Isnin, 24 Januari 2011

NEGARA, NOT NEGERI, STATUS FOR SABAH



Luke Rintod of FMT

KUALA LUMPUR: Sabah was supposed to retain its “negara” or national status in a series of arrangements to ensure that the rights of Sabahans would forever be protected during the formation of Malaysia.

This little known fact was revealed at a national conference on marginalised communities, which arrested the attention of the participants.

They were told that the ideals that gave rise to the birth of a new nation in 1963 have, however, been eroded until those rights have all but disappeared.

“Sabah was given the understanding that it was to remain a national entity within the Malaysian Federation, which was to be a partnership of four national units – Sabah, Sarawak, Singapore and Malaya,” deputy president of CigMa or Common Interest Group Malaysia, Daniel John Jambun, said in his presentation titled “Lest We Forget”.

Elaborating further, he said: “We were to remain as a ‘negara’ (nation), not to become a ‘negeri’ (state).

“What eventually transpired was a process during which Sabah (like Sarawak) became one of the 13 states in Malaysia, no longer on the same status as Malaya, but just one of the states.”

Later, Jambun said that it was also the reason why Sabah’s head of state was officially called Yang di-Pertua Negara from 1963 till the early 1980s when the title was changed and reduced to Yang di-Pertua Negeri.

Jambun’s paper was based on a book of the same name authored by Dr Chong Eng Leong who agreed to have his book presented as a conference paper to the 220 delegates.
Chong’s book outlines the major losses Sabahans have suffered since independence due to various national policies following the formation of Malaysia.

Chong’s book focused on the “KL-encouraged” influx of Muslim illegal immigrants from Indonesia and Mindanao in the southern Philippines that served to dilute the once majority Christian native population in Sabah.
Unkept promise of autonomy

Jambun charged that the federal government was being disingenuous by claiming that the state had enjoyed tremendous development and numerous benefits since the formation of Malaysia.

“Under Umno, which took over the Sabah government from Parti Bersatu Sabah (PBS) in 1994, Sabah has ended up becoming the poorest state in Malaysia despite its vast natural wealth God has given us.

“Other than the economic losses, we also suffered loss of major rights and autonomy, as listed in the book, ‘Lest We Forget’,” Jambun said.

He said that a scrutiny of the 20-point agreement clearly showed that Tunku Abdul Rahman and other Malayan and Singapore leaders had promised autonomy or self-determination for Sabah, including retaining its own revenues.
It was a promise that has not been kept, he said.

“In fact, as a strategic move to ‘Malayanise’ Sabah, the population of the state was increased drastically through dubious means, mainly through the infamous ‘Projek IC’ or ‘Projek Mahathir’, which is to give Malaysian identity cards to Muslim illegal immigrants in Sabah to enable them to register as voters and thus change the political landscape.

“Through this project, the population of Sabah dramatically rose to 3.2 million, of which 1.5 million are bona fide Sabahans and 1.7 million foreigners.
“About 70,000 of these foreigners were registered as phantom voters and distributed throughout the constituencies in Sabah to give greater advantage to the ruling BN candidates to win elections.

“This strategy was then complemented by the infamous decision to implement what is called gerrymandering of constituency boundaries to give greater representation to Muslim-majority seats, thus outnumbering the non-Muslim natives,” he said, adding that the obvious manipulation has resulted in Sabah being dubbed BN’s “fixed deposit”.

Jambun also charged that the increase in Muslim-native seats and the reduction in Christian-native ones was made with the intention of forcefully and permanently changing the state’s demography.

This way, there would be more Muslims, thus depriving others of their rights, he said, adding that the issue of disenfranchisement would be brought to international attention.

Citing the revelation in Chong’s book, he disclosed that in the 1970 census, the mostly Christians and pagan Kadazandusuns numbered 215,811, Muslim Bajau and Iranun numbered 77,271 and Malays 18,362.

However, the 2000 census showed that the Kadazandusuns numbered 564,600, while the Bajau and Iranun 343,200, but the Malay suddenly stood at an astonishing 303,500.
He said that in the 1960 census, there was no Malay registered in Sabah, but just Bajau and Iranun.

