Ahad, 24 Mei 2009

SAPP LANCAR PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI DI NABAWAN


SLUG:MM/DE/NBWN/PKMTAAN/SAPP/MEI23/1730HRS/09 P:3

Oleh: Mail Mathew

NABAWAN: Para pemimpin Barisan Nasional (BN) dinegeri ini tidak seharusnya memutarbelitkan keberkesanan fungsi ‘Forest Management Unit’ (FMU) yang diwujudkan kira kira lebih sepuluh tahun lalu, sehingga terdapat sebilangan rakyat yang telah terkeliru dengan objektifnya kerana isu sebenar telah dipesongkan, menjadikan pemahaman rakyat terhadap tujuan FMU telah teralih kepada suatu pemahaman negatif.

“ Malah kewujudan FMU kesemua Menteri Kabinet Negeri ketika itu telah memahmi dasar dasarnya sekitar tahun 1997 iaitu semasa giliran saya sebagai Ketua Menteri Sabah, jadi kalau pun sekarang saya berada dipihak pembangkang tidak baiklah kalau tujuan FMU itu dipolitikkan,” kata Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Beliau berkata demikian dihadapan kira kira 3,000 masyarakat sekeliling Nabawan ketika merasmikan Pesta Kaamatan peringkat Negeri Sabah yang diadakan diKg Saupi kira kira 2km dari pekan Nabawan pada Sabtu.

Beliau berkata, tujuan sebenar FMU adalah untuk membendung usaha usaha penerokaan hutan secara berlebihan selain menjaga kemusnahan ekosistem secara jangka panjang. Untuk mempastikan dasar dan objektif FMU mencapai sasarannya, satu jawatankuasa pengurusan hutan telah dibentuk pada ketika itu, yang mempastikan agar pelaksanaannya telah sampai keperingkat akar umbi.

Agak malang sekali kata Yong, niat suci dan perancangan baik beliau itu kemudiannya diputar belitkan oleh pihak tertentu sehingga rakyat menyalahtafsirkan tujuan tersebut sebagai suatu perancangan yang tidak baik kepada rakyat dinegeri ini.

“ Saya masih ingat bahawa lebih kurang 40 ribu geran geran tanah kelas N.T telah diproses dan diluluskan ketika saya menjadi Ketua Menteri dahulu dalam system penggiliran jawatan Ketua Menteri…jadi, kita tiada abaikan tanggung jawab kita untuk menjaga hak rakyat,” jelas beliau.

“ Dasar FMU tidak menjejaskan perkampongan tradisi bumiputra termasuklah segala hak rakyat disesuatu kawasan…semua itu adalah menjadi dasar keutamaan kita selama ini,” tegas beliau.

Ketika menyentuh perayaan Pesta Kaamatan, beliau menganggap mempunyai signifikannya tersendiri dalam memelihara adat dan senibudaya sesuatu kaum yang ada dinegeri ini, dimana pepatah ada mengatakan ‘ Budaya menunjukkan bangsa’.

“ Sabah mempunyai lebih 30 etnik suku kaum dimana masing masing etnik itu mempunyai adat dan senibudaya tersendiri, dan kita harus menghormatinya kerana keadatan dan senibudaya disini bukan suatu perkara yang baru dilahirkan, malah ia telah terwujud sejak turun temurun kira kira lebih ratusan tahun yang lalu,” tegas Yong.

Bagaimana pun Datuk Yong menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pihak penguatkuasa yang menghalang masyarakat yang .menyambut sesuatu perayaan yang menggunakan tradisi ‘sabung ayam’ dengan alasan bahawa budaya seperti itu berunsurkan perjudian.

“ Saya tidak setuju budaya sabung ayam disifatkan sebagai perjudian, kerana apa yang berlaku itu adalah suatu senibudaya sebagai simbolik menyambut tetamu yang diamalkan oleh suku Murut sejak turun temurun, bagaimana pun kalau ia diadakan diluar sambutan itu terserahlah kepada pihak berkuasa kerana kita pun harus menghormati undang undang negara” jelas Yong.

