Selasa, 2 Mei 2017

KUBU UMNO, BN BAKUKU DIGEMPUR WARISAN

OLEH: ULU PADAS
 
MASYARAKAT KG BAKUKU

 JELAJAH WARISAN ke seluruh pelusuk kawasan terus digiatkan walaupun desas desus pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) sudah berada dipusingan terakhir, namun jentera gempur Warisan terus menggempur kawasan kawasan yang dikatakan “kubu kuat UMNO/BN”. 

 Kali ini jentera gempur Warisan yang diketuai sendiri Naib Presiden Parti Warisan merangkap Ketua Penyelaras Warisan Tenom Datuk Peter Anthony terus menggempur kawasan Kg Bakuku, Ulu Tomani dengan sambutan yang amat menggalakkan.

 Turut bersama dalam gerakan tersebut, AMT Warisan Ahuar Rasam, Timbalan Ketua Penyelaras Nossil Basayu, Donnysius Ansuku, Setiausaha Bahagian Warisan Tenom Jack Jatil, Pegawai Penerangan Ukim Buandi dan beberapa pemimpin senior dan wirawati.

HADIRIN
Masyarakat Bakuku amat beruntung sambil bersyukur kerana mereka telah dilawati malah seolah olah mereka telah dihargai oleh para pemimpin Warisan daripada peringkat pusat mahupun diperingkat bahagian.

Meskipun Warisan belum memerintah tetapi wajah wajah keriangan yang ditunjukkan para pemimpin itu semakin menambah keyakinan penduduk disitu bahawa Parti Warisan pasti dapat mengubah lanskap politik diSabah.

Malahan ada sesetengah penduduk Bakuku dengan berani meluahkan perasaan bahawa zaman kegemilangan UMNO dan BN kini sudah berakhir
kerana kesilapan mereka sendiri mentadbir negeri dan negara ini terkeluar dari landasan yang betul.

Jumaat, 28 April 2017

PEWARSA, ROGER SOKONG SARANAN SHAFIE PESTA KAAMATAN CUTI UMUM SELURUH NEGARA

OLEH: ULU PADAS 


PEWARSA sebuah badan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa kerajaan Persekutuan sebagaimana yang disarankan oleh Parti Warisan Sabah, iaitu pewartaan cuti umum untuk perayaan ini tidak hanya terbatas di Sabah tetapi perlu diperluas di seluruh negara. 

Dengan berbuat demikian, akan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat Malaysia khususnya suku kaum KDM di luar Sabah dapat merayakan pesta ini bersama ahli keluarga yang tercinta, kata Setiausaha Kehormatnya SORAYA Evangeline Kigis.

 Jelasnya, Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun-Murut sejak zaman berzaman.

Perayaan Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah pun diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Kolonial sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960an lagi, oleh AllahyarhamTun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama pada ketika itu.

Pesta Kaamatan ataupun Tadau Kaamatan merupakan salah satu perayaan yang penting dan bermakna kepada masyarakat Kadazan-Dusun-Murut di seluruh Sabah tetapi zaman sudah berubah taburan masyarakat ini hampir terdapat di mana mana negeri di negara ini terutama di Lembah Klang dan Johor dengan berbagai faktor mungkin sebagai pekerja, pelajar atau perpindahan keluarga.

Kerajaan Persekutuan perlu peka melihat sensitiviti adat istiadat Kadazan-Dusun-Murut kerana perayaan ini bukan hanya merupakan simbolik budaya tetapi adalah lebih dari itu iaitu setaraf ritual sebagaimana anutan kepada agama yang lain yang ada di negara ini.

Oleh itu gesaan Dato Seri Shafie Apdal, Presiden Parti Warisan yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna untuk mengiktiraf cuti umum ke atas perayaan ini sebenarnya bukanlah satu isu politik semata-mata atau lain lain tafsiran yang memberi pengertian negatif.

Sebaliknya, pengiktirafan sebegini sekiranya dapat dipenuhi maka masyarakat KDM di Malaysia amnya dan Sabah khususnya sudah pasti akan merasa dihargai sebagai antara suku kaum utama di Malaysia.

 Dalam pada itu, seorang pemimpin masyarakat Murut dikawasan Tenom Roger Stimin turut mengalu alukan cadangan Presiden Warisan itu, yang harus mengambilkira peranan dan sumbangan masyarakat KDM dalam pembentukkan Malaysia sekitar tahun 1960an sehinggalah ke hari ini.

