Sabtu, 12 Mac 2016

17 LOKASI PARKIR KHAS OKU TIDAK PERNAH DIGUNAKAN ?

Oleh: Mail Mathew

LOT PARKIR KHAS OKU DIBINA DIHADAPAN PREMIS TOTO 4D
 TENOM: Beberapa pemimpin masyarakat dan seorang bekas Pegawai Daerah meluahkan pandangan tidak bersetuju dengan langkah langkah yang diambil pihak Majlis daerah disini berhubung pembinaan parkir khas OKU (orang kelainan upaya) sebanyak 17 lokasi dikawasan pekan disifatkan sebagai keterlaluan.

Bekas calon SAPP kawasan Parlimen Tenom pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) Jimmy Jawatah berkata, sesungguhnya beliau berterima kasih diatas inisiatif dan daya usaha Majlis Daerah membina lebih banyak parkir khas untuk OKU sebagai sifat keprihatinannya.

JIMMY JAWATAH
Namun Jimmy mempersoalkan apakah tindakan mereka itu berhasil menepati sasaran tepat sepertimana yang diperlukan golongan OKU disesuatu lokasi sehingga memerlukan pembinaan begitu banyak dan terpaksa mengurangkan lot lot parkir untuk orang awam, katanya.

 “ Selama ini berapa ramaikah OKU yang boleh membawa kenderaan sendiri? Menurut penelitian saya selama ini, pakir yang disediakan itu tidak pernah digunakan oleh OKU itu sendiri.

 “ Persoalannya, adakah ini benar benar lojik memberi keuntungan kepada OKU?...kebiasaannya OKU menaiki kenderaan awam atau mengikuti kenderaan keluarga. Jadi...kepada para ahli Majlis daerah, adakah perancangan ini praktikal?...atau sebaliknya,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Sehubungan itu, Jimmy berpandangan bahawa pembinaan lot lot parkir khas OKU hanyalah membazir kawasan yang sepatutnya boleh digunakan untuk parkir kenderaan lain yang mana semua telah sedia maklum bahawa pekan Tenom antara kawasan pekan yang sangat kritikal dari segi kekurangan parkir kenderaan.

EX-DO TENOM NORBERT
Seorang bekas Pegawai Daerah yang telah bersara Norbert Lee berkata, beliau menerima banyak pertanyaan dan teguran orang ramai berhubung masalah lot parkir khas OKU yang dibina terlalu banyak sehingga menjejas keselesaan pemilik kenderaan kerana kekurangan lot parkir.

“ Apa yang boleh saya lakukan selain mengesyorkan mereka buat aduan kepada Majlis daerah, kerana zaman saya sebagai Pengerusi MDT sudah lama berlalu. Selain itu, saya ada tanya juga kepada seorang Pegawai Polis, adakah mereka saman jikalau ada orang biasa (bukan OKU) parkir dikawasan itu Polis itu menjawab saman pasti dikeluarkan kerana kawasan itu sudah diwartakan oleh Majlis daerah,” katanya.

Selain itu, Norbert yang juga merupakan pengamal Undang Undang Sivil Mejistret Kelas Dua berkata, setakat ini, pihaknya belum pernah terlihat walau satu unit pun kereta OKU di daerah ini menggunakan parkir khas OKU, jelasnya.

HJ WAHAB
Manakala bekas Ahli Majlis Daerah selama dua penggal Haji Wahab Timpai berkata, pihak pengurusan Majlis daerah seharusnya mengambil perhatian serius perkara tersebut dimana isunya sudah lama diviralkan dilaman sosial Facebook namun sikap degil dan tidak suka mengambil tahu menyebabkan ramai yang marah kepada Majlis Daerah. Ends///...(Mail Mathew)

Caption;- 1.IMG_7675- Salah satu daripada lot parkir khas OKU dibina dihadapan premis Lotto 4D 2.Gambar JIMMY JAWATAH- Bekas calon Parlimen SAPP pada PRU13 3.Gambar NORBERT LEE- Bekas Pegawai Daerah Tenom yang telah bersara. 4.Gambar HAJI WAHAB TIMPAI- Bekas dua penggal Ahli Majlis Daerah Tenom.

Selasa, 8 Mac 2016

PENDUDUK GESA KERAJAAN BAIKI JAMBATAN DENGAN SEGERA

Oleh: Mail Mathew

JAMBATAN ROSAK KG ULU TEPOH
TENOM: Bekas Ketua Anak Negeri (KAN) Bernard Gosubin Yosundang 65, (gambar), menggesa kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengambil perhatian serius kerosakan jambatan menuju ke perkampongan Ulu Tepoh kerana keadaannya semakin membahayakan keselamatan penduduk disitu.

Beliau berkata, jambatan tersebut merupakan laluan utama penduduk dikawasan perkampongan terbabit dan sekitarnya untuk sebarang urusan ke pusat bandar selain laluan untuk mengangkut hasil pertanian seperti getah, padi dan kopi untuk dipasarkan ke pusat bandar.

