimpinan bekas Adun Bingkor Thomas Anggan sebagai pemangku Pengerusi Perhubungannya, jelas Mutang. Ends///... Caption:- 1. Gambar MUTANG DAWAT @ SYLVESTER 2

Ahad, 6 Januari 2013

KERAJAAN HARUS PASTIKAN RUMAH PPRT SIAP SEPENUHNYA SEBELUM DISERAHKAN KEPADA RAKYAT

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa pihak tertentu agar mengambil tindakan serius untuk mempastikan tiada kerja kerja tertunggak sebelum menyerahkan rumah mesra rakyat (RMR) atau lebih dikenali sebagai PPRT kepada masyarakat yang menerimanya.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan masyarakat khususnya mereka yang menerima kemudahan tersebut diserahkan kepada mereka (penerima) dalam keadaan yang tidak lengkap malah membebankan mereka.

“ Kita mendapat tahu bahawa program PPRT dibawah KKLW ia dibekalkan kepada rakyat secara pakej yang meliputi bekalan elektrik dan air (tetapi) yang sedihnya rakyat yang menerima terpaksa berulang alik ke pejabat daerah untuk meminta mereka melengkapkannya namun diberi janji kosong.

“ Apakah ertinya bantuan ini diberi kepada rakyat yang amat memerlukan jikalau kerajaan sekadar menunaikan pemberian secara separuh hati...bererti mereka tidak ikhlas membantu rakyat,” kata Roger ketika memberitahu media pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika turun padang memantau aduan masyarakat dikawasan perkampongan dalam kawasan Dun Melalap berhubung masalah pembinaan PPRT yang tidak dilengkapkan dengan bekalan elektrik dan bekalan air.

Dalam pada itu, beliau turut terkilan dengan kualiti kerja yang dilaksanakan kontraktor ketika kerja kerja melurus dan mendalamkan sistem perparitan di Kg Makakagas yang disifatkannya sebagai “cincai' (tidak sempurna).

“ Sepatutnya kerja kerja itu lebih mengutamakan saliran air mampu berjalan dengan lancar apabila musim banjir...termasuklah meluruskan perparitan dan mendalamkannya. “ Begitu juga tebingannya sepatutnya di simen supaya tidak berlaku runtuhan tebing...apa yang kita lihat sangat mengecewakan penduduk disitu,” tegasnya. Ends///...