Khamis, 25 Mei 2017

UPKO KIMANIS RUNTUH SELEPAS LEBIH 1,000 SERTAI PARTI WARISAN

Disusun oleh: ULU PADAS 
TAILIN SERAH BORANG KEAHLIAN WARISAN KEPADA SHAFIE

Petang ini parti pelbagai kaum @ Parti WARISAN Sabah menerima keahlian YBhg Saudara Tailin Mainan yang mengambil keputusan meninggalkan parti lama beliau (UPKO) Bahagian Kimanis bersama-sama dengan lebih 1300 ahli UPKO pelbagai jawatan. #SabahUbah
BEKAS AHLI AHLI UPKO KIMANIS

Nazsrin Nasaruddin Alhamdulillah... selamat kan hrta d sabah ni.. buat tuk pembangunan kita sahaja.. smua hsil bumi kita hnya tuk pembangunan si semenanjung.

Yahya Ahmad Syukur atas kesedaran mereka utk menyokong perubahan bersama Warisan. Kerja menyebarkan risalah kesedaran rumah ke rumah digiatkan ke kg2

Awee Awee Berjuang terus berjuang demi Bangsa Sabah dan Selamatkan Malaysia Ray Russel Rakyat KDM bukan menolak perjuangan party2 KDM. Tetapi menolak perjuangan yg mereka rasa n nampak tidak byk menguntungkan masyarakat KDM dlm sosial ekonomi secara menyeluruh. Kepercayaan yg merundum trhadap kepimpinan BN dibawah Kuasa UMNO d sbb kan byk perkara trutama skali janji2 yg blm tertunai dlm dua pilihanraya yg lalu, selain drpa isu2 1MDB, 2.6b, isu jabatan air sabah, kenaikan mendadak harga barangan yg byk membebankan bukan sja golongan berpendapatan rendah tpi jga yg berpendapatan sederhana turut terjejas Lahir Empulan WARISAN merupakan satu2nya parti yg boleh menumbangkan bnumno di sabah....perkukuhkan lagi usaha untuk menarik sokongan semua rakyat di kawasan pantai barat, selatan dan utara sabah kerana kita pasti kawasan pantai timur memang milik WARISAN...syabas dan tahniah.

 WS Wellson Sudin Fna Luaskan jajahanmu hingga ke pelosok kawasan borneo utara tercinta. Warisan sebuah parti yg menyerlah dalam menumbangkan kerajaan sedia ada yang memerintah sabah sejak sekian dulu...

May Chen Syabas dato!! Pstikn calon @ muka baru..d kenali baik pnddk tmptn..calon yg bkaliber...calon yg blh d hrp..bkn nya calon kaki hipokrit @ yes man...gunakn peluang yg ada...peluang hnya skali.jgn biarkn umno bmaharaja lela lg...apapn semangat juang waris...See more

May Chen Analisis politik sy atau ramalan angin btiup kencang..kerusi parlimen msh kekal kpd yb darell leiking .manakala kerusi dun yg d sandang skg yb terence siambun akn tewas kpd dtk donald mojuntin skiranya dtk donald mmilih utk btanding d kerusi dun...anal...See more

Baharudin Said tahniah DSSA, semoga niat murni DSSA utk rakyat Sabah sentiasa diberkati .... Khalidmobin Khalid Semakin ramai mentry amno dn bn hentam pati warisan,,,mangkin ramai rakyat sabah joint pati warisan,,,,,,kahkahkah,,,terbaik warisan,,,

Jack Mudim Syabas yb dsp mohd shafie samoga warisan berjaya dlm pru 14.singkir orang2 yg sombong. Qaisarrah Awang Alhamdulilah...semoga lebih ramai lgi penyertaan dlm memperjuangkan hak2 sabah...hidup warisan

Rabilee Samiun Tahniah...ini.kali.la..maksudnya semakin hampir sasaran warisan..rakyat sdh sedar..hanya warisan ble pergi jauh dan ble membela rakyat...hidup.warisan..

Nargani Abi Trbaik Warisan, truskn prjuangan kalian hngga umno bn trkubur .

Selasa, 9 Mei 2017

CADANGAN SHAFIE TUBUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SABAH WAJAR KATA ROGER

OLEH: ULU PADAS 
 
BERSAMA ROGER DUDUK KE-3 DARI KANAN

 KEGHAIRAHAN rakyat menerima kadatangan Parti Warisan diseluruh pelusuk rantau diSabah tidak dapat dibendung lagi, walaupun ada diantaranya cuba dihalang untuk menghadiri majlis majlis yang dianjur Warisan namun rakyat tetap bersama Warisan, kata bekas calon PRU13 Roger Stimin ketika bertemu penyokong penyokongnya dirumah bekas WKAN Pirus Ngalakon. 

