Rabu, 14 Februari 2018

SLOGAN " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"...BERSIFAT MENGUTAMAKAN RAKYAT

OLEH: ULU PADAS 
 
PERJUMPAAN DENGAN RAKYAT MUKIM ULU TOMANI

TRADISI MEMBELA RAKYAT...inilah hasil perjuangam Rubin selama 4 penggal sentiasa mendampingi rakyat...bukan politik bermusim sepertimana yang ditunjukkan pihak tertentu yang umum telah sedia maklum walaupun identitinya tidak dijelaskan....faham fahamlah. 

Sebenarnya, tidak dinafikan bahawa lebih banyak lawatan lawatan yang dibuatnya selama 4 penggal menjadi wakil rakyat tetapi Rubin kurang berminat dengan publisiti untuk menonjolkan dirinya...sepertimana yang sering dilakukan wakil rakyat dilain lain kawasan.


Rubin lebih gemar terus menemui rakyat bertanya masalah mereka dan dengan tindakan yang pantas masalah rakyat dapat diselesaikan...kalau tidak dapat dilakukan diperingkat Negeri Rubin akan membawa perkara itu ke peringkat Federal dan inilah kelebihannya.

Disebabkan itu Rubin lebih popular dan disenangi rakyat. Setiap kali program turun padangnya beliau diiringi PPM, ADO, CDO dan lain lain pegawai yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian, JKR, Pejabat Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran supaya penduduk yang bermasalah boleh ajukan soalan terus kepada pegawai yang berkaitan.

Bagaimana pun, Rubin ketika berucap merasmikan BICARA PROFESIONALISME ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) baru baru ini, beliau menepis tanggapan beberapa pihak yang mendakwa guru guru berpihak kepada pembangkang kerana sering mengkritik kerajaan berhubung masalah kedaifan infrastruktur jalanraya.

Sebaliknya, Rubin menerima suara suara mereka dengan hati terbuka secara positif, kerana apa yang mereka suarakan itu adalah berkaitan dengan perkara benar, bukan berbaur politik atau cuba memfitnah untuk mengaibkan kerajaan.

Selain itu, Rubin berpendapat bahawa bukanlah niat guru guru terbabit menyuarakan perkara yang tidak baik tetapi guru guru ini ingin mendapat keadilan dan layanan yang baik untuk membetulkan keadaan kerana mereka juga mempunyai hak untuk bersuara.

Khamis, 8 Februari 2018

TAN SRI PAIRIN LAWAT MEDAN BAZAAR TBC 2018 ANJURAN JKDB TENOM

Oleh: Mail Mathew 
 
Gimik perasmian program PBS CNY Walk Tenom diMalleh Square

TENOM: Amalan perkongsian kuasa oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada semua kaum termasuklah masyarakat Cina menyertai pelbagai program pembangunan di Sabah khususnya di daerah Tenom. 

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malleh berkata, usaha-usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan di negeri ini khususnya daerah Tenom telah menampakkan kejayaan, katanya.

Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata demikian semasa program PBS CNY Walk sempena Perayaan Tahun Baru Cina diadakan pada Rabu. Turut disertai Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan beberapa pemimpin kanan PBS Pusat.
Pairin dan dibantu Pengerusi JKDB Chong melancarkan tanglung besar


Radin berkata, sebab itu, setiap tahun oleh PBS akan dapat meningkatkan lagi persefahaman di antara para pemimpin parti serta mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah seiring dengan perjuangan parti untuk semua kaum.

"Sokongan padu masyarakat Cina terhadap program-program kerajaan itu amat penting demi kesinambungan kemajuan negeri ini,”  katanya.

Rombongan PBS yang diketuai oleh Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut disertai oleh Timbalan Presiden PBS, Datuk Yee Moh Chai, Naib Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimi Unggi, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Lucas Umbul, Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan.

Selain itu, Tan Sri Pairin juga melancarkan dua buah tanglung besar berukuran diameter 6 kaki dan 5 kaki tinggi di Malleh Square, Pekan Tenom sebagai gimik perasmian program PBS CNY Walk Tenom tersebut.

Dalam pada itu, JKDB turut mengadakan pesta Bazaar sempena TBC pada 12 dan 13 Febuari  yang bakal dirasmikan Datuk Seri Radin Malleh kira kira jam  petang.Ends///...(Mail Mathew)

Selasa, 6 Februari 2018

PENYERTAAN 84 AHLI BAHARU KE PBS DUN MELALAP MEMANTAPKAN JENTERA PBS MENGHADAPI PRU14

OLEH: ULU PADAS 
 
PBS TERUS KUKUH DAN MANTAP MAMPU MENANG PRU14

NAIB PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Radin Malleh, tindakan golongan muda menyertai PBS meningkatkan lagi peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dalam pilihanraya umum akan datang. 

Jelas terbukti apabila 84 orang pengundi baharu menyertai PBS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melalap membuktikan perjuangan parti masih lagi relevan dan mendapat sokongan rakyat di negeri Sabah khususnya di daerah Tenom.

Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata sokongan rakyat bagi menjamin kemenangan BN di DUN Melalap serta kawasan-kawasan lain di Sabah penting demi kesinambungan program-program pembangunan berkenaan.

Radin yang juga ADUN Melalap berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Pengundi di Kg. Batu 90, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melalap, DUN Melalap pada hari sabtu lepas.

