Sabtu, 23 April 2011

DATUK CHIN SU PHIN KUKUHKAN BN, BUKAN JUGA BAKAR LDP!

Saudara Pengarang,

Merujuk kepada kemelut isu kenyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berhubung luahan kebimbangan beliau terhadap sokongan masyarakat Cina kepada BN pada PRN ke-10 Sarawak kelihatan merosot dimana DAP secara mendadak meraih sokongan 80 peratus dari masyarakat itu tetapi malangnya luahan beliau disalah tafsirkan pemimpin Umno diSabah.

Hakikat yang disarankan Datuk Chin mempunyai kebenaran dan asasnya membuatkan saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata dalam portal Sabahkini.net yang popular dengan siaran berita yang tidak menyembunyikan fakta.

Memang ada segelintir pemimpin Sabah yang tidak suka apabila Datuk Chin mengeluarkan kenyataan tentang apa yang telah berlaku diSarawak kerana Chin tetap dengan pendirian politiknya untuk berterus terang sebagai jalan keluar untuk mengelakkan Sabah jatuh ke tangan pembangkan pada PRU13 nanti.

Zaman sekarang adalah zaman untuk perubahan segala galanya tak kira apa jawatan dalan kerajaan BN Sabah tetapi lebih terfokus kepada jawatan jawatan politik yang disifatkan semakin lemah kerana seseorang pemimpin itu duduk disesuatu fotfolio terlalu lama yang kemudiannya mendorong pemimpin berkenaan bersikap angkuh dan sombong tak ubah corak kepimpinan Mubarrak di Mesir.

Sesungguhnya suara hati Datuk Chin itu seharusnya dipandang positif dalam ertikata sebenar dalam system “Perkongsian kuasa” dalam gagasan BN dan sebaliknya ia tidak dipandang remeh atau dieksploitasikan kepada agenda lain hanya kerana Chin sememangnya tidak sehaluan dengan kepimpinan Ketua Menteri Musa Haji Aman.

Namun apa yang disuarakan Chin itu memang tepat dan ada asasnya demi mengukuhkan benteng pertahanan politik BN Sabah dari terus dirobek pembangkang pada PRU13 dimana seperti yang umum sedia maklum bahawa sekarang ini pun sudah ada petanda jelas kerancakkan pembangkang mula meraih sokongan daripada rakyat Sabah.

Saya salah seorang penyokong BN diSabah sewajarnya menyokong tindakan mana mana pemimpin yang bekerja dan bertindak untuk memenuhi aspirasi rakyat tak kiralah pemimpin itu Melayu, KDM atau Cina adalah sama kerana apa yang berlaku keatas Sabah Bumi bertuah ini adalah tanggung jawab kita bersama.

Jangan kata masalah RASUAH diSabah terlalu menular ketika ini, tetapi masalah lain seperti PATI, Kad Pengenalan dan kerakyatan yang diberikan kepada lebih 600,000 PATI juga masih tertunggak belum diselesaikan secara total.

Salam damai,

R. MASURRY, PRO DEMOKRASI SABAH

Jumaat, 22 April 2011

300 SAPP SERTAI GERAKAN? GIMIK POLITIK LAGI?

Oleh: AMBROSE M.MATTHEW

KELICIKAN politik Parti Gerakan sebuah parti import dari Semenanjung “tidak terkenal jasanya diSabah” semakin rancak bersandiwara dipentas politik dimana sahaja kawasan diSabah dengan harapan Pengarahnya Datuk Raymond Tan dan Datuk Peter Pang dapat menjual jenama parti itu dimata rakyat dengan selaris larisnya.

Pemimpin pemimpin ini yang keluar daripada parti masing masing (SAPP dan LDP) lalu meminta “suaka” politik daripada Parti Semenanjung “Parti Gerakan” untuk menyambung talian hayat politik mereka dalam BN seterusnya untuk mempertahankan jawatan mereka sebagai langkah pilihan untuk “survival politik” mereka semata mata..

Sebelum dua “Pengarah” ini disahkan oleh kepimpinan “Parti Gerakan” sebagai pemimpin jati Gerakan maka mereka ini dikenakan satu “ujian” dengan memberikan mereka beberapa “assignment” antaranya MENARIK SEBERAPA RAMAI AHLI PEMBANGKANG KHUSUSNYA SAPP DAN LDP dan satu lagi MENYERANG REPUTASI SAPP DAN LDP bagi meyakinkan kredibiliti mereka sebagi pemimpin yang benar benar serius menyertai Parti Gerakan dan mempunyai ramai pengikut.

Maka tidak hairanlah mungkin apa yang berlaku selang dua tiga hari di Keningau baru baru ini media melaporkan kononnya 300 ahli SAPP yang diketuai Nelson Manjin menyertai Parti Gerakan, adalah berkemungkinan sebahagian daripada tugasan “assignment” mereka yang disifatkan kelojikannya “jauh panggang dari api”.