 Katanya lagi, memang sudah tiba masanya rakyat inginkan perubahan dan bakal membuat keputusan pada PRU14, kerana momentom perubahan sudah bermula sejak pada PRU13 lagi namun gagal kerana pihak pembangkang telah tersilap strategi yang akhirnya menguntungkan BN.
SUMBANG SEPASANG TONGKAT KEPADA RAYA

 Kesilapan itu berlaku apabila pembangkang pada ketika itu terdiri daripada SAPP, Star, DAP dan PKR tidak sehaluan untuk melaksanakan formula satu lawan satu dengan BN, akhirnya setelah undi pecah semuanya menguntungkan BN.

 “ Saya bernasib baik memperolehi undi lebih dua ribu dan tidak hilang wang deposit...rakan rakan lain yang bertanding bagi DUN Melalap semuanya hilang wang deposit,” kata Roger secara berseloroh.

Ketika mengulas keputusan kerajaan baru baru ini, menghapuskan dasar kabotaj kerana menyebabkan kenaikan harga barangan diSabah dan Sarawak berbanding diSemenanjong, isu ini sememangnya telah diperjuangkan oleh kepimpinan SAPP sebelum PRU13 lagi.

Walaupun berita penghapusan dasar kabotaj itu merupakan suatu berita baik di wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) tetapi rakyat telah menderita dengan teruknya selama kira kira 30 tahun lalu.

Oleh itu, Roger yakin dan menyokong dasar kepimpinan Parti Warisan yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, apabila mencadangkan penubuhan kementerian pendidikan diSabah selepas Warisan memerintah kelak.

 “ Saya percaya perkara ini amat baik dan bukan gimik politik, kerana pada sebaliknya ia merupakan suatu usaha memajukan bidang pendidikan untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang cendikiawan terutamanya dipedalaman,” katanya.

Roger turut menggesa mereka yang pernah menyokongnya pada PRU13 supaya terus bersamanya untuk menyertai Parti Warisan, walaupun beliau bukan calon pada PRU14, tetapi siapa juga yang dipilih oleh pucuk pimpinan Warisan, harus diterima dengan hati terbuka kerana yang lebih penting Warisan menang untuk membentuk kerajaan baharu selepas PRU14, katanya.

Sabtu, 6 Mei 2017

KEDAIFAN BANGUNAN WAWASAN 2020 TENOM...TANGGUNG JAWAB SIAPA?

OLEH: ULU PADAS
 
BUMBUNG GANTI BAHARU

BEBERAPA pemilik premis perniagaan Kompleks Wawasan 2020 merasa lega apabila kebocoran atap bumbung bangunan itu akhirnya menemui penyelesaian selepas dibaikpulih dalam satu gotong royong antara DAP Sosialis Youth (DAPSY) Tenom dengan para pemilik premis tersebut. 

Gotong royong tersebut sebahagian daripada Program Khidmat Sosial Masyarakat diketuai Pengerusi DAP Tenom Grelydia Gillod dan Nina Ahmad 29, mewakili para pemilik premis perniagaan.

Menurut Grelydia, program tersebut telah dijalankan selama dua hari berturut turut dengan membabitkan kos kira kira RM2,000 yang disumbang oleh semua pemilik premis, katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.
BUMBUNG LAMA

Selain itu, wakil pemilik premis Nina Ahmad dan Julaidi bin Misri, turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada DAPSY Tenom pimpinan Grelydia Gillod kerana dengan usahanya itu, para peniaga khususnya pemilik premis merasa selesa ketika menjalankan aktiviti perniagaan harian walaupun pada musim tengkujuh (hujan), kata mereka.

Dalam pada itu, seorang bekas Pegawai daerah Tenom Norbert Lee yang telah bersara wajib yang juga salah seorang pemilik premis disitu berkata, kebocoran atap bumbung dibangunan itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini, namun sehingga kini tidak ada
cannntikkkk....
tanda tanda ianya diambil tindakan.

“ Pemilik premis juga ramai yang terkeliru kerana mereka tidak tahu pihak mana yang akan mengambil tanggung jawab keatas rungutan kami....tetapi menurut pengalaman saya, kami bayar cukai pintu lebih RM250.00 setahun...jadi, kawasan yang rosak adalah dianggap 'corridor' tengah dan saya beranggapan itu adalah tanggung jawab PBT,” katanya.

