Ahad, 28 Januari 2018

PESTA KALIMARAN TERUS DIADAKAN SEBAGAI PLATFOM MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MURUT

RUBIN DISAMBUT JK PELAKSANA
KETIKA MENGALU ALUKAN perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Dun Melalap, Presiden PMS merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, Pesta Kalimaran akan terus diadakan disetiap daerah yang didenominasikan penduduk dari suku kaum Murut supaya matlamat mengesan, menyusun dan menyatupadukan masyarakat Murut mencapai sasarannya. 

 Ini kerana, selepas Pesta Kalimaran dilaksanakan lebih 10 tahun selepas kewujudannya, mendapati bahawa setiap perayaan itu hanya tertumpu kepada perayaan diperingkat negeri atas biaya geran kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Namun, kesannya tidak menyeluruh malah tidak langsung memberikan impak kepada hasrat asal kita untuk menyatupadukan masyarakat Murut didaerah daerah yang padat dengan masyarakat Murut, malah ada yang tidak sedar langsung tujuan dan matlamat Pesta Kalimaran.

Maka dengan sebab itu, timbul kesedaran bahawa Pesta Kalimaran perlu mengubah haluannya dan akan mengadakan perayaan diperingkat daerah sebelum merayakannya diperingkat negeri, kata Rubin.

 Bagaimana pun, hasrat kita telah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan, malahan Perdana Menteri telah meluluskan pemberian geran sebanyak RM20,000 untuk mengadakan pesta itu diperingkat daerah daerah, katanya.

Tujuan dan matlamat Pesta Kalimaran, adalah untuk menjadikannya sebagai medan pameran bagi menonjolkan khazanah warisan adat dan senibudaya kepada generasi masa kini agar khazanah warisan ini tidak pupus ditelan zaman, kata Rubin.

Lantaran itu, setelah Pesta Kalimaran diadakan didaerah daerah, banyak pencapaian telah dilaksanakan antaranya kekeliruan masyarakat umum berhubung “Berian mati” (Dowry) walaupun pada hakikatnya tanggapan umum itu tidak benar, tetapi alasan alasannya kita dapat buat pencerahan melalui pengisian adat “Tinauh” semasa Pesta Kalimaran.

“ Satu demi satu secara perlahan kita dapat rongkaikan bentuk khazanah adat istiadat yang kita warisi daripada nenek moyang kita seperti adat Tinauh, Makibombong, Subak dan banyak lagi supaya generasi Y kita dapat memahamainya...agar khazanah adat dan senibudaya kita tidak pupus ditelan zaman,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Jumaat, 26 Januari 2018

CHINESE NEW YEAR 2018 LEBIH MERIAH DITENOM

Oleh: Mail Mathew 
 
RUBIN TERIMA JEMPUTAN PKC

TENOM: Persatuan Kebajikan Kapitan Kapitan Cina (KKKCT) terus mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), serta para usahawan tempatan agar Pesta Kebudayaan Cina (PKC) sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2018 lebih meriah. 

 Pengerusi Penganjurnya, Kapitan Chew Peh Aw memberitahu bahawa antara pemimpin dan usahawan yang telah memberi komitmen antaranya, Pengerusi BN Tenom merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, Ketua Wanita PBS Melalap Rosnah Ullap.

Manakala para usahawan terdiri daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Tenom (TCCC) Ng Giok Siong, Kenny Yong, dan Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, katanya ketika memberitahu pemberita pada Jumaat.

Menurut Chew, jika berdasarkan kepada sokongan dan tajaan yang diperolehi setakat ini, kemungkinan pesta tersebut mampu diadakan dengan lebih meriah berbanding dimasa masa lepas kerana telah mencapai sasaran yang diperlukan, katanya.

 Pesta Kebudayaan Cina disini akan diadakan di Dewan Sri Antanom pada 10 Febuari 2018 dan akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh kira kira jam 6 petang. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.PKC 1- Kelihatan Chew menyerahkan surat jemputan kepada Datuk Rubin Balang. 2.PKC 2- Pengerusi Penganjur Chew turut menyerahkan surat jemputan kepada Pengerusi TCCC Ng Giok Siong.

UMNO/BN TETAP PRIHATIN KEPADA RAKYAT AGAR TERUS DIAMANAH DAN MANDAT PADA PRU14

Oleh: Mail Mathew 
 
RUBIN DAN ANUAR DITENGAH

TENOM: Satu lagi mercu tanda keprihatinan BN yang ditunjangi UMNO apabila Program UMNO Bantu Rakyat (UBR 2.0) Anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) Dengan Kerjasama UMNO Bahagian Tenom dilancarkan disini pada Khamis. 

 Program tersebut yang turut disertai Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO Pusat, turut mengajak rakyat di Tenom agar terus memberi amanah dan mandat besar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat kepada rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

Beliau yakin dan percaya bahawa kepimpinan Datuk Rubin Balang selaku Adun Kemabong selama lebih 4 penggal telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggalah kawasan Kemabong pada suatu ketika dahulu menghadapi serba kekurangan dari segi infrastruktur asas termasuk ekonomi.
RUBIN THUMBS UP

Sebaliknya, kini Kemabong sudah jauh berubah malah seiring dengan lain lain kawasan yang telah maju dengan pesatnya, dan lantaran itu tidak ada sebab UMNO dan BN dipandang sepi oleh rakyat Kemabong pada PRU14.