‘Project Mahathir’ revealed

Jambun said that four people – Hassnar Ebrahim, Hassan Hamid, Yakup Damsah and Jabarkan Napi – cited in Chong’s book had been involved in recruiting new Malaysians by giving them identity cards.

He said that Hassnar, who is now Batu Sapi PKR head, had even revealed that there was a meeting in January 1986 chaired by the late Megat Junid Megat Ayob, then deputy home minister, detailing the mechanics of how foreigners were issued Malaysian identity documents.

Hassnar claimed that present at the meeting were former chief secretary to the government Ahmad Sarji Abdul Hamid, three top police officers from Bukit Aman, Sabah director of Immigration Dusmi Ibrahim, director-general of Immigration Halim Harun, a deputy director-general of the National Registration Department, a principal private secretary by the name of Azmin, Yahya Lampong and Hassnar himself.

“As Hassnar revealed, when one of them objected to this treacherous act, he was told by Megat Junid that prime minister Dr Mahathir Mohamad had approved it.

“This testimony was also given under oath during a trial to hear the 1999 Likas election petition filed by Chong, and that the testimony was not challenged,” Jambun said.

He added that Jabarkan, an ex-ISA detainee like Hassnar, also disclosed that there was a Sabah Umno special task force formed in 1991 to recruit foreigners who were then issued with Malaysian ICs and registered as Umno members and also included in the electoral rolls.

According to Jabarkan, office-bearers of the special task force for 1991-1993 were Musa Aman (currently Chief Minister) as director, Yahya Hussin as deputy director, Jabarkan himself as secretary and the late Malek Chua as treasurer. The team targeted 30 of the then 48 state
constituencies in an attempt to oust PBS from power.

Jambun said that he doubt the current Umno leadership would dare sue those who had revealed the clandestine activities in Projek Mahathir for it would open a can of worms.

The one-day National Human Rights Conference on the Future of Marginalised and Minority Communities in Malaysia was co-organised by CigMa, Sarawak Dayak National Union (SDNU), Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), Hindu Rights Action force (Hindraf), Borneo Resources Institute (BRI) and London-based Human Rights Foundation.
Also present were Kita president Zaid Ibrahim, CigMa chief Jeffrey Kitingan, who is also leader of United Borneo Front (UBF) and Hindraf adviser, N Ganesan.

LDP SAMBUT CNY FEB 13, DATUK V.K LIEW DIJANGKAN HADIR?


Oleh: Mail Mathew

TENOM: Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk V.K.Liew dijangka akan merasmikan sambutan majlis Muhibbah sempena perayaan Tahun Baru Cina dekat sini yang akan diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom pada Febuari 13, 2011 jam lebih kurang 6.30 petang.

Ketua Bahagian Liberal Democratik Party (LDP) kawasan Melalap Kapitan Ng Tet Hau berkata demikian ketika memberitahu Harian Ekspress diPejabat beliau dekat sini pada Isnin.

Tegasnya lagi, sepertimana moral sambutan majlis seumpama itu dimasa lalu yang memperlihatkan penyertaan kepelbagaian kaum jelas menunjukkan kekuatan perpaduan yang jitu dikalangan semua kaum dinegara ini tanpa mengira agama dan keturunan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi LDP seterusnya berkata bahawa usaha LDP kearah meralisasikan kejayaan konsep 1Malaysia menerusi sesuatu perayaan seperti majlis muhibbah seumpama itu akan berterusan dari masa ke semasa.

Beberapa aksi tarian Naga, Singa (Lion) dan Unicorn akan dipersembahkan dimajlis itu yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu khusus untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Orang ramai dari kalangan kepelbagaian kaum adalah dijemput dan tidak dikenakan apa apa bayaran.

Kapitan Ng berkata, beberapa sumbangan dimajlis itu daripada para dermawan dan orang orang kenamaan akan diserahkan kepada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa, SM Tshung Tsin dan SJKC Chung Hwa.

Ahad, 23 Januari 2011

Pengantin perempuan bernilai berbillion billion dollar?

Monday, January 10th, 2011 GMT (sumber: www.sarawakreport.org)

This post is also available in: English, Iban

SARAWAK REPORT telah menjadi sasaran serangan siber, yang telah menyebabkannya berstatus off-line buat sementara waktu. Kejadian ini juga telah diikuti oleh beberapa ancaman bunuh menerusi email, dan ada yang akan mengancam untuk menggunakan format ilmu hitam terhadap kami.

