Rabu, 19 September 2012

>Menjelang PRU-13.....MAMPUKAH PEMBANGKANG TUMPASKAN BN DITENOM?

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Bahang Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh negara dimana diantaranya turut dirasai terutamanya dikawasan Dun Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke tangan mereka selepas PRU-13.

PENGERUSI BN TENOM DATUK RUBIN BALANG
Pembangkang beralasan bahawa rakyat dikawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12 (Tahun 2008).

Antara janji pembangunan yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian Sabah (TPS) Lagud Seberang.

Malahan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan berbagai tuduhan dilemparkan.

Bagaimana pun taktik politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat bertahan lama untuk menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya (sebelum PRU-13) kerajaan BN mampu menunaikan janji janji tertunggak mereka satu demi satu dalam masa terdekat ini.

Pembinaan pekan kecil Melalap yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung majlis pecah tanah yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada September 29, sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut manakala jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor boleh dimulakan pelaksanaannya pada bila bila masa.


PEKAN KECIL MELALAP.....dijanjikan pemimpin BN tahun 2008 pembinaannya!!
 Tamparan demi tamparan terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk SDC yang baru sahaja Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika merasmikan persidangan tahunan PBS Dun Melalap beberapa bulan lalu dekat sini bahawa SDC akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

DATUK RADIN ADUN MELALAP
Selain itu, gagasan pembangkang dikawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13 kerana masing masing menjadi juara dijangka menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.

Lebih parah lagi, apabila pergolakkan dalaman SAPP dikawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3 pemimpin bahagian dan beberapa lagi pemimpin diperingkat cawangan telah mengumumkan perletakkan jawatan masing masing pada beberapa hari lalu menjadikan fungsi bahagian itu kini semakin goyah.

Manakala PKR juga mengalami masalah yang sama ibarat “Tarian selalu sumbang” selepas kehadiran kumpulan NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR dimana kehadiran NGO itu difahamkan tidak melalaui kepimpinan Cabang PKR Tenom yang dipimpin Datuk Halik Zaman.

DATUK RAIME MP TENOM
Kekukuhan dan kesepakatan BN Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom (merangkumi Dun Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 dibawah teraju Pengerusinya Datuk Rubin Balang tidak dapat disangkal kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru baru ini.

Senario politik di Tenom yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika ini mungkin berbeza dengan lain lain kawasan kerana beberapa ramalan yang datangnya dari luar dimana pada sebelum ini banyak meramalkan ia memihak kepada pembangkang namun harapan ramalan itu banyak bergantung kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh pembangkang yang harus memenuhi kreteria yang dikehendaki para pengundi yang mana rata rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.

AZROY KB STAR TENOM
Sebaliknya, begitu jugalah keadaannya dengan BN, selain janji janji pembangunan yang tertunggak perlu ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang banyak berkisar kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian sebagai “winnable candidate” sepertimana yang disyaratkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Konklusinya, rakyat dikawasan disini pada keseluruhannya, mereka masih mempunyai deria yang tinggi untuk menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN memimpin kerajaan sebelum ini, masih diletakkan mereka sebagai pilihan tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN sekadar ibarat “Melepaskan batuk ditangga” terhadap syarat syarat yang diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula sistem kerajaan sebelum PRU-13. Ends///.. Caption:- 1.Gambar KEDAI MELALAP 2.Gambar RUBIN BALANG 3.Gambar RADIN 4.Gambar RAIMIE

Isnin, 17 September 2012

PENEROKA LIGS LAGUD SEBRANG RAYU KM SABAH BAYAR BONUS

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman digesa para peneroka Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Lagud Seberang agar menimbang pemberian imbuhan/bonus kepada mereka (peneroka) sepertimana para peneroka FELDA di Semenanjong.

LAMPAG KURIAS 62
Demikian luahan ketua mereka Lampag bin Kurias 62, dalam satu kenyataan disini pada Isnin sambil menyatakan bahawa status mereka disini sebagai peneroka dengan rakan mereka di Semenanjong adalah sama.

Tegasnya, tidak ada sebab dan alasan bahawa peneroka LIGS tidak setaraf dengan rakan mereka diSemenanjong yang banyak diberi kelebihan terutamanya dari segi kemudahan asas dan pendidikan kepada anak anak peneroka disana.

“ Memang kami fahami bahawa status Felda lebih tinggi dari LIGS kerana Felda merupakan GLC (Government Link Company) Persekutuan sedangkan LIGS adalah GLC kerajaan Negeri.

“ Bagaimana pun dari aspek matlamatnya adalah sama untuk menyumbang penyuburan ekonomi negeri dan negara diatas keringat dan usaha gigih para penerokanya,” tegasnya.