Di majlis itu, Radin yang juga ketua bahagian PBS Melalap menerima 84 borang keahlian baharu PBS daripada Pastor Railit Likin, ketua cawangan PBS Kg. Batu 90 serta menyerahkan sumbangan satu set alat pembesar suara kepada Jeffrey Sungiau, wakil Gereja CCC Kg. Batu 90.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Stanis Buandi, naib ketua bahagian PBS Melalap, Angal Usit, ketua pemuda PBS bahagian Melalap, Martin Johanis, Datin Angeline Tom serta ahli-ahli PBS di Tenom.

Radin berkata ideologi perjuangan PBS untuķ semua kaum menjadi kekuatan parti yang menjadikannya sentiasa relevan dengan senario politik di negara ini terutamanya di Sabah.

“Program-program penerangan akan dipergiatkan oleh parti kerana ramai orang khususnya generasi muda kurang mengetahui sejarah perjuangan PBS yang bermula sejak ia ditubuhkan pada 5 Mac 1985.

“Kefahaman rakyat mengenai perjuangan PBS penting agar dapat menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah parti pembangkang yang memburuk-burukkan perjuangan PBS dan kerajaan BN yang sentiasa giat membantu rakyat di kawasan mereka.

“Rakyat harus meneliti latar belakang parti pembangkang itu seperti apakah perjuangannya, siapakah pemimpinnya dan  apakah pencapaian-pencapaian parti pembangkang berkenaan.

“Umum juga mengetahui walaupun kebanyakan ketua-ketua parti pembangkang di Sabah pernah menjadi timbalan ketua menteri, menteri dan timbalan menteri serta mempunyai jawatan-jawatan penting sewaktu mereka dalam kerajaan dahulu, mereka gagal berkhidmat untuk rakyat termasuklak menyuarakan kepentingan-kepentingan Sabah.

“Mereka lantang bersuara mengenai hak-hak negeri Sabah apabila menjadi pembangkang sekarang, sedangkan mereka berpeluang melakukannya sewaktu dalam kerajaan dahuĺu.

"Ternyata, perjuangan mereka ini tidak boleh dipercayai rakyat dan mereka harus ditolak oleh rakyat dengan  mengekalkan BN dalam piihanraya umum nanti,” katanya lagi.

Terdahulu Radin menyerahkan bantuan kanopi di bawah Program Sentuhan Kasih ADUN kepada Kampung Tepoh, Napingging dan Mansalima dalam kawasan DUN N.35 Melalap, Tenom.

Isnin, 5 Februari 2018

96 ANGGOTA RELA TENOM, KEMABONG BANTAH UCAPAN SHAFIE

Oleh: Mail Mathew 
 
"Jangan hina kami...jangan rendahkan martabat kami...kami juga ada maruah!"

 TENOM: Seramai kira kira 96 anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) dari Tenom dan Kemabong berhimpun secara aman diperkarangan Balai Polis Tenom sambil memegang poster menggesa Presiden Parti Warisan (Warisan) meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang berbaur penghinaan kepada mereka. 

Mereka yang mahu disebut sebagai Rela Tenom berkata, mereka amat tersinggung dengan kenyataan Shafie ketika berucap dalam satu ceramah politik yang tular didalam satu videoYouTube mendakwa kononnya anggota Rela tidak tahu menggunakan senapang, tidak tahu menembak dan hanya layak mengawal lalu lintas dimajlis kenduri.

Walaupun Shafie sudah menjelaskan kenyataannya itu, namun Rela Tenom masih tidak berpuas hati dan menganggap perkataan Shafie itu suatu penganiayaan kepada para anggota Rela, kecuali beliau (Shafie) selain memohon maaf secara terbuka tetapi juga dia harus menarik balik perkataan tersebut.

Rela Tenom berkata, laporan polis itu dibuat pada Ahad jam lebih kurang 9 pagi, dimana antara lain tujuannya untuk meminta pihak berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara tersebut. Ends///...(Mail Mathew). Caption:- 1.RELA TENOM 1 & 2- Seramai 96 anggota RELA berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis diBalai Polis Tenom.

Khamis, 1 Februari 2018

DATUK SERI RADIN SAH RASMI BAZAAR SEMPENA TBC DI "MALLEH SQUARE" PADA 13 FEBUARI

Oleh: Mail Mathew

SERAH SURAT JEMPUTAN!!!
 TENOM: Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Tenom mengesahkan bahawa majlis perasmian Pesta Bazaar sempena Tahun Baharu Cina (TBC) bakal dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh pada 13 Febuari jam 6.30 petang bertempat di Malleh Square.

 Ia berikutan penerimaan dan pengesahan Radin ketika menerima surat jemputan rasmi daripada Jawatankuasa Penganjur semasa menghadiri Pesta Kalimaran Peringkat DUN Melalap pada Sabtu lepas, kata Chong Neng Choon ketika memberitahu pemberita pada Rabu.

Selain itu, tiada perubahan aturcara pengisian aktiviti perayaan tersebut termasuk majlis “Yee Sang” yang bakal dihadiri Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimen Unggi pada 12 Febuari jam 7 petang. Mereka (VIP) yang telah membuat pengesahan hadir antaranya,

Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, MP Tenom Datuk Raimen Unggi dan Senator Datuk Dr Lucas Umbul. Ends///...(Mail Mathew). Caption:- 1.TBC TNM – Kelihatan Radin menerima surat jemputan hadir ke rasmikan Bazaar daripada Chong Neng Choon.