Oleh: Mail Mathew
 |
| SIMBOLIK MAKIBOMBONG ATAU GOSOK GIGI MENGIKUT ADAT MURUT TIMUGON |
TENOM: Beberapa kajian sarjana mendapati masyarakat Murut adalah salah
satu golongan Orang Asal yang tertua di Sabah dan telah lama menetap
di Pulau Borneo ini, menurut Owen Rutter, dalam bukunya "The Pagans of
North Borneo", tahun 1929, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Datuk Seri Radin Malleh.
Owen Rutter seorang pegawai daerah British yang pernah berkhidmat di
lima residensi di Sabah dan juga 18 bulan sebagai pegawai penyiasat
berkata,
"Since the early history of the human race is a story of
continual migration, it is difficult to say who were the aborigines of
any country.
But since there is no evidence to show that those early settlers,
whose descendants are now called broadly Muruts and Dusuns, reached
anything but an unpopulated land, they may be considered the first
inhabitants of North Borneo, menurut petikan bukunya di muka
surat 21.
Radin berkata, Pesta Kalimaran Peringkat DUN N.35 Melalap/Daerah Tenom
pada hari ini membuka satu lagi lembaran dalam sejarah kebudayaan
masyarakat Murut di Sabah, bahawa Pesta Kalimaran anjuran Persatuan
Murut Sabah (PMS) memberi peluang kepada masyarakat Murut amnya dan
khasnya untuk membuat perancangan awal.
Selain itu, ia harus menetapkan matlamat-matlamat yang ingin dicapai
dalam memperkasakan kebudayaan dan kemajuan masyarakat Murut di negeri
ini serta sebagai majlis hari kesyukuran kita sempena
kejayaan-kejayaan yang kita perolehi pada tahun-tahun lepas, katanya.
“ Pesta Kalimaran ini menjadi saluran mengukuhkan lagi kerjasama
dansemangat kekitaan di kalangan suku-suku kaum Murut di negeri ini
serta meningkatkanlagi kesedaran rakyat khususnya generasi muda Murut
mengenai kepentingan mengetahui dan memelihara adat resam dan
kebudayaan mereka.
“ Adat resam dan kebudayaan termasuklah bahasa ibunda itu adalah jiwa
dan identiti kita dan ia harus diketahui, dipelajari dan diamalkan
agar ia tidak luput ditelan zaman,” katanya ketika merasmikan Pesta
Kalimaran peringkat DUN Melalap diPerkarangan Dewan Datuk OKK Sanggau
Jalang dekat sini pada Sabtu.
Radin yang juga merupakan Adun Melalap berkata, mungkin ramai yang
kurang mengetahui mengenai beberapa kumpulan sub-etnik Murut di Sabah
seperti dari kawasan Rundum yang dikenali sebagai Sungai Tagol,
Talangkai dan Saliliran; Sapulut seperti Sungai Sapulut, Lagungon dan
Pensiangan atau Sumambu;
Tawau seperti Kalabakan dan Serudong; Kolor dari sekitar Sungai Padas;
Ulu Bul di kawasan Hilir Padas; Paluan di sekitar Sungai Dalit;
Tengara di sekitar Sungai Kuamut dan Kinabatangan; Timugon di Tenom
dan Nabai di Keningau.
Kerajaan sentiasa menggalakkan badan-badan bukan kerajaan seperti PMS
untuk menganjurkan program-program kebudayaan, sosial dan
kemasyarakatan yang dapat memupuk perpaduan serta kemajuan masyarakat
seperti Pesta Kalimaran ini, kata Radin.
Sehubungan ini, kita harus bekerjasama seiring dengan tema pesta ini,
"Rondo Guang, Rondo Sukuon (satu hati, satu matlamat) untuk
memartabatkan kebudayaan dan kemajuan orang-orang Murut agar setanding
dengan kaum-kaum lain di negara ini.
Dalam pada itu, Radin berkata, mungkin pihak RTM dapat menyediakan
slot berita Murut di RTM TV1 (TVi) iaitu bersiaran beberapa minit
dalam seminggu sekali ataupun selama 1-2 minit pada setiap hari
seperti slot berita Kadazan dan Dusun di TV pada ketika ini.
“ Ia bukan sahaja akan meningkatkan pengetahuan orang ramai, malah
memupuk minat di kalangan belia tempatan untuk membantu perkembangan
kebudayaan Murut.
“ Saya bersedia memberikan sokongan sekiranya PMS mengemukakan saranan
ini kepada kementerian berkenaan nanti,” katanya.ENDS///...