 Gosubin yang juga merupakan salah seorang penduduk disitu selain pengguna jambatan tersebut turut merayu kepada pihak berkaitan agar perkara tersebut dapat ditangani dengan secepat mungkin demi keselesaan penduduk dan juga keselamatan para pengguna, katanya.

 Ketika ditanya sama ada masalah tersebut sudah dikemukakan kepada pihak berkaitan khususnya JKR Gosubin berkata, masalah itu sudah dilaporkan oleh JKKK Kg Ulu Tepoh beberapa kali namun sehingga kini sudah menjangkau lebih setahun tidak kelihatan tindakan dilakukan, jelasnya.

 “ Kami tidak berniat untuk mendesak kerajaan meminta pembangunan yang membebankan kerajaan...tetapi kena fikirlah semasak masak risiko yang bakal menimpa kami jikalau jambatan itu tidak dibaiki sudah tentu ia bakal bertukar tragedi yang mengerikan....(jadi) itu salah siapa,” kata Gosubin ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

Gosubin berkata demikian ekoran kekecewaannya selepas beberapa aduannya ke pihak tertentu termasuk agensi kerajaan seperti JKKK berhubung kerosakan jambatan diKg Ulu Tepoh didakwanya diabaikan walaupun aduan telah dibuat ke pihak berkaitan.

Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kg Ulu Tepoh Nazarious Gerimus 50, ketika dihubungi mengesahkan kerosakan jambatan tersebut dan mendakwa laporan berhubung perkara itu telah pun dimajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan namun sehingga kini belum ada jawapannya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7666- Kelihatan Gonsubin dan seorang penduduk menunjukkan gelagar beruti dan papan jambatan telah patah mematah. 2.IMG_7667- Gosubin serius dan kelihatan marah. 3.IMG_7670- Kelihatan kenderaan pengangkutan awam kena berhati hati ketika melalui jambatan itu.

Isnin, 7 Mac 2016

FENOMENA EL NINO MULA MENGANCAM DIPEDALAMAN

Oleh: Mail Mathew

SAWAH PADI DIANCAM KEMARAU EL NINO
TENOM: Beberapa penduduk yang juga pengusaha sawah padi disini mengeluh apabila keadaan kesuburan padi yang kini sarat berbuah terjejas akibat keadaan cuaca terlalu panas yang dipercayai berpunca daripada fenomena El Nino.

 Tinjauan rambang mendapati rata rata pemilik sawah mengalami masalah tersebut dan terpaksa akur dengan keadaan itu selepas usaha usaha lain termasuk memasukkan air ke bendang mereka namun gagal disebabkan kebanyakkan batang sungai airnya hampir kering.

 Namun demikian, Pengarah Jabatan Kajicuaca Sabah (MOT) Sabah Abdul Malik Tussin ketika dihubungi pada Isnin berhubung jangka masa fenomena El Nino akan berakhir beliau berkata,

 “ Semua kawasan diNegeri ini dan Semenanjong akan mengalami kekeringan dan cuaca panas berterusan sehingga bulan Mei tahun ini dengan berskala 2.3 paling panas,” tegasnya.

Menurutnya, index kekuatan El Nino seperti berikut 0.5 hingga 1 adalah dikategorikan sebagai lemah, bacaan index 1 hingga 1.5 sederhana. Manakala bacaan yang paling panas adalah bermula dari 1.5 hingga selebihnya, katanya.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat disini, Pegawai Daerah termasuk para wakil rakyat masing masing telah mengeluarkan amaran agar tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca kering dan panas dipercayai El Nino.

Selain itu, beberapa hari lalu, beberapa kawasan mengalami kebakaran rumput lalang tidak diketahui puncanya, satu berlaku diKg Mantailang dan yang satu lagi diTaman Mantailang memaksa pihak Bomba dan Penyelamat mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan api tersebut. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7663- Sungai Bakoi kini hampir kering dan sukar membekal air ke sawah padi. 2.IMG_7665- Beginilah keadaan padi yang kelihatan menguning disebabkan cuaca panas yang berlebihan.

Khamis, 3 Mac 2016

SMJK CHUNG HWA TENOM MENCAPAI STATUS CEMERLANG KEPUTUSAN SPM 2016

Oleh: Mail Mathew

KELOMPOK 10 TERBAIK SPM
TENOM: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa disini kini kembali menggungguli keputusan terbaik SPM mengatasi lima buah sekolah menengah lain didaerah ini dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 4.54 bagi tahun 2015.

 Selain itu, dua pelajar cemerlang daripada kelompok 10 pelajar terbaik ialah Raymond Wong Kah Hung 18, memperolehi keputusan A+ (2), A(6) dan A-(2) manakala Rachel Chin Zin Vun 18, A+ (1), A (5) dan A- (3).