Lampag yang merupakan 'orang lama' sebagai peneroka sejak LIGS Lagud Seberang diterokai sekitar tahun 1982 berkata, laungan dan slogan kerajaan seperti 1Malaysia tidak bermakna langsung sekiranya ia sekadar ungkapan kata kata manis sedang perbezaan status antara Sabah dan Semenanjong masih wujud.

PARA PENEROKA LIGS....apa erti slogan 1Malaysia kalau keistemewaan maseh dibeza bezakan!!
“ Kalau peneroka di Semenanjong diberi layanan istemewa sepertimana yang kami lihat dalam kaca televisyen, kenapa pula kami diSabah tidak menikmati keistemewaan itu sejak merdeka kira kira 49 tahun lalu,” tegas Lampag sambil menolak tanggapan umum bahawa rayuannya itu berbaur politik.

Difahamkan Lampag dan beberapa peneroka disitu telah pun mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad lalu dan telah memutuskan akan menghantar satu memorandum kepada Ketua Menteri Sabah untuk merayu hasrat mereka itu dipertimbangkan. Ends///.. Caption:- 1. Gambar LIGS LSBNG – Kelihatan Lampag bertanda (x) bersama para peneroka yang hadir dalam mesyuarat tergempar itu pada Ahad.

Khamis, 13 September 2012

SAPP BERJUANG DEMI RAKYAT ATAU DEMI KELUARGA?

Oleh: GONOD SUNDA

TENOM: Seorang ahli Parti Maju Sabah (SAPP) kawasan CLC Melalap Majiadih O.T Matalih (gambar) bertindak keluar meletakkan keahlian dalam parti itu kerana tidak yakin lagi dengan misi dan visi perjuangan parti itu dibawah kepimpinan Pengerusinya Jimmy Jawatah.

MAJIADIH O.T MATALIH
Beliau berkata, halatuju perjuangan parti itu sudah terlalu menyimpang jauh daripada landasan asalnya dimana ianya tidak layak diangkat dan dimartabatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh diyakini untuk membawa kemajuan dikawasan disini sekiranya SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 kelak.

Pendeknya, sistem yang diamalkan terlalu kukubesi dimana tidak memberi peluang kepada ahli ahlinya menyuarakan sesuatu cadangan yang baik demi untuk kebaikan parti.

“ Kepimpinannya sudah tidak relevan lagi dizaman ini selagi sikapnya yang tidak mahu mengalah malah tidak menerima dalam mana mana cadangan pemimpin lain dalam bahagian yang lebih lantang dari dia...dia mahu orang orang bawahannya bersifat “yesmen” dan itu yang dia mahu.

“ Kita bukan memperkecil kecilkan dia tetapi kita mahu kalau ada seorang dua pemimpin yang lebih baik dari dia yang berwibawa dan mempunyai latar belakang yang baik supaya SAPP lebih gah dan mampu merampas kerusi kawasan ini pada PRU-13,” tegasnya.

JULIAN KAYUG SERTAI PBS
Tegasnya lagi, beliau seharusnya faham bahawa senario pengundi sekarang sudah jauh berbeza dengan keadaan terdahulu kira kira 20 tahun lalu dimana pengundi muda sudah mencecah 48% daripada kira kira 14 juta pengundi keseluruhannya dinegara ini.

DiSabah sahaja, pihak BN dan UMNO diramalkan akan meletakkan bakal bakal calon mereka dikalangan pemimpin dibawah 40 tahun yang rata rata berwibawa, berpendidikan dan belum tercalar latar belakang mereka yang sudah pasti menjadi pilihan muda mudi pada ketika itu.

ROBERT SAMIH SERTAI PBS
“ Saya merasa terkilan dengan sikap beliau dan atas kesedaran itu saya mengambil keputusan untuk meletakkan keahlian dalam SAPP...terpulanglah kepada Jimmy apa sahaja dia boleh buat keatas dirinya selepas ini,” tegasnya.

Jimmy Jawatah bekas calon PKR Dun Melalap pada PRU12 (Tahun 2008) tewas kepada Datuk Radin Malleh dari PBS dan kemudiannya melompat ke SAPP selepas parti itu meninggalkan gagasan BN atas pelawaan iparnya Datuk Frankie Chong dan dilantik sebagai Naib Presiden.

Pada persidangan tahunan PBS tahun 2012, seorang lagi AJK CLC SAPP Melalap Robert Samih bersama 30 ahlinya mengumumkan keluar meninggalkan SAPP dan menyertai PBS. Sebelum itu seorang lagi bekas AJK Bahagiannya Julian Kayug berserta 50 ahlinya telah keluar parti itu dan menyertai PBS.

Terdapat cakap cakap bahawa selepas ini lebih ramai ahli SAPP akan keluar daripada parti itu yang akan diketuai oleh seorang veteran politik dengan alasan sama mendakwa SAPP Tenom sudah hilang haluan dan besar kemungkinan parti itu akan mengalami kekalahan teruk pada PRU-13.