Sabtu, 7 Julai 2012

RAKYAT TOLAK PEMBANGKANG TAWAN PUTRAJAYA, MORAL DAN INTERGRITI RENDAH

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam menyifatkan perjuangan pembangkang khususnya Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sebagai suatu “angan angan” kerana rakyat pasti akan menolak mereka.

Ali Rustam diiringi Jamawi
Beliau berkata, rakyat lebih bijak menilai siapakah harus mendudukki Putrajaya selain Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod bersih dan berpengalaman mentadbir negara berbanding pembangkang yang diragui kewibawaannya yang dilabelnya mempunyai moral dan integriti yang terlalu rendah.

“ Kita melihat kekuatan BN diseluruh negara semakin kukuh dan mantap, BN Sabah mantap dan tetap kekal sebagai 'fixed deposit' pada PRU-13...(jadi), dakwaan konon kita (BN) akan kalah adalah meleset sama sekali,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 2,000 orang terdiri daripada masyarakat belia dan beliawanis, perwakilan dan pemerhati pemuda Umno serta ahli ahli pemuda BN diPadang bandaran dekat sini pada Jumaat.

Ketua Menteri itu berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian P.181 Tenom, dimana yang pertama sekali dalam sejarah mesyauarat itu diadakan dipadang pekan dekat sini.

SUMPITAN!...gimik perasmian..
Mesyuarat tersebut turut dihadiri pemimpin luar kawasan seperti dua Exco kerajaan Melaka, Ketua Umno Sandakan Tan Sri Ampong Puyon selain pemimpin tempatan seperti Ketua Umno Tenom Datuk Rubin Balang, Exco Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar dan Ketua Puteri Inahwatry Jaini, para AJK Umno Tenom, pemimpin pemimpin parti komponen BN dekat sini terdiri dari MCA, LDP, PBS, PBRS dan Parti Gerakan.

SERAH...geran untuk anak angkat RM7,800
Datuk Rustam antara lainnya menyentuh beberapa perkara berhubung kelemahan pembangkang dengan berkata, bahawa rakyat sendiri dapat menilai integriti dan moral politik mereka apabila segelintirnya menyokong secara terbuka perkahwinan songsang (Lesbian) termasuk pengakuan Datuk S Ambiga sendiri yang menyokong untuk menghalalkan perkahwinan sejenis itu dinegara ini.

“ Jika benarlah mereka dapat menawan Putrajaya pada PRU-13, apa akan terjadi pada negara kita, sudah pastilah ia akan hancur...(kerana), sudah tentu lah mereka akan ubah segala undang undang yang sedia ada dan menjadikan kita berada dalam situasi yang tidak menentu dan huru hara,” tegasnya.

Selain itu, Ketua Menteri itu turut melabelkan kerajaan PR yang menguasai beberapa negeri sebagai tidak mengamalkan sistem demokratik yang sebenar benarnya termasuk tidak memberi kebebasan bersuara kepada rakyat dimana sesiapa sahaja bangkit mengkritik mereka dalam media pasti ianya akan menerima saman.

“ Jelas terbukti bahawa apabila salah seorang Naib Presiden DAP yang menjawat jawatan Senator membantah parti itu dari menyertai perhimpunan bersih 3.0 baru lalu, jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk meneruskan ke penggal ke-2. Jadi, apakah amalan mereka terutamanya DAP itu benar benar demokratik...baru bersuara sikit sudah dihalang haknya,” tegasnya.

“ Haaa..ini satu lagi bekas Timbalan Perdana Menteri sekarang Penasihat PKR, kita nak tanya kamu semua...semasa dia jadi TPM dan Menteri Kewangan apa dia buat untuk Sabah?...adakah Sabah lebih maju berbanding sekarang?.. (hadirin menjawab judi majuuu!),” tegasnya sambil ditepuk sorak oleh hadirin.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat meminta semua peringkat dalam barisan kepimpinan Umno mahu pun BN disitu agar terus memperkasa dan menggerakkan jentera pilihanraya masing masing untuk turun padang mendekati rakyat termasuk memberi bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Beliau kagum melihat bahawa kepimpinan Pemuda Umno dan BN disini dibawah teraju Jamawi Jaafar yang bukan sahaja dilihat dari aspek kemantapannya namun ianya juga sudah bersedia menggempur kubu pihak lawan pada bila bila masa.

Sementara itu, sumbangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tenom sejumlah RM7,800 untuk membiayai program anak angkat disumbangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Tenom telah disampaikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pegawai Pendidikan Daerah Ajmal Haji Jumah.

Komen daripada pandangan kacamata masyarakat luar :-

Kenyataan Datuk Ali Rustam tidak mencermin amalan demokratik dalam komennya yang sepatutnya beliau tidak harus menuding jari kepada pembangkang semata mata berhubung dakwaan tidak bermoral dan tidak berintergriti yang dilemparkannya kepada pembangkang.