Nelson Manjin yang bukan ahli SAPP terpaksa mengikut aras lakonan yang diarah Pengarah mengikut skrip yang tersedia yang tidak diketahui “berapa upah/ganjaran lakunan ini yang mungkin juga terpaksa dibayar lebih kepada Nelson Manjin” kerana peranannya untuk menghidupkan “assignment” yang diberikan pucuk pimpinan Parti Gerakan kepada pemimpin terbabit.

Rakyat persekitaran Pedalaman seramai 300 orang tidak mungkin sebuta itu menyertai sebuah parti yang dianggap sebagai “Parti Nyamuk” malah langsung tidak berjasa kepada negeri Sabah sekonyong konyong berhijrah ke parti Gerakan jikalau tidak ada “pikaras” yang kuat untuk menarik minat 300 orang ini atau 300 orang yang dimaksudkan itu hanya wujud dalam kertas semata mata untuk publisiti.

Selain itu, mantan Naib Presiden LDP Datuk Peter Pang yang berjaya mendapat “suaka” politik Parti Gerakan pula kini asyik menyelar apa sahaja kenyataan bekas bossnya Datuk Chin Su Phin Timbalan Presiden LDP kerana mengulas keputusan PRN ke-10 Sarawak dimana pengundi masyarakat Cina 80 peratus telah condong kepada pembangkang.

Kesempatan isu tersebut, Datuk Peter Pang bingkas bangun dan menuding jarinya kearah Chin seraya berkata “Chin dan LDP bukan mewakili masyarakat Cina dan tidak layak berkata Cina tak sokong BN”,

Datuk Pang sudah hilang pertimbangan kerana terdorong oleh “assignment” itu agaknya sehingga beliau lupa siapakah diri Pang sebenarnya dalam politik sebelum diangkat oleh LDP? Selain itu beliau tidak memikirkan jasa yang pernah ditaburkan LDP kepadanya sehingga dalam sekelip mata politiknya terus menyinar ketika berada dalam LDP. Dimanakah kesetiaan Pang terhadap perjuangannya dalam LDP sejak mula menjejakkan kakinya dalam LDP. Pang boleh sahaja melupakan itu semua, tetapi rakyat dan pengundi DUN Karamunting sukar untuk melupakannya.

Sebagai renungan dan ingatan bahawa pepatah Melayu ada menyimpulkan “ Pelanduk boleh terlupa jerat, sebaliknya jerat tak boleh lupa pelanduk”.

Khamis, 21 April 2011

LDP SEKADAR BIMBANG BUKAN SUARA WAKILI CINA?

Oleh: MARSANAN MARSADAN

KELICIKAN politik bekas pemimpin kanan LDP Datuk Peter Pang menempalak hebat kenyataan bekas bossnya Datuk Chin Su Phin berhubung analisisnya bahawa kepercayaan pengundi masyarakat Cina terhadap BN telah pudar sepertimana telah terbukti pada PRN ke-10 Sarawak baru baru ini.

Apa yang dapat diamati berhubung kenyataan Peter Pang itu dapat disimpulkan bahawa Pang seakan akan dalam keadaan tertekan dan serba salah jika tidak melakukan tindak balas kenyataan Chin itu.

Lagi pun, beliau (Peter) perlu meyakinkan BN dan Parti Gerakan sebuah Parti Semenanjung tempat baginya mendapat suaka politik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kabinet Sabah meskipun beliau terpaksa melupakan jasa dan budi LDP yang pernah menonjol dan mengangkatnya ke arena politik Sabah suatu ketika dulu.

Kelibat dan sikap Peter Pang yang sanggup meludah kepimpinan LDP serta para pengundinya di DUN Karamunting hanya kerana semata mata pentingkan kebendaan dan jawatannya yang boleh diibaratkan sebagai “ Kacang lupakan kulit”. Apakah Pang sudah terus melupakan jasa LDP kepadanya? Siapakah Pang hari ini jikalau bukan LDP yang mengangkatnya ke dalam arena politik?

Mungkin juga kenyataan Pang itu bukan dibuat secara berseorangan dan bukanlah niat sebenar Pang untuk berbuat kenyataan sedemikian tetapi lebih tepat lagi jika Datuk Pang disifatkan mungkin telah dipergunakan oleh pihak tertentu umpama perkakas “pelancar roket pemusnah kepada sasarannya” khususnya mereka yang lebih marah kepada pemimpin pemimpin LDP.

Berhubung dengan kenyataan Datuk Chin Su Phin Timbalan Presiden LDP sebelum ini bahawa keputusan PRN ke-10 Sarawak telah menyaksikan undi masyarakat Cina lebih condong kepada pembangkang seperti DAP sekaligus memusnahkan kekuatan SUPP sebagai parti mewakili masyarakat Cina.

Justeru, kebimbangan Chin bahawa trend pengundi diSarawak kemungkinan akan berlaku diSabah pada PRU13 jika BN Sabah masih terus menerus mengamalkan corak pentadbiran yang kotor dan pilih kasih.

