Selasa, 15 Julai 2014

KITA HANYA ADA SATU PKR TENOM, MARI BERSATU- MASDIN TUMAS

OLEH: ALFONSO JOES 

KETUA CABANG Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Masdin Tumas mengajak semua ahli dan pemimpin cabang agar terus bersatu selepas pemilihan parti itu baru baru ini walaupun terdapat beberapa kelompok terwujud semasa pemilihan namun ia sekadar bersifat sementara kerana mahu melaksanakan proses demokrasi mengikut kehendak Perlembagaan Parti.

MASDIN TUMAS
Menang atau kalah merupakan adat resam atau asam garam dalam pemilihan, tetapi kepada yang kalah tidak bermakna perjuangan mereka terus berakhir disitu malah ia tidak akan berakhir selagi misi perjuangan belum sampai ke puncaknya, dalam ertikata yang lain “Perjuangan belum selesai”.

Bagi mereka yang menang pula, tidaklah boleh terus mendabik dada kerana didepan masih terlalu banyak yang perlu diterokai dan diselesaikan dimana dengan menyelesaikan semua persoalan itu memerlukan kerjasama semua peringkat dalam PKR.

Kini era pemilihan sudah berakhir, manakala pemimpin pemimpin daripada KETUA CABANG sehingga ke AJK sudah ditentukan oleh perwakilan PKR malah mereka ini juga diberi mandat dan tanggung jawab untuk menggarap tugas memandu PKR sehingga ke PRU14 kelak.

Maka Masdin mengajak, “marilah bersama bercantum dan bertaut semula dalam satu nada satu PKR,” ujarnya. “ Saya percaya masih ramai yang teringin mahu menyumbang tenaga dan fikiran dengan berminat untuk disenaraikan sebagai salah satu slot dalam AJK Cabang tetapi kita tidak dapat memuatkannya semua…kita kena pilih yang terbaik sahaja dulu.

“ Kita juga telah melantik satu panel penasihat terdiri dikalangan para cendikiawan, bekas pegawai kerajaan dan pesara politik untuk menjadi “think tank” kepada kita supaya perjalanan urustadbir politik serta halatuju menepati sasaran yang tepat,” tegasnya.

Masdin berkata, pemilihan AJK AJK lantikan akan dilakukan sebaik sahaja nama nama pemimpin yang dicadangkan itu mendapat tapisan daripada panel penasihat atau “Think Tank” mengenai kesesuaian mereka termasuk juga latar belakang pemimpin itu.

“ Saya akui bahawa kepimpinan PKR disini pada masa lalu memang mengalami sedikit kelemahan dan amalan nepotism…tetapi kali ini kita akan lakukan sedikit transformasi supaya kepimpinan dan perjuangan PKR lebih relevan dalam menghadapi PRU14,” tegasnya.