Ahad, 26 Februari 2017

BEKAS CALON PRU13 DUN MELALAP ROGER STIMIN SERTAI PARTI WARISAN

OLEH: ULU PADAS 


SETELAH beberapa ketika menanti khabar berita berhubung status bekas Calon Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) bagi DUN Melalap Roger Stimin bersama para penyokongnya, akhirnya suatu keputusan telah dicapai untuk menyertai Parti Warisan. 

 Perjumpaan yang dihadiri kira kira hampir seratus orang itu terdiri daripada para pemimpin akar umbi (cawangan cawangan), telah diadakan disebuah Restoran dekat sini pada Ahad, dimana rata rata hadirin telah menyokong keputusan tersebut secara sebulat suara daripada yang hadir.

 Roger yang juga merupakan seorang pengamal Undang Undang dan membuka firma Guaman atas nama S. Roger & Co, diIbu Negara (Kuala Lumpur) berkata, untuk memastikan impian rakyat Sabah untuk menikmati perubahan secara total, maka Parti Warisan merupakan pilihan yang tepat.

 Beliau berkata, meskipun terdapat berbagai tuduhan mahupun cemuhan keatas Parti Warisan, dimana kononnya parti ini merupakan “proxy” kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, sebaliknya kesemua tuduhan itu tidak berasas malah cuba memalitkan kotoran kepada Warisan agar Warisan akan dipandang serong oleh kepelbagaian kesukuan rakyat Sabah.

 “ Jangan percaya kepada matematik politik pihak lain yang perkiraannya sudah salah malah sudah jauh melencong....sebaliknya yakinlah kepada perkiraan individu itu sendiri, bahawa perjuangan Warisan adalah telus untuk meletakkan kembali hak rakyat Sabah ditempat yang benar,” katanya sambil ditepuk sorak oleh hadirin.

Selain itu, Roger turut mengingatkan para pemimpin yang juga penyokongnya ketika menjadi calon pada PRU13, agar menjadi ahli Parti Warisan tanpa mengenakan apa apa syarat, seterusnya menunjukkan kesetiaan kepada peraturan parti Warisan tanpa berbelah bahagi.

 “ Jangan fikirkan soal siapa calon...apa yang lebih penting Warisan terus berpadu, kukuh dan mampu menumbangkan BN/Umno pada PRU14. Biarkanlah soal calon itu ditentukan oleh pihak atasan (Presiden dan AMT),” katanya.

Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab, Roger menjelaskan bahawa berhubung dengan borang keahlian Parti Warisan, difahamkan oleh Sdra AMM bahawa pihak pejabat perhubungan Warisan Tenom telah kehabisan stok borang tersebut.

Bagaimana pun, masalah tersebut AMM akan bincang dengan pejabat Warisan Tenom, katanya ketika menjawab soalan asal Pirus Ngalakon.

Sdra John Tawayon daripada Lagud mencadangkan, agar Sdra Roger juga lebih kerap datang ke Tenom untuk bertemu bekas penyokongnya dikampong kampong selain mendekati mereka dan memberi mereka dorongan Roger berkata, beliau akan sedia memenuhi kehendak masyarakat disini sedaya upaya, katanya.

Sabtu, 25 Februari 2017

MENGAPA PEMBANGKANG SABAH BERSIKAP KRITIKAL PADA WARISAN??

OLEH: ULU PADAS/JALIN LUIN 


SETIAP ARTIKEL yang menceritakan kewaspadaan Warisan dalam mempertimbangkan pelawaan parti pembangkang termasuklah pembangkang dari Semenanjung untuk berkerjasama. Maka adalah pihak yang cuba menidakkannya. Berlagak baik sangat, kononnya ia bertujuan untuk melemahkan pembangkang di negeri Sabah. Macam saja Warisan tidak matang dalam berpolitik... Hemmm... 

Tapi dalam masa yang sama rata rata penyokong USA, tidak cukup tangan memfitnah Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin yang mewakili pilak. Kurang ajar! Kononnya orang asal aka KDM dilarang menyokong Warisan, nanti kepentingan KDM akan terhakis.