Sebaliknya, Chin bimbang gelagat songsang yang diamalkan UMNO-BN Sabah yang memberi ruang kepada Parti Gerakan yang berasal dari Semenanjung mendapat tempat dalam kabinet Sabah bersama UMNO akan dijadikan modal politik pembangkang untuk meraih sokongan daripada pengundi Cina pada PRU13 kelak.

Melihat kepada kenyataan Chin sebelum ini hanya meluahkan rasa kebimbangannya terhadap pengundi Cina akan mengikut jejak langkah rakan rakan mereka diSarawak dan pendapat Chin itu telah disalah tafsirkan Datuk Peter Pang pada pengertian disebaliknya.

Isnin, 18 April 2011

PRN KE-10 SARAWAK: DAP naik SUPP rebah, SNAP berkubur?

Oleh: GONOD SUNDA

RAKYAT Sarawak yang masih memerlukan kerajaan BN meneruskan pemerintahan disitu untuk satu penggal lagi ( 5 tahun) sudah tentu merasa lega dengan keputusan keseluruhannya apabila BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1), meskipun keputusan itu BN telah kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

Namun dipihak pembangkang, seperti yang dijangkakan DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR turut menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Manakala jumlah pemilih keluar mengundi dianggarkan kira kira 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064). Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Justeru, tanggapan umum khususnya mereka yang pro kepada BN kini begitu rancak mencanangkan pelbagai jolokkan kepada pembangkang kononnya pembangkang ‘mimpi disiang hari berangan angan untuk menawan Sarawak’ dan banyak lagi yang dikatakan mereka dalam usaha untuk memperkecil kecilkan kewibawaan pembangkang.

Namun jika diamati keputusan itu secara keseluruhannya menunjukkan bahawa pembangkang terutamanya DAP telah memperlihatkan prestasi yang begitu menyerlah pada pilihanraya kali ini berbanding ditahun 2006. Keseriusan PR untuk menumpaskan kerajaan BN Sarawak hampir pasti membuahkan hasil.

Taktik dan strategi PKR kurang menyengat disebabkan kebanyakkan calun calun yang diturunkan adalah dikalangan ‘surat khabar lama’ sekaligus dilihat sebagai kurang bertenaga tidak seperti DAP yang menampilkan kesemua muka baru muda dan berpotensi kerana kekuatan latar pendidikan mereka.

Sementara PAS yang baru mula menjinakkan pengaruh dan sengat politiknya dibumi kenyalang dilihat masih belum dapat meyakinkan pengundi Islam Sarawak. Dalam ertikata lain PAS perlu mengambil masa yang agak lama untuk menanamkan keyakinan rakyat Sarawak terhadap parti itu.

Ekoran dari kemaraan DAP untuk terus unggul dalam PRN Sarawak kali ke-10 ini meletakkan SUPP salah sebuah parti komponen BN Sarawak rebah dibumi kenyalang dan kalau ada pun yang sisa sisanya hanya akan bertahan dalam masa seketika sebelum ia disusun untuk disimpan disebuah khazanah artifak Negara yang akan beringinan senasib bersama dengan SNAP.

SNAP merupakan sebuah parti yang memperjuangkan kebajikan masyarakat suku kaum Iban dan Dayak termasuk Urang Ulu namun kemunculan Baru Bian yang dilahirkan PKR dan unggul di DUN Ba’kelalan memaksa SNAP berkemungkinan akan menutup kedai bagi selama lamanya berdasarkan prestasinya pada kali ini dilihat terlalu hambar.

Berbanding Baru Bian yang semakin ‘popular’ kali ini walaupun memenangi DUN Ba’kelalan dengan majoriti kecil sekadar lebih 400 undi namun ianya mencukupi untuk Bian bersuara lebih lantang membela masyarakat yang diwakilinya di setiap persidangan DUN Sarawak.

Meskipun BN telah mengekalkan kemenangan dengan majoriti 2/3 dianggap selesa bagi BN untuk meneruskan tampuk pemerintahannya untuk lima tahun lagi, namun kelibat pemangkang yang dilihat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan itu, ia seakan akan mempunyai momentum daripada rakyat sebagai mesej penting untuk menumbangkan BN pada PRN Sarawak kali ke-11.

Sedar atau tidak sedar, pemimpin pemimpin BN negeri atau pusat tidak boleh menganggap Sarawak sebagai sebuah negeri ‘Fixed deposit’ seperti jolokkan yang pernah mereka gunakan pada sebelumnya.

Sesungguhnya BN akan berdepan satu lagi percaturan getir apabila Sarawak terlibat dalam PRU13 (Parlimen). Berdasarkan senario yang ditunjukkan pembangkang terutamanya DAP pada PRN Sarawak kali ke-10 yang baru berlalu, sekurang kurangnya 8 kawasan Parlimen akan jatuh ke tangan pembangkang.