Dalam pada itu, Yong turut bersetuju dan menyokong penuh cadangan masyarakat disitu yang meminta kerajaan agar menghidupkan semula Pesta Injawari yang dilaksanakan setiap 1 hb Januari sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan kolonial lagi, iaitu suatu perayaan menghormati kedatangan awal tahun berikutnya.
Ends///..
Caption:-

Jumaat, 22 Mei 2009

KEMELUT POLITIK PERAK; ZAMBRY MENANG DIMAHKAMAH, NIZAR MENANG DIHATI RAKYAT PERAK


Oleh: Mail Mathew

Blog: ambrosemail52.blogspot.com


WALAUPUN pihak Nizar masih ada ruang untuk merayu keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan, namun intipati keputusan itu kemungkinan senada dengan apa yang berlaku dengan keputusan di Mahkamah Rayuan hari ini (Jumaat) dimana ketiga tiga Hakim di Mahkamah Rayuan yang bersidang mencapai keputusan sebulat suara bahawa Dato’Seri Dr Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah.


Bagaimana pun, dipihak Nizar nampak gayanya masih menaruh harapan tinggi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan kelak akan dapat mengubah keputusan itu dan memihak kepada beliau. Namun, apakah keputusan Mahkamah Persekutuan jika pun memihak kepada Nizar akan dapat memadamkan kemelut politik di Perak?


SEBALIKNYA keadaan di pihak Zambry belum tentu akan lelap mata untuk tidur semalaman kerana terfikir bahawa senario politik yang meletakkan beliau ke kerusi empuk MB bukan lah melalui pintu besar tetapi melalui pintu masuk sempit dari arah samping yang menjadi persoalan rakyat Perak kerana amalannya secara ‘luar biasa’.


KECUALILAH sekiranya Zambry bertindak berani dalam kedudukkan beliau sebagai MB yang sah sekarang, bertindak membubarkan DUN dan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru, maka masalah Zambry sekiranya berjaya mempertahankan kerusi MB, sudah pastilah laluan kerajaan yang diterajuinya akan terus berjalan lancar, malah beliau akan dianggap sebagai ‘jaguh’ dalam politik Perak.


Meskipun pelayaran Zambry mengemudi ‘Bahtera kerajaan Perak’ yang berbaki empat tahun lagi untuk sampai ke PRU ke-13, namun sepanjang pelayarannya senantiasa mengharungi pelbagai cabaran yang boleh di ibaratkan pelayaran Zambry senantiasa berada diambang lautan yang bergelora.


Dalam ertikata lain, sepanjang pemerintahan UMNO/BN di Perak dibawah teraju Zambry yang hanya berbaki empat tahun lagi untuk sampai ke PRU kali ke-13, sudah pastilah tekanan politik daripada rakyat Perak yang masih belum berpuas hati akan sentiasa mengintai setiap detik kesilapan demi kesilapan kerajaan UMNO dan BN khususnya Dato’Seri Zambry selaku MB.


RAKYAT Perak yang cintakan DEMOKRASI dan KEADILAN sudah tentu akan tetap setia menanti PR untuk menebus kembali maruah mereka yang sudah tercalar selama ini, dimana empat tahun bukannya terlalu lama bagi mereka bertarung semula dimedan ‘peti undi’ untuk menentukan siapakah kerajaan yang berhak mendapat sokongan rakyat.


KESETIAAN rakyat terhadap perjuangan PR sudah terbukti ‘solidnya’ ketika PRK Parlimen Bukit Gantang di Perak, Parlimen Kuala Terengganu, dan DUN Bukit Selambau di Kedah bukan sahaja menang mudah menewaskan UMNO/BN tetapi dengan peningkatan majoriti undi.


Manakala di DUN Penanti di Pulau Pinang sudah pastilah PR akan berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah. UMNO/BN sejak awal awal lagi ‘angkat tangan surrender’ dengan kekuatan PR.