Beberapa pemilik premis turut mendakwa bahawa keadaan disitu lebih terok ketika musim hujan apabila air hujan memasukki dalam bangunan kompleks itu disebabkan atap bumbungnya bocor dan membanjiri laluan awam (walkway) menyebabkan aktiviti perniagaan disitu terjejas terok. Ends///

Rabu, 3 Mei 2017

DAP DAN IMPIAN SABAH LAKSANA PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KG TERITIP - MOSOLOG

OLEH: DAP TENOM
 
MARKUS APANG, STEPHEN DAN GRELYDIA...MENIKMATI AIR GRAVITI

 AKHIRNYA sebuah projek yang berbentuk Khidmat Sosial Masyarakat iaitu pemasangan sistem agihan paip air graviti dengan kerjasama Impian Sabah beserta dengan penduduk kampung Teritip-Mosolog dan beberapa orang sukarelawan yang datang dari kampung berhampiran telah berjaya dilaksanakan sepanjang 1.5 kilometer selama 2 hari secara bergotong. 

Sebelum ini, Kampung Teritip-Mosolog sudah lama berhadapan dengan ketiadaan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan seharian, dan hanya bergantung harap dengan air sungai Mosolog sahaja, sedangkan kualiti air sungai tersebut tidak dijamin tahap kebersihan dan keselamatan oleh kerana aktiviti ladang dan kilang kelapa sawit yang terletak berhampiran kampung tersebut.

Wakil penduduk kampung Sdra Markus Apang menceritakan bahawa beliau telah mengajukan permohonan pembinaan bekalan air paip graviti selepas keadaan air sungai tidak selamat lagi untuk diminum tetapi tiada jawapan.

 Bagaimana pun Markus berkata, beliau dan penduduk disitu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Impian Sabah di bawah projek Parti DAP Tenom yang berada di bawah naungan Sdri Grelydia Gillod yang telah berusaha membantu penduduk kampung menyelesaikan keperluan asas yang amat mendesak itu.

Seramai lebih kurang 100 orang penduduk kampung menghadiri majlis perasmian paip air dan seterusnya melancarkan pembukaan cawangan Penaja DAP kampung Teritip-Mosolog yang menyaksikan Sdra Melikan Gieng sebagai Ketua Cawangan dan Sdra Jamie Bukang sebagai Timbalan Ketua Cawangan. Dalam pada itu,

Pengerusi Cawangan DAP Melalap Sdri Grelydia dalam ucapan alu aluannya berkata, kerjasama yang padu dan erat dalam kalangan penduduk kampung adalah intipati kepada perpaduan dalam masyarakat.

Gerak kerja secara bergotong royong amatlah penting dalam apa-apa projek yang ingin dilaksanakan oleh pihak Impian Sabah dan Parti DAP. Majlis turut disertai oleh Pengerusi DAP Sabah Sdra YB Stephen Wong Ahli Parlimen Sandakan beserta rombongan daripada AJKT DAP Sabah.

Selasa, 2 Mei 2017

KUBU UMNO, BN BAKUKU DIGEMPUR WARISAN

OLEH: ULU PADAS
 
MASYARAKAT KG BAKUKU

 JELAJAH WARISAN ke seluruh pelusuk kawasan terus digiatkan walaupun desas desus pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) sudah berada dipusingan terakhir, namun jentera gempur Warisan terus menggempur kawasan kawasan yang dikatakan “kubu kuat UMNO/BN”. 

 Kali ini jentera gempur Warisan yang diketuai sendiri Naib Presiden Parti Warisan merangkap Ketua Penyelaras Warisan Tenom Datuk Peter Anthony terus menggempur kawasan Kg Bakuku, Ulu Tomani dengan sambutan yang amat menggalakkan.

 Turut bersama dalam gerakan tersebut, AMT Warisan Ahuar Rasam, Timbalan Ketua Penyelaras Nossil Basayu, Donnysius Ansuku, Setiausaha Bahagian Warisan Tenom Jack Jatil, Pegawai Penerangan Ukim Buandi dan beberapa pemimpin senior dan wirawati.

HADIRIN
Masyarakat Bakuku amat beruntung sambil bersyukur kerana mereka telah dilawati malah seolah olah mereka telah dihargai oleh para pemimpin Warisan daripada peringkat pusat mahupun diperingkat bahagian.

Meskipun Warisan belum memerintah tetapi wajah wajah keriangan yang ditunjukkan para pemimpin itu semakin menambah keyakinan penduduk disitu bahawa Parti Warisan pasti dapat mengubah lanskap politik diSabah.

Malahan ada sesetengah penduduk Bakuku dengan berani meluahkan perasaan bahawa zaman kegemilangan UMNO dan BN kini sudah berakhir
kerana kesilapan mereka sendiri mentadbir negeri dan negara ini terkeluar dari landasan yang betul.