Merosakkan laman-laman web dengan jutaan serangan adalah proses yang mahal, lebih mahal dari mengupah peguam-peguam yang sangat berkaliber. Dengan ini kami boleh menjangkakan dan mengesyaki perkara ini hanya dilaku oleh seseorang yang tersangat kaya dan berhasrat untuk mengaibkan kami, tetapi tidak berani berhadapan dengan kami di mana-mana mahkamah terbuka.

Kami membiarkan para pembaca kami untuk memikir siapakah yang sanggup melakukan perkara ini ke atas Sarawak Report.

Pengantin perempuan bernilai berbillion-billion dollar

Sementara itu, kami mempunyai beberapa gambar ekslusif isteri baru Ketua Menteri. Bandaraya Kuching telah diselubungi rasa riang dan geli pada berita yang dibocorkan mengenai orang tua yang berusia 74 tahun itu yang menikahi isteri keduanya yang berusi dalam lingkungan 20an.

Walau bagaimana pun, kerajaan Negeri Sarawak enggan mengeluarkan pengesahan rasmi berita-berita mengenai majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung di kediaman mewah Ketua Menteri (yang dibina secara misteri, sama seperti harta-hartanya yang lain). Kami juga mendapati ada di kalangan menteri-menteri senior yang menggunakan internet untuk cuba mendapatkan beberapa maklumat peribadi si pengantin perempuan, yang belum diumumkan namanya.

Kekayaan negeri Sarawak menghiasi badannya

Rakyat Sarawak telah menyaksi beribu-ribu hektar hutan yang telah ditebang dan kemudian dijadikan ladang-ladang kelapa sawit untuk menghiasi pengantin perempuan tersebut. Salah seorang ahli peniaga barangan kemas terkemuka di London menjangkakan kesemua barangan kemas yang dipakai oleh pengantin perempuan itu adalah diperbuat dari “kaca”. Alasannya, jika barangan tersebut adalah tulen, maka ianya nampak tidak bernilai kerana saiznya yang besar. Apabila kami ‘memaksa’ peniaga tersebut untuk meneka nilai sebenarnya, dia mengatakan bahawa nilai semua barangan kemas mungkin mencecah RM150 juta.

Memandangkan Ketua Menteri belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isteri barunya itu, terpulanglah kepada rakyat Sarawak untuk meneka sama ada isterinya itu dihiasi dengan kaca atau pun intan berlian cabochon.

Hari Krismas adalah hari untuk berkongsi

Ketika pasangan tersebut berbulan-madu meraikan perkahwinan mereka, yang sudah pastinya terbang menggunakan salah sebuah pesawat Hornbill yang dibiayai dengan wang pembayar cukai kerajaan, kami berharap mereka meluangkan sedikit masa mereka untuk memikirkan dan mengingati kanak-kanak yang kelaparan di rumah-rumah panjang yang mengharapkan buah tangan Krismas tahun ini.

Walau bagaimana pun, semakin banyak tanah dirampas daripada masyarakat orang asli ini, justeru, ibu bapa kanak-kanak ini memberitahu mereka untuk tidak mengharapkan lebih dari apa yang ada.

Seperti kebiasaannya, ibu bapa ini perlu mengingatkan anak-anak mereka, bahawa nasihat Ketua Menteri kepada orang-orang kampung supaya mereka “belajar menunggu”. Nampaknya, kemewahan hasil dari apa yang telah dirampas Taib akan dikongsikannya dengan rakyatnya!

JABU SEKELUARGA TURUT MENDAPAT DURIAN RUNTUH DARI TANAH NCR!

Monday, January 10th, 2011 GMT

This post is also available in: English, Iban..sumber: www.sarawakreport.org

Pelbagai berita dihebahkan di kawasan Betong yang berkisar pada keluarga Timbalan Ketua Menteri yang baharu sahaja mendapat “durian runtuh” dari Negeri Sarawak (bersyukurlah kepada keakrabannya dengan Ketua Menteri, yang juga Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber dan juga selaku Pengerusi LCDA)

Mereka dipercayai telah melakukan jualan tanah dengan harga berjumlah RM7 juta kepada FELCRA. Amat baik bagi tanah-tanah yang telah mereka rampas dari orang asal dan dibayar pampasan yang paling minima!