“ Sudah sampai masanya kerajaan mewartakan Pesta Kaamatan ini untuk melebarkan skop  perayaannya kepada lebih luas... selain itu, pengisian adat dan senibudaya masyarakat itu dapat difahami oleh keseluruhan rakyat Malaysia apabila perayaan ini berada diperingkat nasional,” jelasnya.

Selasa, 25 April 2017

JACK, UKIM, ROGER DAN HARRIS SANDARAN WARISAN PARLIMEN TENOM

OLEH: ULU PADAS 
 
RUMAH JACK JATIL...MIRUMOH RUMOH

PERLANTIKKAN Jack Jatil Junggok sebagai Setiausaha Bahagian Parti Warisan Tenom, maka semakin lengkaplah angkatan barisan parti itu untuk mengubah lanskap politik di Sabah khususnya di kawasan Parlimen Tenom. 

Apa tidaknya, apabila pemimpin lama berpengalaman bekas Pegawai Jabatan Penerangan Ukim Buandi, seorang Peguam muda dan bekas calon PRU13 Roger Stimin dan seorang Cikgu yang hanya dikenali sebagai Harris, kini bakal mewarnai PRU14 yang bakal diadakan pada bila bila masa dari sekarang.

Penampilan mereka turut dikuatkan lagi dengan sokongan penuh pemimpin veteran Tuan Haji Arkani Ukab, Nossil Basayu, Donnysius Ansuku dan Mohd Sofian Miling Oyot yang sanggup menggebleng tenaga memastikan Warisan terus bertapak diParlimen Tenom.

Mereka bekerjasama memastikan Parti Warisan terus meluru ke hadapan bersama sokongan padu rakyat berbilang kaum untuk merobah penderitaan rakyat selama berpuluh tahun lalu kerana tercekek dengan harga kenaikan keperluan rakyat, GST dan pembangunan yang tidak seimbang.
JACK JATIL

Kesemua jaguh jaguh ini Jack Jatil, Ukim Buandi, Roger Stimin dan Harris sudah pastilah akan menggarap tugas dan tanggung jawab untuk memastikan Parti Warisan terus berdiri teguh dan mudah menumbangkan Barisan Nasional dan Umno pada PRU14.

Lantaran itu, ramai masyarakat disekeliling tak segan silu mengangkat tangan tinggi dengan menunjukkan label “thumbs up” yang memberi isyarat bahawa mereka merestui perjuangan Warisan sebagai wadah baru perjuangan rakyat yang awal awal lagi yakin bahawa perjuangan Warisan wajar disokong demi perubahan.

Inilah jaguh jaguh yang bakal menyahut seruan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai angkatan pelbagai kaum untuk merobek benteng pemisah antara kaum kerana
ROGER STIMIN
Warisan merupakan parti berbilang kaum dan agama.

Warisan merangkumi kepelbagaian kesukuan seperti Bajau, Murut, Dusun, Kadazan, Cina, Suluk, Lundayeh, Kimaragang, Rungus dan sebagainya bersatu dengan teguhnya mempertahankan hak hak masyarakat Bumiputra.

Rakyat nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk menunggu bila PRU14 akan diadakan, kerana rata rata rakyat atau penjaja dikaki lima yang semakin kering poket kerana pendapatan harian semakin menurun seakan akan "kais pagi makan pagi...kais petang belum tentu".

Golongan ini terus menjerit kerana keperitan hidup ...teringin sangat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan yang terhimpit dengan pelbagai tekanan cukai terutamanya GST.

Isnin, 17 April 2017

ROGER STIMIN SERAH BORANG KEAHLIAN WARISAN LEBIH 400 AHLI

OLEH: ULU PADAS 
 
AMM BAGI PIHAK ROGER STIMIN MENYERAHKAN 400 BORANG KEAHLIAN KE WARISAN

KEBANGKITAN kumpulan bekas calon DUN Melalap pada PRU13 Roger Stimin dengan membawa seramai 400 orang penyokongnya menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Parti Warisan melenyapkan cakap cakap konon 300 ahli Warisan Semporna berpatah balik ke Umno pada baru baru ini. 

 Menurut Pegawai Peribadi Peguam Roger Stimin yang dikenali sebagai AMM, seramai 280 ahli baharu dijangka akan menyusul dalam masa terdekat ini, iaitu sebaik baik sahaja borang borang tersebut telah lengkap dikemaskini sepenuhnya, katanya.

AMM yang diiringi beberapa penyokong Roger Stimin telah menyerahkan borang borang tersebut kepada wakil Naib Ketua Penyelaras Parti Warisan Tenom Ukim Buandi di Pejabat Perhubungan Warisan disini pada Isnin.