Kelompok 10 pelajar terbaik kecuali dua pelajar cemerlang, Ynirah Wong Qlu Mei, Elaine Fung Da Cherng, Chang Ai Teng, Lee Kar Jing, Edwina Vun Chin You, Noor Atiqah Syakira Binti Jakaria, Cally Wong dan Caroline Liew Xiao Hung.

Dalam pada itu, Pengetuanya T eh Siew Suan ketika ditemui dipejabatnya pada Khamis, merasa gembira dengan keputusan itu dimana walaupun sekolah tersebut gagal mempertahan rekod kecemerlangannya pada tahun lepas (2014) dan terpaksa turun takhta dibelakang SMK Entabuan.

Namun kali ini SMJK Chung Hwa kembali bangkit dan meletakkan takhtanya teratas sekali di daerah Tenom, mengalahkan SMK Tenom, SM St Anthony, SMK Chinta Mata, SMK Entabuan dan SMK Kemabong, tambahnya.

Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan dan kecemerlangan sekolah tersebut sehingga dapat mempertahankan prestasi pembelajaran T eh berkata, ia adalah hasil kerjasama antara ibubapa dan guru guru selain kualiti tenaga pengajar yang dapat menyampaikan pembelajaran dengan begitu baik.

Hadir sama dimajlis penyampaian keputusan SPM pada Khamis, Yang DiPertua (YDP) PIBG SMJK Chung Hwa Esar Andamas, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SMJK Chung Hwa Ng Tet Hau dan Steven Chung Ketua Pergerakan Pemuda LDP. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7647- Pelajar cemerlang Raymond Wong (4 kiri) dan Rachel Chin (4 dari kanan) bersama ibubapa masing masing. Manakala Pengetua SMJKC Chung Hwa tengah sekali. 2.IMG_7648- Raymond Wong bersama ibunya berbangsa Murut Timugon. 3.IMG_7649- Rachel Chin bersama ibunya berbangsa Murut. 4.IMG_7651- Pelajar terbaik kelompok 10 bersama ibubapa masing masing. Turut bersama YDP PIBG Esar Andamas (6 kanan) dan Ng Tet Hau (5 kanan).

Isnin, 29 Februari 2016

CHARLES TIDAK MERAYU PEMECATANNYA DALAM PBRS

Oleh: Mail Mathew

CHARLES IKANG
KENINGAU: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Janim @ Charles Ikang (gambar), menegaskan tidak akan mebuat rayuan diatas pemecatannya sebagai AMT dan keahliannya dalam parti itu walaupun beliau mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

 Sebaliknya, Ikang tidak merasa kecewa mahupun terkejut dengan tindakan itu kerana perkara tersebut telah diduganya akan berlaku namun apa yang dilakukannya sehingga menemui pemecatan itu adalah semata mata untuk membetulkan perjalanan parti supaya kembali ke landasan asal, katanya.

 Difahamkan Ikang dikenakan tindakan disiplin parti sehingga membawa kepada pemecatannya dalam jawatan AMT sekaligus keahlian dalam PBRS ekoran daripada kelantangannya untuk menyuarakan beberapa perkara yang bercanggah semasa pemilihan PBRS bermula daripada peringkat cawangan dan seterusnya Bahagian.

Ikang berkata, tindakan petugas urusetia pemilihan tidak selari dengan kehendak Perlembagaan Parti Perkara 36(2) dan 49(2) yang telah membawa kepada kemenangan Arthur Kurup sebagai Timbalan Presiden PBRS tanpa bertanding selepas penyandangnya Datuk Ellron Angin diistiharkan tidak layak bertanding.

 “ Atas dasar dan prinsip yang tidak betul terutama sekali dari aspek ketelusan dalam parti haruslah diberhentikan malah dijauhi daripada berlaku secara berterusan agar maruah parti tidak tergugat dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat/rakyat,” tegasnya.

 Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akur dan menerima tindakan disiplin keatasnya oleh Jawatankuasa Displin PBRS beliau berkata,

“ Saya menghormati serta akur dengan keputusan tersebut dengan mengambilkira bahawa tindakan saya itu akan dapat mengembalikan keharmonian serta sokongan rakyat terhadap PBRS walaupun ramai yang telah sedar bahawa parti itu sudah tercalar kesan daripada pemilihan parti yang tersasar dari landasan sebenar,” tegasnya.

 Berhubung dengan komitmen lain selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dun Sook beliau berkata, selagi Wakil Rakyat Sook dan Ketua Menteri Sabah memerlukan khidmatnya, selagi itu beliau terus bekerjasama dengan Adun Sook Datuk Ellron untuk mendekati rakyat dan membantu menyampaikan kepada kerajaan segala keperluan rakyat, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.Gambar CHARLES IKANG – PPM Dun Sook.