Sarawak Report ingin tahu, sama ada FELCRA, iaitu sebuah agensi persekutuan pernah mengumumkan hasil jual-beli ini (terutamanya jika ianya melibatkan keluarga menteri-menteri Kerajaan yang mendapat keuntungan darinya), atau pun pernah atau tidah Jabu sendiri mengesahkan kebanyakan perolehan tanah-tanah dijualnya dengan cara ini?

Atau, mungkin peguam yang mengendalikan jual-beli ini, iaitu Ani Solep Advocate & Solicitor, akan mengumumkan kepada orang awam bahawa tanah NCR yang dahulunya milik orang tempatan kini dijual kepada perbadanan awam?

Kroni ketua kaum Iban yang terlibat dengan rampasan tanah

Ketua Menteri dan keluarganya bukan sahaja terkenal dengan kegiatan merampas tanah-tanah NCR untuk mereka sendiri, malah timbalannya, Jabu juga terkenal dan diketahui telah mendapat untung hasil dari kesetiaan politiknya kepada Taib.

Jabu telah memperolehi jumlah tanah NCR yang begitu luas untuk dirinya dan keluarganya semasa beliau menjadi Timbalan kepada Taib Mahmud. Dengan gaji menterinya yang tidak lumayan ditambah pula beliau latar belakang keluarganya bukan dari orang yang berada dulu, adalah sukar diterima akal bagai mana beliau mampu mengeluarkan wang untuk membeli tanah-tanah ini (yang kini bernilai berjuta-juta ringgit) jika diandaikan beliau membayar mengikut harga pasaran semasa.

Tetapi, seperti yang diumumkan oleh setiausaha politik kepada Taib baru-baru ini, Abdul Karim Hamza mengatakan adalah suatu habuan bagi seseorang yang berjawatan menteri untuk mengoptimumkan “peluang perniagaannya” ke atas tanah yang ditawarkan kepadanya “pada harga yang rendah”. Rata-rata seluruh dunia mengatakan ini sebagai kesalahan rasuah.

Cukup untuk membiayai perkahwinan anaknya!

Anak Jabu, iaitu Barbara telah melansungkan perkahwinannya pada hujung minggu lalu yang diraikan semeriah-meriahnya. Ketua Menteri dan isteri baru beliau merupakan antara orang kenamaan yang dijemput. Kami mempunyai gambar-gambar eksklusif yang memaparkan kedua-dua mempelai bersanding dengan memakai pakaian tradisi kaum Iban, tetapi penduduk kaum Iban Sarawak tetap tertanya-tanya berapakah perbelanjaan yang digunakan untuk majlis ini, yang sudah pastinya diperolehi dari tanah mereka?

Berapakah kekayaan Jabu yang diperolehinya dengan mengeksploitasi rakyat dari kaumnya sendiri, dengan mendapat tanah-tanah yang diambil oleh negeri Sarawak, yang kemudiannya dijual kepada beliau sekeluarga pada harga yang sangat murah?

Herba Aromatics – syarikat milik anak-anak Jabu

Contohnya, adakah tanah yang dijual kepada FELCRA pada harga RM7 juta, yang seluar 2,000 hektar itu sebenarnya tanah yang diserahkan oleh Taib kepada syarikat yang bernama Herba Aromatics? Pemilik Herba Aromatics sebenarnya adalah Gerald Rentap Jabu, anak Ketua Menteri dan juga anak perempuannya yang baru melangsungkan perkahwinan, Barbara! Seorang lagi kroni, yang juga sepupunya, Robert Lawson Chuat, juga menikmati sebahagian saham-saham dalam syarikat berkenaan.

Tanah ini dibeli daripada negeri Sarawak pada tahun 2008 pada harga RM1 juta, dan ianya terletak di kawasan Jalan Lidong, Betong, Sarawak. Kesemua tanah ini adalah tanah berstatus NCR yang dimiliki oleh kaum Iban, yang sekaum dengan Jabu sendiri. Pejabat Pendaftar Tanah telah mengakui tanah-tanah tersebut sedang diusahakan untuk pertanian bersepadu, yang membuktikan bahawa tanah-tanah tersebut dimiliki oleh orang tempatan dan bukannya milik negeri – yang akhirnya jatuh ke tangan Jabu pada harga yang amat minima.