Sebaliknya Ketua Menteri Melaka itu perlu menyedari hakikatnya bahawa dirinya sendiri yang pernah dikenakan tindakan disiplin parti Umno kerana telah terlibat dengan amalan “Rasuah” semasa pemilihan Umno lalu dimana Ali Rustam masa itu bertanding salah satu kerusi Naib Presiden Umno.

Justeru, saya ingin bertanya...sejauh manakah dakwaan Rustam itu benar benar jujur dan ikhlas dalam politik sedangkan beliau seolah olah tidak menyedari dirinya itu juga tergolong diantara golongan pemimpin yang “tidak berintergriti kerana mengamalkan rasuah”.

Mengenai dengan dakwaannya perhimpunan Bersih 3.0 adalah juga tindakan yang tidak bermoral kerana mencabar undang undang dan kedaulatan negara kerana sebagai punca menghuru harakan keselamatan negara.

Dalam konteks ini...saya ingin bertanyakan Datuk Seri Ali Rustam, apakah demonstrasi ahli ahli Umno diSelangor sehingga membawa/menjunjung kepala lembu yang menjadi kemarahan masyarakat Hindu kerana terhina dengan perbuatan Umno Selangor bukan perbuatan tidak bermoral dan tidak berintergriti juga tindakan mereka menghuru harakan keselamatan negara.

Kenapakah Rustam tidak menasihatkan mereka terlebih dahulu sebelum memperkata orang lain? Sekali lagi Rustam melabelkan DAP sebagai “most corrupted leaders”....Rustam perlu senaraikan pemimpin DAP yang telah disabitkan kesalahan yang dimaksudkannya sebagai “corrupted leaders”.

Rustam juga perlu senaraikan pemimpin Umno yang telah disabitkan kesalahan “Rasuah” dimana yang terbaru bekas Menteri Besar Selangor Dato'Seri Dr Khir Toyo...sila buat perbandingan siapakah the most corrupted leaders. Sekadar renungan politik!

Jumaat, 22 Jun 2012

BINA TANDAS BARU, KORBANKAN POKOK, TINDAKAN MDT KURANG BIJAK

OLEH:  Ambrose M Matthew

TENOM: Beberapa pemimpin masyarakat tempatan disini meluahkan kekesalan mereka terhadap tindakan pengurusan Majlis daerah disini (MDT) yang menebang pokok rimbun yang ditanam khas ditepi padang pekan yang antara lain bertujuan untuk menahan tekanan haba selain penjagaan keindahan alam sekitar yang berusia kira kira lebih 20 tahun lalu.

Rudy S Mairi
Keadaan itu menjadi persoalan hangat disekitar warga pekan kerana mereka menganggap tindakan itu kurang bijak dimana MDT sanggup memusnahkan pokok tumbuhan yang boleh membantu menghasilkan udara yang bersih, sihat dan nyaman semata mata memberi keutamaan kepada pembinaan tandas awam yang memang pun kemudahan itu sudah ada sebelum ini.

Sekiranya keperluan untuk membina sebuah tandas baru kerana mengambilkira pertambahan penggunanya terutama ketika berlaku acara acara keramaian yang diadakan dipadang itu sepertimana berlaku dimasa masa lalu, langkah proaktif menaiktaraf tandas tandas awam yang sedia ada di tiga lokasi yang berada berhampiran dengan padang pekan tentunya tindakan yang baik lagi menjimatkan kos, tegasnya.

“ Kenapa mesti mahu mengorbankan pokok pokok yang sedia ada semata mata pembinaan tandas baru? Kenapa tidak naiktaraf sahaja tandas yang sudah sedia ada ditepi padang dan satu lagi dibawah astaka....(lagi pun), dengan pembinaan itu lanskap padang sudah rosak mcam rojak keadaannya,” tegas Rudy.

Pokok ditebang semata mata mementingkan tandas awam...kepaluian MDT!
Manakala Kapitan Wong Tet Yun Naib Presiden Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC) meminta MDT agar menangguhkan projek tersebut untuk sementara waktu sambil mencari kawasan yang lebih sesuai untuk projek itu dikawasan pekan.

Tegasnya, niat TCCC bukan mahu menghalang atau menolak pembangunan yang dicadangkan oleh MDT khusus untuk melengkapkan kemudahan awam tetapi ia adalah bertentangan dengan kesesuaian pembinaannya dilokasi tersebut.

Wong berkata, dalam masa yang sama MDT juga perlu mengambilkira impak alam sekitar dan akibatnya jika pokok pokok yang sengaja ditanam dengan tujuan tertentu dimusnahkan begitu sahaja.

Selain itu, ianya juga mempunyai nostalgia yang mengingatkan kewujudan pekan ini sejak dari era kerajaan kolonial lagi sehinggalah sekarang. Ends///..

