Sabtu, 19 November 2016

JABATAN HUTAN PERLU TUNJUKKAN SEMPADAN YANG TEPAT, SEBELUM ROBOH RUMAH PENDUDUK

Oleh: Mail Mathew 
RUMAH DITAMPAL NOTIS UNTUK DIROBOHKAN


TENOM: Dua agensi kerajaan iaitu Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKKK) Kg Angan Angan dan Kg Chinta Mata meminta Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah turun padang dan melihat sendiri untuk memperakui sempadan sebenar kawasan Hutan Simpan Lumaku yang didakwa dicerobohi penduduk disini. 

Penduduk terbabit khususnya para pemilik tanah amat kecewa dan kesal dengan tindakan kakitangan jabatan itu yang datang menampal surat surat amaran mengarahkan mereka supaya berpindah kerana rumah rumah yang ada disitu akan dirobohkan kerana memasukki kawasan Hutan Simpan.

Sedangkan, tanah tanah yang didakwa memasukki kawasan Hutan Simpan telah pun bergeran sejak tahun 1950an lagi, kata Pengerusi JKKK Kg Angan Angan Salimin Sadio ketika memberitahu pemberita pada Jumaat.

PENGERUSI JKKK KG CHINTA MATA
“ Kami telah pun mengusahakan tanah itu dan kini telah mengeluarkan hasil berpuluh tahun lalu....sekarang pula lain ceritanya, mereka kata tanah tanah kamu memasukki kawasan Hutan Simpan...walhal apa yang kami tahu dari nenek moyang kami, sempadan Hutan Simpan Lumaku masih jauh diatas puncak bukit,” katanya.

Selain itu, Pengerusi JKKK Kg Chinta Mata Asrih bin Bagi berkata, sepatutnya kakitangan mereka (Jabatan Perhutanan) berbincang dengan JKKK setiap kampong yang terlibat terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan dilakukan supaya penduduk tidak merasa panik.

Tambahnya, sesiapa pun akan merasa panik jika kedatangan mereka itu secara mengejut dan membawa surat amaran untuk merobohkan rumah atau bangunan yang ada disitu kerana kononnya ia berada dikawasan Hutan Simpan Lumaku.

“ Kami mahu tahu dimana sebenarnya sempadan yang telah diwartakan oleh jabatan itu...dan anehnya mengapa jabatan tanah melulus dan mengeluarkan geran kepada pemilik tanah jika kawasan itu adalah kawasan Hutan Simpan Lumaku?” tanya Asrih.

JKKK KG ANGAN ANGAN
Beberapa hari lepas, Pejabat Perhutanan Daerah Tenom telah mengeluarkan surat amaran bil. JPHTN/TNM 700-1/2/3/Jld. 1 (39) bertarikh 17.11.2016 dan ditampalkan dirumah beberapa penduduk diKg Angan Angan dan Kg Chinta Mata memaklumkan bahawa rumah mereka akan diroboh kerana telah memasukki kawasan Hutan Simpan Lumaku.

Berikutan perkembangan tersebut, kedua dua JKKK terbabit akan mengadakan mesyuarat masing masing sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk membuat laporan Polis dalam masa terdekat. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.BANTAH ROBOH 1- Pengerusi JKKK Kg Angan Angan Salimin Sadio 2.BANTAH ROBOH 2- Pengerusi JKKK Kg Chinta Mata Asrih bin Bagi 3.BANTAH ROBOH 3- Surat amaran daripada Jabatan Perhutanan daerah Tenom.

Jumaat, 18 November 2016

AWI DITENOM....DIKEREMUNI PEMINAT, DIMEDAN SELERA

Oleh: Mail Mathew 
 
AWI DAN ADO PUIN (kanan)

OLEH: MAIL MATHEW

TENOM: Penyanyi rock terkenal dengan lagu “Tragedi Oktober dan Senja Nan Merah” Awi muncul kali yang ke-2 di Tenom, dimana kedatangan Awi kali ini dalam misi mempromosi konsert WING sempena ulang tahun penubuhannya ke-30 tahun di Stadium Likas, pada Disember 24.

 AWI yang bersama rombongannya Wing Big Bike Sabah Tour seramai kira kira 20 orang kesemuanya menunggang motorsikal berkuasa tinggi tiba diMedan Selera Tenom kira kira jam 3 petang pada Khamis. Rombongan itu diketuai oleh Ketua Penganjurnya Datuk Shahrulnizam dan Datuk Annuar Ayub Timbalan Ketua Bahagian Umno Keningau dengan menaiki kenderaan khas.