Berapakah nilai pampasan yang diterima oleh orang-orang tempatan?

Kami ingin mengetahui berapakah harga yang dibayar oleh anak-anak Jabu ke atas tanah-tanah yang telah mereka ukur itu? Ramai di kalangan orang tempatan di Betong merasa marah setelah mereka mengetahui Jabu telah memperolehi tanah yang sangat luas di situ dengan hanya membayar pampasan pada kadar RM500 bagi setiap keluarga, sungguh menggelikan!

Biasanya pampasan RM500 untuk satu keluarga telah dibayar melalui Tuai Rumah yang mewakili anak-anak buah mereka di rumah-rumah panjang mereka. Ada kalanya juga anak-anak buah mereka tidak tahu bahawa tanah-tanah mereka telah diperniagakan sedemikian, dan ada juga di antara mereka tidak menerima apa-apa pampasan dari Tuai-Tuai Rumah mereka. Kegiatan seperti ini adalah haram di sisi undang-undang dan ada keluarga yang mendapatkan bantuan guaman untuk menentang pengeksploit mereka itu.

Kami boleh menjelaskan bahawa jumlah yang paling minima yang dijelaskan oleh anak-anak Jabu kepada negeri Sarawak, seharusnya ditunaikan tahun ini – setelah genap dua tahun mereka terima hasil sumbangan ikhlas daripada Ketua Menteri!

Pernahkah Ketua Menteri memberitahu kepada anak-anak Jabu bahawa mereka tidah perlu membayar apa-apa jumlah kepada negeri Sarawak, sehingga setelah mereka menjualkan tanah-tanah tersebut kepada pihak lain pada harga yang lebih tinggi? Adakah harga RM7 juta itu yang mereka perolehi daripada FELCRA?

Sarawak Report ingin memohon penjelasan daripada Pendaftar Tanah sudahkah anak-anak Jabu membayar kesemua wang yang sepatutnya mereka bayar kepada pemilik-pemilik, dan jika sudah, bilakah bayar dibuat?

Keuntungan mudah para menteri Kerajaan Sarawak dari tanah orang kurang berada

Keuntungan sedemikian mungkin telah digunakan untuk membiayai majlis perkahwinan Barbara. Mereka sekeluarga tentunya boleh mengadakan majlis yang jauh lebih meriah dari orang-orang yang mereka bayar RM500, bukan?

Inilah cara pembangunan ala- BN. Kekayaan yang teramat sangat untuk menteri-menteri Kerajaan, yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, tetapi sebaliknya rakyat mereka kehilangan tanah.

Kini terserahlah kepada rakyat Sarawak sama ada untuk terus membenarkan diri mereka dirompak dengan cara ini, atau mendapatkan balik tanah-tanah, seperti mana yang dijanjikan oleh pembangkang!

HIMPUNAN HARTA KEKAYAAN TAIB DIUSA (SAKTI/SAKTO)

HIMPUNAN HARTA KEKAYAAN TAIB DI AMERIKA SYARIKAT (SAKTI/SAKTO)

Monday, January 10th, 2011 GMT (www.sarawakreport.org)

This post is also available in: English

Jika anda memiliki banyak harta dan syarikat untuk diuruskan serentak, maka adalah bijak jika anda memberikan nama-nama yang senang anda hafal. Sarawak Report kni dapat mendedahkan empayar kekayaan Taib di Amerika Utara yang dirahsiakannya selama ini.

Di Ottawa, Kanada, hartanya diuruskan oleh Sakto Corporation, manakala hartanya yang berada di Amerika Syarikat pula diuruskan oleh Sakti International. Sakti International memiliki harta dianggarkan bernilai US$80 juta menurut dokumen-dokumen syarikat berkenaan. Setiap harta diuruskan oleh sesebuah syarikat yang berasingan, biasanya dinamakan bersempena alamat letaknya harta tersebut. Misalnya, syarikat W.A. Boylston dipertanggungjawabkan mengurusn 1117 Boylston St., Seattle.