Caption:- Gambar IMG_4473 – Kelihatan pokok ditebang semata mata memberi laluan pembinaan tandas awam baru. Gambar IMG_4474 – Rudy Sulaiman Mairi Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat.

Isnin, 18 Jun 2012

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), menegaskan bahawa tiada sebab ada pihak memperlekehkan penubuhan Kolej KDM dipedalaman hanya semata mata alasannya banyak terdorong dari segi kepentingan politik.

Mutang Dawat@Sylvester
Beliau berkata, meskipun pihak terbabit khususnya Barisan Nasional (BN) seperti yang disedari umum sebelum ini bahawa BN telah banyak mencadangkan penubuhan Kolej Komuniti termasuk Kolej KDM namun kita lega kerana akhirnya kerajaan telah menunaikan janji mereka walaupun janji itu sudah lama dinantikan rakyat.

“ Parti Kita tetap menyokong penubuhan Kolej KDM itu diPedalaman kerana mahu melihat anak anak muda lepasan SPM atau STPM mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Izajah atau Diploma dengan kos yang lebih rendah sejajar dengan kemampuan para ibubapa,” kata beliau kepada media dekat sini pada Jumaat ketika mengulas kenyataan Pengerusi Parti Star Sabah Datuk Dr JUeffrey Kitingan berhubung komennya diatas penubuhan Kolej KDM baru baru ini seperti yang dilaporkan media.

Pada Jumaat, Laporan itu menyebut bahawa Datuk Dr Jeffrey menyifatkan penubuhan Kolej KDM sebagai sesuatu yang tiada istimewanya kerana BN sebelum ini pun telah berulang kali mencadangkan penubuhan Kolej Komuniti disetiapkawasan Parlimen malah ianya disifatkannya sebagai memperbesar besarkan publisiti mengenainya.

Menyentuh dengan penjenamaan Kolej itu sebagai Kolej KDM, Mutang bersetuju dengan alasan Pengerusi Star kawasan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa ia beroperasi atas sifatnya sebagai Kolej Komuniti dan sebaliknya bukan berdasarkan nama kepartian atau pelajarnya dikhususkan untuk masyarakat KDM sahaja.

 “ Sesiapa juga yang menerajui kerajaan hari ini tentulah menjadi tugas dan tanggung jawab mereka untuk mempelbagaikan pembangunan termasuklah pusat institusi pendidikan tinggi untuk melahirkan modal insan yang berkelas pertama...kalau tidak sudah pasti kerajaan itu telah gagal dalam misi dan visinya untuk rakyat,” tegas Mutang.

Dalam pada itu, Mutang turut mengingatkan ahli ahli dan penyokong Parti Kita diPedalaman agar tidak terpengaruh atau terikut ikut dengan kegiatan perhimpunan BERSIH yang dipimpin NGO khususnya bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga jikalau aktiviti itu akan dilakukan sekali lagi dimasa akan datang diSabah.

Tegasnya, walaupun perhimpunan seperti itu mempunyai jaminan dari segi perundangan namun rakyat masih ada saluran tertentu untuk memprotes ketidak telusan kerajaan menangani masalah pentadbiran kerajaan yang didakwa menyusahkan rakyat terutama sekali pelaksanaan pilihanraya umum yang bersih oleh SPR.

Selain itu, berhubung dengan penafian MP Beaufort yang juga merupakan Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan MP Tuaran Datuk Wilfred Bumburing yang diuar uarkan sebelum ini akan menyertai salah satu parti pembangkang Mutang enggan mengulas mengenainya sambil berkata, “

Kedua dua tokoh pemimpin terbabit merupakan pemimpin yang berpengalaman dan sudah tentu mereka sendiri sudah tahu malah dapat merasainya mengapa mereka terpaksa tinggalkan BN....(tidak mustahil)..mereka tinggalkannya jika keadaannya masih relevan bagi rakyat Sabah,” tegasnya.

Mutang menambah, selagi negara terus mengamalkan demokrasi sebagai sistem pemerintahannya tiada sebab rakyatnya terutama pemimpin dihalang untuk memilih perjuangan yang dirasakannya sesuai dengan aspirasi rakyat berkonsepkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah demi menyelamat maruah dan kemartabatan bangsa seterusnya untuk menjamin kedaulatan negara. Ends///..

Jumaat, 8 Jun 2012

20 PERKARA WAJAR DIAJAR DISEKOLAH SEBAGAI MATA PELAJARAN SEJARAH

Oleh: Ambrose M Matthew 

TENOM: Jawatankuasa Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) DUN Melalap menegaskan bahawa sudah sampai masanya kerajaan memasukkan sejarah pembentukkan Malaysia khususnya dokumen 20 Perkara ke dalam salah satu mata pelajaran diajar disekolah sekolah supaya generasi muda lebih memahami mengenainya. 