Terlalu banyak suara suara kedengaran disekeliling yang mengatakan bahawa biar pun dari aspek tuntutan perundangan diMahkamah hak Nizar dan PR dinafikan, namun karier politik pemimpin pemimpin PR terutamanya Nizar tetap segar dan mendapat sanjungan rakyat diseluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak.Ends//..

Rabu, 20 Mei 2009

SUNGAI PADAS DAN PEGALAN PUSAT REZEKI IKAN SUNGAI


SLUG:MM/DE/TNM/RNCNA/IKANSUNGI/MEI16/1800HRS/09 P:3

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Sebut sahaja sungai Padas atau sungai Pegalan sesiapa sahaja yang mendengarnya akan merasa gerun malah menakutkan kerana kedua dua batang sungai tersebut sinonim dengan beberapa siri bencana alam banjir yang telah berlaku beberapa kali disini yang mengakibatkan banyak kemusnahan terhadap harta benda mahupun tanaman, malah hampir hampir meragut nyawa penduduk.

Meskipun begitu, para penduduk yang tinggal dikawasan pesisir kedua dua sungai masih mempunyai sumber rezeki dengan tangkapan ikan sungai menggunakan sangkar mahupun sejenis pancing panjang yang dipanggil ‘pansok’.

Mantan Pengerusi JKKK Ongok Talasau 70, ketika menceritakan kepada Harian Ekspress pada Sabtu, dimana para penduduk yang mendiami kawasan pesisir sungai sekitar tahun 70an ketika itu sungai Padas dan Pegalan belum tercemar dengan aktiviti pembalakkan mengakui bahawa sumber pendapatan ikan sungai sebahagian daripada sumber sosio ekonomi penduduk untuk menyara penghidupan seisi keluarga.

Ongok seterusnya berkata, selepas banjir baru baru ini harga ikan sungai terus melonjak naik iaitu ikan jenis ‘baung’ dijual dengan harga RM17.00 seikat berat lebih kurang 1.5kg (sebelum itu dijual dengan harga RM12.00), ikan jenis ‘salap’ RM18.00 (sebelum M14.00) dan ikan ‘badus’ RM16.00 (sebelum RM12.00).

Meskipun kedudukkan harga ikan yang terus melonjak selepas banjir, namun pelanggan tetap membeli ikan sungai disini sebagai pilihan utama mereka tanpa cerewet kerana mereka tahu bahawa kerja kerja menangkap ikan sungai itu bukan suatu perkara mudah.

Bagaimanapun Ongok mengakui bahawa ketika aktiviti pembalakkan berleluasa yang tidak terkawal sekitar tahun 1987 keatas, sumber hidupan sungai sudah mula berkurangan disebabkan pencemaran air sungai yang sangat dasyat yang kelihatan seperti ‘milo’.

Keadaan bertambah perit lagi kata Ongok, apabila kegiatan menangkap ikan dengan menggunakan mini generator, juga pada ketika itu sangat berleluasa bagaikan Negara sudah tidak mempunyai satu undang undang untuk mencegah pemusnahan hidupan air.

“ Kerajaan sudah berkali kali melarang kegiatan itu…tetapi bagi mereka yang besar kepala langsung tidak hiraukan larangan itu…dan sekarang kesannya sudah dapat dilihat, dimana sumber ikan sudah tidak serancak dulu lagi,” jelas Ongok.

Menurut Ongok, kawasan yang banyak terdapat ikan ‘baung’ terletak disepanjang sungai Padas antara Pangi ke Rayoh, dimana cara tangkapan menggunakan pancing besar yang dipanggil ‘pansok’ atau dengan cara memancing biasa.

Manakala ikan ‘salap’ dan ikan ‘badus’ kebanyakkannya terdapat dipesisir sungai Pegalan dengan menggunakan kaedah penangkapan yang sama.

Dalam pada itu, dari segi pasaran tidak merumitkan para penangkap ikan sungai, dimana selain daripada gerai gerai tamu mingguan yang telah disediakan oleh pihak majlis daerah, gerai jualan untuk pejaja harian juga telah tersedia.