Ini kerana kalau Warisan menjadi pemerintah maka pentadbiran negeri akan dikuasai oleh pilak. Sekali lagi, kurang ajar! Adakah perbuatan yang tidak bertamadun itu direstui oleh pemimpin tertinggi USA, yakni berselindung di sebalik kebodohan penyokong USA itu sendiri.

Dengan harapan Warisan akan ditolak oleh masyarakat dan akhirnya terpaksa berkerjasama dengan USA? Lagi dahsyat penyokong tegar USA giat mencanang kata mereka Warisan adalah parti yang ditaja oleh UMNO.

Itu bererti kalau orang Sabah menyokong Warisan samalah ertinya mereka menyokong untuk mengekalkan UMNO di negeri Sabah. Wah, sungguh kah. Alahai. Kerja orang bukit yang bodoh. Jangan malu malu atau buat tidak tahu, baru baru ini STAR bertanding di PRK Tanjung Datu, Sarawak dan calon STAR kalah teruk hingga hilang wang pertaruhan. Hemmmm Hampir sama ceritanya dengan DAP.

Sebelum ini pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, mengakui perjuangan Warisan sebab kononnya memperjuangkan nasib Sabahan dan tidak keberatan untuk berkerjasama. Tapi cukup sekadar pengakuan yang bersifat retorik.

Hakikatnya sehingga hari ini DAP Sabah tidak pernah mempelawa Warisan sebagai rakan seperjuangan atau paling tidak menjemput pemimpin Warisan sebagai tetamu kehormat di Majlis politik yang mereka anjurkan. Perhatikan saja kritikan kritikan pedas ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP Steven Wong keatas Warisan. Sentiasa lantang merendahkan keikhlasan Warisan.

Sewajarnya sewaktu DAP meraikan kejayaan mereka menyiapkan bekalan air graviti di daerah Keningau baru baru ini, mereka menjemput pemimpin Warisan sebagai tetamu kehormat. Agar Warisan turut dilihat sebagai parti yang mampu membela nasib masyarakat Keningau sekaligus mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri Sabah, tapi tidak.

Kenapa kah? Masih berdendam pada Junz Wong yang menyertai Warisan kah? Tengok, semasa awal pengenalan parti Warisan di kawasan Tawau. Yb DUN Sri Tanjung, Foong Hin Chan selaku wakili DAP dijemput dan diberikan peluang untuk berucap. Ini baru betul, bukti kesungguhan Warisan ingin menumbangkan BN pada PRU yang akan datang. Cakap serupa bikin!

Sama halnya dengan pemimpin dan jentera PKR Sabah. Mereka sedar dan tahu sejak kemunculan Warisan di persada politik Sabah, Warisan telah menjadi pilihan orang Sabah. Tapi tidak pernah kita mendengar pujian atau pengakuan yang mengiktiraf kewibawaan Warisan sebagai pembangkang tempatan di negeri Sabah. Kenapa kah?

Malah tidak keterlaluan kalau admin katakan, masih ramai dari kalangan pemimpin dan penyokong PKR aka PH yang fobia dengan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai musuh seteru memandangkan Warisan dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO.

Jangan buat buat lupa, kalau perjuangan PKR boleh diterima oleh masyarakat Sabah, tidaklah Datuk Lajim Ukin keluar dan menubuhkan parti Harapan Rakyat. Sehingga Datuk Lajim Ukin berani mengkritik pedas kemampuan Datuk Seri Shafie Apdal melalui tiket Gabungan.

Kononnya mustahil bagi Warisan menewaskan BN, memandangkan BN adalah parti yang kuat tapi Warisan tidak mahu berkerjasama dengan Gabungan (USA) Sedarlah dan terimalah hakikat hanya kerjasama yang diketuai oleh Warisan yang mampu menumbangkan BN pada PRU yang akan datang.

Seperti mana artikel sebelum ini, Warisan mampu menang tanpa Gabungan. Kesimpulannya bermula dari saat ini, Warisan wajib diberikan kepercayaan bagi mengetuai pembangkang di negeri Sabah. Sekaligus Warisan sebagai induk yang menentukan kawasan mana yang boleh dipertandingkan oleh parti gabungan dan parti pembangkang dari Semenanjung.