Walau bagaimana pun, salah sebuah dari syarikat-syarikat mereka tidak dinamakan sedemikian. Sebagai contoh, Wallyson’s Incorporated, yang terletak di Seattle, menguruskan theAbraham Lincoln Building. Bangunan tersebut dijadikan sebagai tempat operasi dan kelengkapan rahsia agensi perisikan FBI (Federal Bureau of Investigation), dan untuk masuk ke bangunan itu, seseorang harus melalui laluan keselamatan yang sangat tinggi. Bangunan ini merupakan ibu pejabat FBI di kawasan barat daya US yang memantau kegiatan anti-pengganas. Bangunan ini adalah milik keluarga Taib.

Blok pejabat utama milik Sakti di US, di 260 California Street, San Francisco juga menyewakan ruangnya kepada beberapa klien, termasuk klien yang terkemuka seperti Citibank. Ini menunjukkan bahawa pelaburan luar negara keluarga Taib mampu menjalin hubungan erat dengan pelabur-pelabur mereka di situ.

Sejarah syarikat Taib di USA

Sama seperti Sakto, Sakti diuruskan oleh Sean Murray, iaitu suami Jamilah Taib. Sean, atau nama Islamnya Hisham semasa dia menikahi Jamilah, tetapi dia tidak pernah menggunakan nama barunya itu ketika berniaga atau bersosial di luar negeri Sarawak.

Walau bagaimana pun, dokumen-dokumen mahkamah yang didepositkan di mahkamah tinggi di San Francisco mendapati bahawa syarikat Sakti adalah sebuah syarikat memang milik keluarga Taib. Sakti mengeluarkan beberapa keterangan dalam mahkamah yang sudah tentunya tidak dapat ditentang. Syarikat berkenaan mengaku bahawa Sakti telah dipersyarikatkan di California pada 1987 dan pada mulanya diuruskan oleh Mahmud Abu Bekir Taib. Tercatat pada salah satu dari dokumen-dokumen, “The Defendants [Sakti International Corporation] admit that beginning September 10, 1987, Sakti’s designated Chief Executive Officer, Secretary and Chief Financial Officer was Mahmud Taib”, yang membawa maksud “pihak defenden [Sakti International Corporation] mengakui bahawa pada 10 haribulan September, 1987, Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha dan Ketua Pegawai Kewangan (ketiga-tiganya) adalah (disandang oleh) Mahmud Taib”.

Pendedahan-pendedahan terdahulu dalam Sarawak Report telah membuktikan bahawa Mahmud Taib, iaitu anak sulung Ketua Menteri, adalah juga merupakan Pengarah asal syarikat Sakto di Kanada, yang ditubuhkan pada 1983, bersama-sama dengan adik perempuannya, Jamilah dan bapa saudara mereka, Onn Mahmud (iaitu saudara kepada Ketua Menteri).

Penerangan yang dikemukakan kepada mahkamah seterusnya mengakui bahawa Mahmud Taib, yang kini memegang jawatan Pengarah di syarikat CMS Sarawak, telah kemudiannya diganti oleh adiknya Sulaiman Abdul Rahman Taib sebagai “pegawai tunggal dan pengarah Sakti”. Sarawak Report juga menyimpan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa Sulaiman juga memegang jawatan sebagai pegawai tunggal di Wallyson’s.

Ketika Sakti dipersyarikatkan pada tahun 1987, Mahmud Taib baru berusia 27 tahun, dan adiknya Rahman Taib pula baru 20 tahun. Walau bagaimana pun, adik-beradik yang masih mudah mentah ini dibantu oleh ahli-ahli keluarga rapat yang lain dalam peranan mereka dalam urusan syarikat. Dua orang adik ketua menteri menyertai Mahmud Taib sebagai pengarah-pengarah asal Sakti International. Keterangan mahkamah daripada Sakti menyebut “[The] Defendants admit that the original members of Sakti’s Board of Directors were Onn Mahmud, Arip Mahmud and Mahmud Taib” (bunyinya lebih kurang: “para defenden mengakui bahawa ahli-ahli lembaga pengarah yang asal dalam Sakti adalah Onn Mahmud, Arip Mahmud dan Mahmud Taib”).