Makanan sumber hidupan air merupakan sejenis makanan yang mempunyai kolestrol yang rendah dan sudah pasti menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat dimana sahaja. Justeru, kerajaan ada keperluan untuk menguatkuasakan peraturan atau Akta yang mengkhususkan penjagaan serta larangan aktiviti memusnahkan hidupan sungai.
Ends///..

Caption:-

1.IMG 0039 - Ongok bin Talasau…selepas aktiviti pembalakkan sungai Padas tercemar..ikan pun berkurangan.

2.IMG 0213 - Pelanggan tetap memilih ikan sungai sebagai santapan tengah har.

3.IMG 0214 - Ikan salap kegemaran pembeli.

PEMAJU BOLEH SAMBUNG KERJA KALAU ADA KELULUSAN MDT


SLUG:MM/UM/TNM/MDT/KOMEN/MEI19/1200HRS/09 P:2

Oleh: Mail Mathew

TENOM, 19 Mei: Pemaju kawasan tanah lapang seluas kira kira tiga ekar disini untuk pembinaan beberapa deret kedai, kemungkinan akan dibolehkan menyambung semula kerja kerja tersebut setelah diarah diberhentikan beberapa minggu lalu oleh pihak pengurusan majlis sekiranya pihak pemaju memperolehi kelulusan mutlak daripada ahli mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

Jurutera Majlis Daerah disini Ir Annuar Mohammad memberitahu demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia pada Selasa yang memberi respons kepada beberapa kemuskilan dan tanda tanya masyarakat sekeliling yang melihat projek tersebut secara tiba tiba terhenti tanpa diketahui sebab sebabnya.

Bagaimana pun kata Annuar, kelulusan kepada pemaju tertakluk kepada pertimbangan ahli mesyuarat PBT dimana pemaju sekurang kurangnya mengemukakan laporan daripada jabatan jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung pelan kerja tanah.

“ Terpulanglah kepada pihak pemaju berapa lama bagi beliau mengusahakan untuk mendapatkan laporan daripada jabatan jabatan yang berkaitan…dan kalau sudah ada kelulusan daripada PBT, maka kita tiada masalah untuk membenarkannya,” jelas Annuar.

Dalam pada itu, beberapa individu dikalangan usahawan disini mula tertanya tanya mengapa projek tersebut tiba tiba sahaja terhenti, dimana orang ramai yang melihat seolah olah projek tersebut terbengkalai.

Malah ada diantaranya hairan mengapa projek yang dijalankan itu tidak memasang papan kenyataan yang memaparkan maklumat projek yang dilaksanakan. seperti pada kebiasaannya.

Projek tersebut telah diarah oleh pengurusan majlis daerah disini supaya diberhentikan serta merta sekitar bulan April, 2009 kerana difahamkan pemaju terbabit belum mendapat kelulusan mutlak daripada ahli mesyuarat PBT.

Keadaan menjadi lebih tegang lagi apabila penghuni yang bersebelahan dengan tapak projek tersebut telah membuat aduan kepada pihak majlis dan juga jabatan jabatan lain khususnya JPS dimana pihak pemaju telah menimbus sistem saliran yang sedia wujud disitu yang menjadi kemarahan kepada penghuni berhampiran.

Ekoran kedegilan dan keengganan pihak pemaju menerima beberapa saranan para penghuni berhampiran supaya sistem saliran dipulihkan, telah membawa kepada bantahan projek tersebut kepada pihak pengurusan majlis supaya tidak diteruskan selagi sistem saliran tidak dipulihkan oleh pihak pemaju.
Ends///..

Ahad, 17 Mei 2009



PETA MENUNJUKAN KAWASANPARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI [ Peta daerah Tenom secara ringkas menunjukan kawasan PARLIMEN dan ADUN ]District Region, Parliment & Sabah State Assemblymen.( Region Of Tenom, Assemblymen N.35 Melalap, N.36 Kemabong& Parliment P.181 Tenom.)Klik untuk melihat Kawasan Parlimen P 181 Tenom