Amat tidak wajar kalau ada parti-parti dari Gabungan USA atau Pakatan Harapan mendesak Parti Warisan untuk membuat keputusan samada mahu bergabung atau tidak dengan mereka. Sebaliknya, Parti Warisan lah yg selayaknya memberi ultimatum kpd Gabungan USA dan PH agar mereka akur kepada kepimpinan Parti Warisan sebagai Tunggak Gabungan Pembangkang di Sabah dalam berdepan Umno/BN di PRU14 yang mendatang.

Barulah ada cerita, dimana BN akan ditumbang di PRU yang akan datang!!!

Rabu, 22 Februari 2017

WARISAN TERUS MAJU KEHADAPAN MENDEKATI RAKYAT SEHINGGA PRU14

OLEH: ULU PADAS
PETER ANTHONY

 PENDIRIAN tegas Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony menepis dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa Parti Warisan bersekongkol dengan Parti Pribumi Bersatu pimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiddyn Yassin ibarat “adik beradik” merupakan helah rakan pembangkang sebelah untuk memperkecil kecilkan Parti Warisan.

 Meskipun Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah berulangkali menafikan dakwaan tersebut namun pihak tertentu masih meneruskan agenda mereka dengan harapan bahawa kredibiliti Warisan akan tercalar dimata rakyat, katanya.

Tegasnya lagi, walaupun pada dasarnya, suatu ketika dahulu beliau (DSSA) pernah ditawarkan untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden parti itu, namun telah ditolaknya dengan alasan ingin menumpukan perjuangan Parti Warisan diSabah selepas ianya telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas itu,

Selain itu, mengenai dengan laporan  sebuah pertubuhan NGO yang meminta pihak SPRM menyiasat pemberian projek dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) Persekutuan sekitar tahun 2010 hingga 2012 kerana kemungkinan berlaku penyelewengan Peter Anthony berkata,

 “ Tiada keperluan bagi kita bimbang perkara itu kerana projek tersebut telah lama dilaksanakan dan segala urusan mendapatkan projek tersebut mengikut prosedur biasa (standard) secara tender terbuka yang telah ditetapkan oleh kerajaan....dan kita bersedia untuk memberi kerjasama dengan SPRM untuk menjalankan siasatan itu.

“ Ironinya, mengapa pula tumpukan persoalan itu tetapi kes terbaharu skandal Jabatan Air Sabah yang berada didepan mata bukti wang sejumlah RM180 juta tidak dibongkar...orang yang dituduh dilepaskan pula...sepatutnya NGO itu harus laporkan dan bukan berdiam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Warisan P.181 Tenom dikediaman Haji Arkani Ukab di Kg Pantongan Sapong dihadiri kira kira 200 orang pada Isnin.

Turut hadir, Ahwar Rasam Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Ketua Belia KDM Malaysia Henry Soimpon, Nossil Basayu Penyelaras Warisan Dun Melalap dan Penyelaras Warisan Dun Kemabong Donnysius Ansuku.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan program itu, Anthony berkata, Parti Warisan yang telah diwujudkan kira kira lebih empat bulan lalu kini telah mencapai keahlian seramai hampir setengah juta orang, dimana keahliannya adalah terbuka kepada semua kesukuan dan warga negara dinegara ini.

Peter berkata, meskipun kehadiran Warisan bukan sahaja tidak disenangi oleh Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, tetapi juga oleh parti rakan rakan dalam gagasan pembangkang yang mungkin mencemburui kerancakan sambutan rakyat terhadap Warisan.

Fokus utama Warisan apabila diberi mandat rakyat memenangi dan membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-14 (PRU), ia lebih menumpukan kepada pembinaan beberapa kilang dan industri khususnya kilang memproses minyak sawit supaya belia belia menganggur mendapat peluang pekerjaan tanpa penghijrahan ke Semenanjong.

Anthony mengulangi jaminan Presiden Warisan Datuk Shafie sebelum ini untuk mengwujudkan Kementerian Pendidikan diSabah, supaya tidak lagi perlu merujuk sebarang perkara yang berhubungkait dengan sistem pendidikan daripada pihak pusat.

Berhubung dengan geran geran komunal, yang diberikan kepada syarikat syarikat gergasi kepunyaan kroni kroni Musa Aman, dicadangkan akan dibatalkan dan diberikan kepada penduduk kampong yang berhak memilikinya, walaupun tanah tanah tersebut sudah diterokai atau pun belum.