Para Pemegang saham

Sakti juga mengaku bahawa para pemegang saham dalam Sakti kesemuanya adalah anak-anak dan juga saudara-saudara Ketua Menteri. Dokumen keterangan oleh Sakti International menyebut “the original shareholders of the company were Mahmud Taib, Onn Mahmud, Jamilah Taib, Arip Mahmud, and Rahman”. It goes on to confirm that “Mahmud Taib, Onn Mahmud, Jamilah Taib, Arip Mahmud and Rahaman are still shareholders of Sakti Holdings” (bunyinya lebih kurang: para pemegang-pemegang saham yang asal bagi syarikat ini adalah Mahmud Taib, Onn Mahmud, Jamilah Taib, Arip Mahmud, and Rahman”)

Dengan ini Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa Sakti di US, seperti juga Sakto di Kanada, telah ditubuhkan dan diuruskan pada asalnya secara ekslusif oleh keluarga Taib. Penglibatan Sean Murray hanya bermula apabila dia berkahwin dengan Jamilah Taib, dan sebenarnya Sean menggantikan Rahman Taib sebagai pengurus Sakti hanya mulai tahun 2006.

Dengan ini juga Sarawak Report ingin meminta Encik Murray untuk mengesahkan sama ada beliau kini memegang sebarang saham-saham dalam syarikat-syarikat yang diuruskan atau diarahkannya, atau adakah beliau hanyalah seorang pekerja syarikat milik keluarga isterinya.

Sarawak Report juga ingin memohon keluarga Taib untuk menjelaskan bagai mana di antara 1983 dan 1987 mereka mampu melaburkan berjuta-juta dollar untuk menubuhkan kedua-dua harta di Kanada dan US, yang portfolio-portfolio digabungkan bernilai sekurang-kurangnya US$200 juta. Pada ketika itu, Jamilah, Rahman dan Mahmud berusia sekitar 20-an dan masih menuntut di kolej-koleh, manakala yang lainnya adalah bapa-bapa saudara mereka. Jika wang pelaburan itu disumbangkan oleh kedua-dua bapa saudara mereka, yang telah bergelar ahli perniagaan, maka sikap murah hati mereka, termasuk anak-anak ketua menteri itu amatlah menhairankan.

Tiba masanya untuk mendengar jawapan

Sarawak Report amat percaya bahawa rakyat Sarawak berhak mendengar penjelasan yang terperinci fakta-fakta ini daripada Ketua Menteri sendiri, Abdul Taib Mahmud. Ketua Menteri itu seharusnya menjelaskan sama ada beliau memegang atau pernah memegang saham-saham dalam syarikat-syarikat tersebut, dan adakah sejumlah wang pelaburan itu disumbangkan beliau sendiri. Jika Taib Mahmud merupakan pemilik/pemegang saham-saham dalam syarikat-syarikat ini, para pembayar cukai di Sarawak berhak mengetahui bagai mana beliau memperolehinya. Penguatkuasa-penguatkuasa undang-undang di Malaysia diharuskan untuk menyoalsiasat Taib Mahmud bagi pihak rakyatnya.

Pihak FBI juga harus bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum tentang hakmilik bangunan yang mereka sewa itu. Sebagain defenden bergabung dalam kes mahkamah di California itu Wallyson’s dan Sakti International mengakui bahawa pemilik Wallyson’s adalah syarikat Rodinmass. Rodinmass didaftarkan di British Virgin Islands. Adalah tidak masuk akal jika pihak FBI mengatakan mereka tidak mengetahui siapakah sebenarnya syarikat yang bernama Rodinmass, dengan alas an keselamatan. Memandangkan pegawai tunggal Wallyson’s adalah Rahman Taib, maka, Sarawak Report mengandaikan para pemilik dan pemegang saham-sahamnya juga adalah keluarga Taib, seperti di Sakti International. Maklumat yang ada pada pihak kami menyatakan Laila Taib adalah pemegang saham paling utama di Rodinmass.

Isteri Taib, adik-adiknya dan juga anak-anaknya semuanya dikaitkan dengan syarikat-syarikat di Amerika Utara tersebut. Maka, dengan ini, terpulanglah pada Taib sendiri untuk menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam pemilikan himpunan harta kekayaan itu.