Roger Stimin yang pernah bertanding atas tiket SAPP bagi kawasan DUN Melalap pada PRU13, meskipun tewas dan mendapat undi melebehi 2,000 undi (satu satunya calun pembangkang yang tidak hilang wang deposit pada ketika itu) tetap digeruni pihak lawan khususnya BN kerana dikatakan masih mendapat ramai sokongan dikalangan generasi belia.

PENYOKONG ROGER STIMIN SAH MENYERTAI WARISAN
Beliau seorang Peguam lulusan Undang Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (LLB UKM), Diploma Perniagaan, dan telah membuka Pejabat Guamannya sendiri S Roger & Co diKuala lumpur.

 Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau mengharap sungguh agar dicalonkan oleh Parti Warisan pada PRU14 ini, Roger berkata, menyertai perjuangan parti tidak semestinya bermatlamatkan untuk menjadi calon semata mata, tetapi fokus hendaklah lebih kepada membantu untuk memantapkan perjuangan.

Oleh itu, prinsip perjuangan Roger mempunyai ketabahan dan ketegasannya sendiri dimana antara lainnya berorentasikan sifat telus, ikhlas dan juga kesetiaan kepada parti serta pucuk pimpinan, dan tidak semata mata mengharapkan pencalonan untuk sesuatu pilihanraya.

Ahad, 26 Februari 2017

BEKAS CALON PRU13 DUN MELALAP ROGER STIMIN SERTAI PARTI WARISAN

OLEH: ULU PADAS 


SETELAH beberapa ketika menanti khabar berita berhubung status bekas Calon Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) bagi DUN Melalap Roger Stimin bersama para penyokongnya, akhirnya suatu keputusan telah dicapai untuk menyertai Parti Warisan. 

 Perjumpaan yang dihadiri kira kira hampir seratus orang itu terdiri daripada para pemimpin akar umbi (cawangan cawangan), telah diadakan disebuah Restoran dekat sini pada Ahad, dimana rata rata hadirin telah menyokong keputusan tersebut secara sebulat suara daripada yang hadir.

 Roger yang juga merupakan seorang pengamal Undang Undang dan membuka firma Guaman atas nama S. Roger & Co, diIbu Negara (Kuala Lumpur) berkata, untuk memastikan impian rakyat Sabah untuk menikmati perubahan secara total, maka Parti Warisan merupakan pilihan yang tepat.

 Beliau berkata, meskipun terdapat berbagai tuduhan mahupun cemuhan keatas Parti Warisan, dimana kononnya parti ini merupakan “proxy” kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, sebaliknya kesemua tuduhan itu tidak berasas malah cuba memalitkan kotoran kepada Warisan agar Warisan akan dipandang serong oleh kepelbagaian kesukuan rakyat Sabah.

 “ Jangan percaya kepada matematik politik pihak lain yang perkiraannya sudah salah malah sudah jauh melencong....sebaliknya yakinlah kepada perkiraan individu itu sendiri, bahawa perjuangan Warisan adalah telus untuk meletakkan kembali hak rakyat Sabah ditempat yang benar,” katanya sambil ditepuk sorak oleh hadirin.

Selain itu, Roger turut mengingatkan para pemimpin yang juga penyokongnya ketika menjadi calon pada PRU13, agar menjadi ahli Parti Warisan tanpa mengenakan apa apa syarat, seterusnya menunjukkan kesetiaan kepada peraturan parti Warisan tanpa berbelah bahagi.

 “ Jangan fikirkan soal siapa calon...apa yang lebih penting Warisan terus berpadu, kukuh dan mampu menumbangkan BN/Umno pada PRU14. Biarkanlah soal calon itu ditentukan oleh pihak atasan (Presiden dan AMT),” katanya.

Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab, Roger menjelaskan bahawa berhubung dengan borang keahlian Parti Warisan, difahamkan oleh Sdra AMM bahawa pihak pejabat perhubungan Warisan Tenom telah kehabisan stok borang tersebut.

Bagaimana pun, masalah tersebut AMM akan bincang dengan pejabat Warisan Tenom, katanya ketika menjawab soalan asal Pirus Ngalakon.

Sdra John Tawayon daripada Lagud mencadangkan, agar Sdra Roger juga lebih kerap datang ke Tenom untuk bertemu bekas penyokongnya dikampong kampong selain mendekati mereka dan memberi mereka dorongan Roger berkata, beliau akan sedia memenuhi kehendak masyarakat disini sedaya upaya, katanya.