 “ Kepimpinan Parti Warisan telah pun melantik barisan Peguam pada baru baru ini, dimana tujuannya untuk mengkaji sistem perundangan berhubungkait dengan tanah dan ternyata seseorang Ketua Menteri itu berhak dan mempunyai kuasa untuk membatal pemilikan tanah yang dipercayai pemilikannya secara salah,” katanya sambil berkata bahawa Warisan pasti menghapuskan GST setelah menerajui kerajaan kelak.

Dalam pada itu, ketika menyentuh pembangunan yang berlaku diTenom dan Kemabong Peter berkata, meskipun negara telah merdeka kira kira 53 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai, contohnya, perkhidmatan keritapi yang disifatkannya kerbau lagi laju jika dilepaskan berlumba dengan keritapi. Ends///...

Selasa, 21 Februari 2017

WARISAN PASTI MEMERINTAH ??

WARISAN MAHU MEMERINTAH 


PARTI lokal di Sabah termasuk di Sarawak tidak akan dapat mengubah kerajaan masing2 tanpa kuasai lebih 112 kerusi MP dan ini jelas dan fakta. Contoh terbaik PBS/parti lokal memenangi majoriti PRN tahun 1985 tetapi gagal kuasai lebih 112 kerusi MP dan jelasnya tetap gagal tak boleh berbuat apa-apa. 

Sekarang ini di Sarawak juga sama parti lokal perintah secara majoriti, pun tidak dapat mengubah keadaan sebab BN terus kuasai lebih 112 kerusi di Parlimen dan Najib berkuasa penuh. Rakyat di Sabah terutama di kampung2 kena faham sistem tadbir di Malaysia ini sebelum mendendangkan kata undi parti lokal tanpa mahu berkerjasama dengan parti nasional.

WARISAN punya visi tertentu sesudah selesai PRN14 nanti dan itu akan dijelaskan dalam manifesto PRN nanti. Parti lokal sekarang terus mendedangkan lagu sumbang untuk membodohkan rakyat dengan slogan yang bukan2 tanpa menjelaskan betapa pentingnya kuasai lebih 112 kerusi di peringkat nasional. Parti yang kuasai kerajaan nasional harusnya memenangi lebih 112 kerusi MP dan boleh meminda cipta undang2 dengan mendapat majoriti sokongan lebih 112-148 undi di parlimen.

Yang memerintah diperingkat nasional akan kuasai WANG DISATUKAN, Tentera, Polis, Keselamatan, Imigresen, JPN, Pendidikan, Kastam dan banyak lagi jabatan2/agensi terpenting. Parti-parti yang ada di Sabah ini sudah bertahun2 dan selalu menyertai election setiap lima tahun tetapi gagal memerintah Negeri Sabah kecuali BERJAYA dan PBS tetapi gagal memerintah kesan tidak kuasai lebih 112 kerusi MP.

" Kita tidak mahu jadi pembangkang, sebalik kita mahu jadi pemerintah selepas PRN14 ini nanti dan dengan demikian barulah kita dapat melaksanakan manifesto dan janji2 kita.." Katanya DS Shafie Apdal yang yakin sangat WARISAN bakal muncul sebagai pemerintah di Sabah.

Calon2 yang menang 1-2 kerusi DUN dan Parlimen tidak akan dapat membantu rakyat kesan mereka bukan pemerintah dan tidak diamanah mengawal dana WANG DISATUKAN dan kesan tidak berkuasa terhadap hasil negeri, maka mereka hanya berkokok sedang rakyat perlukan jalan raya, sekolah, klinik dan segala macam keperluan asas.

Sebaik saja memerintah, WARISAN akan berkerjasama dengan kerajaan Sarawak yang mempunyai 31 kerusi MP dan tambahan dari Sabah sebanyak 25 kerusi menjadi 56 kerusi menjadikan satu jaminan kekuatan untuk kerajaan melaksanakan perjanjian 1963.

Dengan penyertaan rakyat yang diluar jangka sekarang ini, DS Shafie Apdal yakin sangat WARISAN akan memerintah setelah PRN-14 nanti.

Mesti berubah SabahUbah SabahUbah ISMAILY BUNGSU 21/2/2017 1:55PM