Dimajlis itu, berbagai aktiviti dijalankan antaranya, Penyampaian SSPN ( Skim Simpanan Pendidikan Nasional) untuk 100 murid tahun 2 2018, Sumbangan 1000 Kit Makanan kepada keluarga yang disasarkan, Servis 200 buah motorsikal, Pendawaian Elektrik Untuk 10 Buah Rumah Terpilih, Deco 3 buah rumah, Tawaran Masuk ke MRSM, Lawatan Doktor Pakar ke rumah pesakit, Perkhidmatan Kesihatan Percuma.

 Katanya UMNO juga istimewa kerana ia disertai oleh pelbagai etnik bumiputera dan agama sekali gus menunjukkan keupayaan parti berkenaan untuk menyatupadukan rakyat majmuk di negara ini di bawah satu hala tuju dan prinsip.

"Kalau di Tenom ini, nampak jelas daripada (etnik) Dusun, Murut dan Lundayoh. Ini menunjukkan kepelbagaian kita. Ini menjadi kekuatan kepada parti," katanya kepada pemberita pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini hari ini.

Beliau memberi contoh bantuan persekolahan yang diagihkan kepada pelajar di Tenom hari ini yang jelas melangkaui batas kaum dan fahaman politik. Turut hadir dimajlis itu, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar, para pemimpin masyarakat dan AJK UMNO Tenom.ENDS///...

Selasa, 23 Januari 2018

RADIN BAKAL RASMI BAZAAR TBC ANJURAN JKDB TENOM PADA 13 FEBUARI

Oleh: Mail Mathew 
 
JKDB TENOM

TENOM: Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Tenom Utara bakal mengadakan Pesta Pasar Bazaar sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang kini menjelang tiba bertempat di Malleh Square dekat sini, kata Pengerusinya Chong Neng Choon. 

Majlis “Yee Sang” akan bermula pada 12 Febuari 2018 jam 7 ptg yang dihadiri Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi manakala majlis perasmian dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh pada 13 Febuari jam 6.30 ptg.

Menurut Chong, berbagai acara dan aktiviti telah disediakan bermula dari jam 3ptg hingga 10 malam dimana pameran antaranya barang barang antique masyarakat Cina, barangan runcit termasuk jualan kain dan pameran tulisan kaligrafi.

Selain itu, pertunjukkan kebudayaan juga turut dipersembahkan selain pertandingan nyanyian dikalangan pelajar sekolah sekolah dan persembahan tarian singa dimana pasti akan menggamit citarasa pengunjung.

Chong berkata, orang ramai tanpa mengira kesukuan, Agama dan kepercayaan adalah dijemput dan dialu alukan untuk datang menyaksikan seterusnya memeriahkan pesta tersebut, katanya. Ends///...(Mail Mathew). Caption:- 1.JKDB TENOM- Kelihatan Chong (ke-5 kanan) bergambar bersama JK Penganjur Pesta Pasar Bazaar sempenan TBC 2018.

Sabtu, 13 Januari 2018

RUBIN GESA RAKYAT KEMABONG TERUSKAN SOKONGAN KEPADA BN

Oleh: Mail Mathew 
 
PENYERAHAN ZINK KEPADA PARA MANGSA ANGIN RIBUT

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang mengajak rakyat dikawasan itu agar memberikan sokongan yang tidak berbalah bahagi kepada Parti Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir negeri ini selepas pilihanraya umum ke-14 (PRU14). 

Ini kerana rakyat masih memerlukan kesinambungan berbagai pembangunan terutamanya dari segi pembangunan infrastrukur, ekonomi, pendidikan dan kesihatan, meskipun pada realitinya sudah dilaksanakan namun kita harus menambah nilai pencapaiannya, katanya.

Rubin yang juga merupakan Ketua Umno Tenom dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengakui bahawa perubahan daerah Kemabong sehinggalah diiktiraf sebagai “Daerah Kecil Kemabong” adalah kerana berkat kepercayaan rakyat memberi sokongan kuat kepada BN melalui
RUBIN
beberapa PRU yang lepas.

Oleh itu, kita ada sebab untuk mengekalkan kerajaan BN untuk terus berkuasa dengan mandat rakyat, adalah kerana dalam kerajaan BN kita ada pemimpin yang berwibawa dan prihatin kepada masalah rakyat seperti Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman.

Tambahnya lagi, setiap kali kita bermasalah dari segi pembangunan, apabila kita ajukan kepada mereka masalah kita, mereka terus bantu dan begitu juga ketika merayakan perayaan mengikut adat kepercayaan masing masing tanpa mengira keturunan seperti Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran, Hari Raya Aidil Fitri, Krismas dan Tahun Baharu Cina, mereka bantu tanpa persoalan banyak.

“ Inilah jenis dan sifat pemimpin yang kita mahu malah kita harus pertahankan mereka untuk terus memimpin kita,” katanya ketika berucap semasa perjumpaan dengan masyarakat pelbagai kaum diMarkas Pilihanraya BN dekat Bamban pada baru baru ini.

Dalam majlis tersebut, pengagihan peralatan rumah kepada beberapa individu terutamanya mangsa mangsa angin ribut pada baru baru ini turut dijalankan penyerahannya. Majlis itu turut dihadiri PPM Kemabong Matussin Balang, CDO Kemabong Sambilir, AJK Bahagian Umno Tenom dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan.

Selain itu, Rubin turut mengingatkan rakyat dikawasan itu agar tidak terpengaruh mahupun terperangkap dengan dakyah dakyah pembangkang yang suka menabur janji janji manis yang tidak realistik dengan tujuan untuk meraih sokongan ketika PRU14 menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Ends///...(Mail Mathew)..