Difahamkan konsert amal Awi, anjuran PESRON (Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri) Sabah, selain daripada meraihkan ulangtahun ke-30 kumpulan Wing diseluruh Negara, tetapi juga sebahagian daripada kutipan tiket akan disumbangkan kepada golongan OKU dan Persatuan Paralimpik Sabah.

Sebaik tiba diMedan Selera, Awi disambut Penolong Pegawai Daerah Puin Pinduruh yang mewakili Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Tenom beserta dengan ratusan peminat Awi yang telah menunggu ketibaan Awi sejak tengah hari lagi.

 Ketika mengalu alukan kedatangan rombongan Awi, ADO Puin turut mengajak peminat Awi dan para
individu yang baru mengenalinya supaya tampil menyokong konsert amal Awi pada Disember 24, 2016 kerana untuk membantu golongan OKU dan Persatuan Paralimpik Sabah.

Selain itu, Puin turut mempromosi produk minuman terkenal disini “Kopi Tenom” kepada rombongan Awi termasuk pusat pusat riadah dan pelancongan seperti Taman Pertanian Sabah, White water rafting Pangi dan Pusat Kebudayaan Murut yang banyak mempamerkan seniukiran tempatan.

“ Suasana dan iklim disini sangat baik, tenteram dan pasti anda selesa,” katanya sambil berseloroh bahawa kawasan Tenom, “bagus baah!”.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.AWI 1- Kelihatan Awi (tengah) menyerahkan cendera hati kepada ADO Puin (kanan). 2.AWI 2- Kelihatan Awi berkata sesuatu kepada penyokong dan peminatnya mengenai WING.

Khamis, 17 November 2016

SK TILIS MERANGKUL ANUGERAH PENGLIBATAN PIBG TERBAIK KALI KETIGA

Oleh: Mail Mathew 
 
ROMBONGAN: Dari kiri, Yambaris (YDP PIBG), Isteri Yambaris, Juilin (Ketua Sektor Pengurusan PIBG JPNS, Emillia Soh Timbalan Ketua Sektor.

KEMABONG: Kejayaan demi kejayaan empat tahun berturut turut Sekolah Kebangsaan (SK) Tilis kira kira 51 kilometer dari pekan disini merangkul beberapa Anugerah khas malah diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu anjakan paradigma sekolah tersebut. 

Terbaharu, November 2016, sekolah SK Tilis sekali lagi menerima Anugerah Khas Penglibatan para ibubapa (PIBG) kerana keterlibatan mereka memberi kerjasama membangunkan mutu pembelajaran sekolah tersebut  dan mendapat pujian daripada KPM, kata Pengerusi PIBG SK Tilis Yambaris Muli.

 Menurut Yambaris, sebelum itu, sekolah tersebut pernah menerima Anugerah seperti Anugerah dari segi sekolah Kluster, dan Serasi (Alam sekitar) dimana mereka (Pengerusi PIBG, Guru Besar dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah) bertandan ke Ibu Negara untuk menerima Anugerah tersebut sebagai simbol pengiktirafan KPM, katanya.

 “ Saya sekadar tumpang gembira tetapi lebih adil jikalau ucapan syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan guru guru yang mendidik serta membentuk anak anak kami menjadi pelajar yang terbaik dan cemerlang.
Yambaris Muli

“ Memang tidak dinafikan kerjasama yang disumbangkan PIBG tetapi ia terlalu minima berbanding peranan yang dimainkan oleh guru guru sehinggalah sekolah ini mencapai satu pengiktirafan sekolah kluster yang paling manis dalam warga SK Tilis pada tahun 2015,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Selain itu, Yambaris turut berterima kasih diatas sokongan dan dorongan beberapa NGO terutama sekali wakil rakyat dikawasan disini kerana atas keprihatinan mereka menyumbang material dan wang ringgit untuk melaksanakan pelan perancangan kerjaya anak anak murid sehingga membuahkan hasil yang cemerlang, katanya.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.YAMBARIS MULI 2- Pengerusi PIBG SK Tilis, Kemabong. 2.YAMBARIS MULI- Kelihatan Yambaris (kiri sekali) bersama Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dari kanan, Pegawai Sektor Pengurusan PIBG Juilin Willy dan Emillia Soh Timbalan Ketua Sektor.

Rabu, 16 November 2016

MAMAGUN SAMBUT BAIK KETERBUKAAN PERDANA MENTERI SELESAI ISU MA63

Oleh: Mail Mathew 


TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun (Mamagun) menyambut baik jaminan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pihaknya sentiasa bersikap terbuka dalam merundingkan apa sahaja kebaikan rakyat diSabah khususnya Perjanjian Malaysia 1963. 