SIDUM MANJIN
Pengerusinya Sidum Manjin (gambar) berkata, adalah tidak wajar sama sekali bahawa sejarah pembentukkan Malaysia sekitar tahun 1963 itu, yang memaparkan lakaran sejarah penting tidak dibukukan.

“ Itu sebabnya banyak yang tidak tahu sejarah itu apa lagi dokumen 20 Perkara yang turut mengandungi butiran pra syarat persetujuan pemimpin pemimpin Sabah membentuk Malaysia kini menjadi bahan politik...lebih lebih lagi generasi muda yang dilahirkan sebelum tahun 1963,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis.

Beliau yang juga merupakan seorang bekas Guru sebelum menceburkan diri dalam arena politik sepenuh masa dan kemudiannya bertanding atas tiket Parti Bersekutu pada Pilihanraya umum kali ke-12 (Tahun 2008) kawasan Dun Sook tetapi tewas.

Bagaimana pun Sidum menyertai Parti Kita beberapa bulan lalu dan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras parti itu bagi kawasan Dun Melalap.

Sidum berkata, usaha pihak tertentu untuk mengkaji dan menerapkan sebahagian daripada kandungan 20 Perkara ke dalam Perlembagaan Presekutuan merupakan sesuatu perkara yang baik namun hak rakyat mengikut apa yang terkandung dalam dokumen itu tidak harus diketepikan mahupun dipersendakan.

“ Menidakkan kesahihan 20 Perkara antara sebabnya rakyat marah kerana mereka (rakyat) telah mengambil pegangan bahawa kandungan dalam dokumen itu merupakan asas kepada persetujuan rakyat sehingga termeterainya pembentukkan itu yang mereka anggap sebagai muktamad dan tidak boleh diubah lagi,” tegas Sidum.

Tambahnya lagi, rakyat tentunya mengharapkan setiap pemimpin tidak kira ianya dikalangan pembangkang mahupun kerajaan seharusnya menjadikan dokumen 20 Perkara itu sebagai tunggak utama paksi perjuangan mereka.

 Tegasnya, mungkin juga generasi baru berpuluh tahun akan datang akan bertanya pada diri mereka malah teringin mendalami pengetahuan sejarah itu setelah mengikuti perkembangan sejarah seperti ini diEropah khususnya United Kingdom yang pernah menjajah negeri ini suatu ketika dahulu berhubung pembentukkan Malaysia 1963 yang melibatkan tiga wilayah meliputi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sedangkan Negara ini tiada catatan rasmi sejarah seperti itu.

" Maka dengan sebab itu ada pihak berusaha memesongkan sejarah itu kepada maksud aliran lain kerana tiada tercatat pun dalam sejarah....ertikata yang lain ia boleh diubah ubah," tegasnya.
Ends///.. Caption:- 1. Gambar SIDUM MANJIN

Kadir: PAS sekarang seperti Umno zaman Tunku

Abdul Rahim Sabri 5:14PM Jun 7 2012 (M'kini)

PRESIDEN penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memuji PAS dan menyamakannya seperti Umno sewaktu sewaktu kepimpinan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

TS KADIR
Katanya, parti yang menggunakan slogan "PAS untuk Semua" itu tidak mengamalkan rasuah serta menghormati agama dan budaya kaum lain. Di samping itu, katanya, PAS menjadikan al-Quran sebagai panduan dan mengambil kira pertimbangan dosa dan pahala dalam tindakan politiknya.

"(Perjuangan) Umno masa Tunku Abdul Rahman dengan PAS hari ini serupa. Beliau (Tunku) tidak angkuh, kasih kepada kaum Melayu, Cina dan India. PAS pun hormat agama dan budaya semua kaum," katanya.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan pelancaran (IKATAN) yang diterajuinya, Kadir bagaimanapun berkata pujian itu tidak bermaksud bahawa parti lain tidak baik, tetapi beliau "tidak sempat untuk mengenalinya".

PARTI IKATAN
Beliau yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berharap IKATAN dapat memberi tumpuan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu, saksama dan bahagia.

Diminta menjelaskan pujiannya kemudiannya, Kadir berkata beliau memuji PAS kerana parti itu mempunyai "banyak persamaan" dengan Umno sewaktu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman khususnya soal menghormati kaum dan agama lain.

"Saya boleh masuk PAS tapi kawan-kawan saya tak boleh masuk PAS. Kami percaya untuk membawa rakyat berbilang kaum secara bersama," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapannya. Sebelum menubuhkan IKATAN.

Kadir sebelum ini dispekulasi akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS. IKATAN yang baru ditubuhkan, antaranya menjadikan semangat perlembagaan dan amanat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sebagai paksi perjuangannya.