Mamagun akur sebarang keputusan yang bakal dicapai hasil rundingan itu kelak namun apa yang lebih penting kemelut isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat menghasilkan satu penyelesaian yang melegakan semua atau win win situation, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Setakat ini ramai generasi Y terutama masyarakat orang asal yang dilahirkan selepas pembentukkan Malaysia masih tertanya tanya bilakah kemelut isu hak asasi rakyat dinegeri ini yang didakwa kononnya terdapat kepincangan tetapi belum ada pemimpin yang bersedia duduk semeja untuk memulakan perbincangan, kata Rudy.

“ Persoalan yang terbaru, masing masing mahu mengetahui maklumat hak 40 peratus dipulangkan kepada negeri Sabah hasil kutipan cukai....dan yang lain lain penukaran status Negara kepada Negeri termasuk isu bahasa rasmi diSabah...ini semua kita memerlukan campurtangan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya,” katanya.

 Rudy berkata demikian pada Selasa, sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Konvensyen UPKO tahun 2016 diadakan diPusat Kebudayaan Sabah Penampang pada Sabtu.

Turut hadir dimajlis itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang juga merupakan Duta Malaysia ke Holy See.

Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, beliau menggesa rakyat Sabah agar terus bersatu dengan Malaysia dan menolak sebarang tanggapan pemisahan, dengan mengibaratkan ia umpama sebuah keluarga yang berpecah hanya akan memusnahkan dirinya sendiri.

Sedangkan pintu sentiasa terbuka untuk mana mana rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan beliau berikrar akan memastikan rakyat Sabah dipertahankan mengikut perjanjian tersebut, kata Najib.

Selain itu, berhubung dengan persetujuan Perdana Menteri memberi geran RM1 juta untuk mempromosikan bahasa Kadazan, Rudy berharap agar geran sedemikian perlu diperluaskan kepada masyarakat rumpun Momogun dimana masyarakat orang asal sebanyak lebih 21 etnik berada dikelompok tersebut.

 “ Sepertimana yang didedahkan dalam ucapan Datuk Seri Madius Tangau mengenai peluang perniagaan IKS, Momogun juga teringin untuk mendapat agihan kek pembangunan seperti yang dinikmati MCA dan MIC dimana masing masing telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui TEKUN untuk perniagaan kecil dan sederhana diluar bandar.

“ Suntikan ini pastinya akan merancakkan lagi penjanaan pendapatan, sekaligus mempertingkatkan taraf hidup masyarakat kita yang berada diluar bandar,” kata Rudy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun (Mamagun) Sabah.

Selasa, 15 November 2016

BUKAN HANYA RAFIZI, ARUL KANDA JUGA...

OLEH: POLITIKBOLOS 


Rafizi Ramli didapati bersalah dan akan menerima hukuman penjara selama 18 bulan, hukuman berkuatkuasa bermula kelmarin. Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman berkenaan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun rayuan akan dibuat. Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman atau muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sedangkan pada hakikatnya dalam laporan itu mencatatkan adanya unsur penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Sekaligus laporan itu boleh diangkat sebagai satu bukti kukuh.

Satu admin mahu tanya, bagaimana pula andai laporan yang didedahkan itu menunjukkan perkara yang positif atau kejayaan mengurus 1MDB dengan baik. Masih kah iya dianggap satu kesalahan?

 Seperti contoh, pada masa yang sama Arul Kanda CEO 1MDB mencanang hingga keluar negara perkara yang bertentangan laporan dibocorkan oleh Rafizi Ramli, dimana seolah olah tidak penyelewengan yang berlaku.

Bukan kah perbuatan memutar belit laporan adalah satu kesalahan yang nyata? Selepas ini, nampaknya pembangkang kenalah memelihara sekumpulan hantu raya yang pandai berpolitik yang mampu mendedahkan salahlaku pemerintah dengan demikian UMNO tidak boleh mengheret hantu berkenaan ke muak pengadilan. ;)

 Isunya disini bukan soal akta yang telah dilanggar tapi apa yang telah didedahkan oleh Rafizi yang mana 1MDB telah kantoi selepas melesapkan wang rakyat sehingga RM50 bilion. Ini dia punya point.

(gambar, keputusan mahkamah yang mensabitkan Rafizi telah dipaparkan di skrin bergerak di luar negara) #politikbolos