Selasa, 6 Februari 2018

PENYERTAAN 84 AHLI BAHARU KE PBS DUN MELALAP MEMANTAPKAN JENTERA PBS MENGHADAPI PRU14

OLEH: ULU PADAS 
 
PBS TERUS KUKUH DAN MANTAP MAMPU MENANG PRU14

NAIB PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Radin Malleh, tindakan golongan muda menyertai PBS meningkatkan lagi peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dalam pilihanraya umum akan datang. 

Jelas terbukti apabila 84 orang pengundi baharu menyertai PBS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melalap membuktikan perjuangan parti masih lagi relevan dan mendapat sokongan rakyat di negeri Sabah khususnya di daerah Tenom.

Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah berkata sokongan rakyat bagi menjamin kemenangan BN di DUN Melalap serta kawasan-kawasan lain di Sabah penting demi kesinambungan program-program pembangunan berkenaan.

Radin yang juga ADUN Melalap berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Pengundi di Kg. Batu 90, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melalap, DUN Melalap pada hari sabtu lepas.

Di majlis itu, Radin yang juga ketua bahagian PBS Melalap menerima 84 borang keahlian baharu PBS daripada Pastor Railit Likin, ketua cawangan PBS Kg. Batu 90 serta menyerahkan sumbangan satu set alat pembesar suara kepada Jeffrey Sungiau, wakil Gereja CCC Kg. Batu 90.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Stanis Buandi, naib ketua bahagian PBS Melalap, Angal Usit, ketua pemuda PBS bahagian Melalap, Martin Johanis, Datin Angeline Tom serta ahli-ahli PBS di Tenom.

Radin berkata ideologi perjuangan PBS untuķ semua kaum menjadi kekuatan parti yang menjadikannya sentiasa relevan dengan senario politik di negara ini terutamanya di Sabah.

“Program-program penerangan akan dipergiatkan oleh parti kerana ramai orang khususnya generasi muda kurang mengetahui sejarah perjuangan PBS yang bermula sejak ia ditubuhkan pada 5 Mac 1985.

“Kefahaman rakyat mengenai perjuangan PBS penting agar dapat menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah parti pembangkang yang memburuk-burukkan perjuangan PBS dan kerajaan BN yang sentiasa giat membantu rakyat di kawasan mereka.

“Rakyat harus meneliti latar belakang parti pembangkang itu seperti apakah perjuangannya, siapakah pemimpinnya dan  apakah pencapaian-pencapaian parti pembangkang berkenaan.

“Umum juga mengetahui walaupun kebanyakan ketua-ketua parti pembangkang di Sabah pernah menjadi timbalan ketua menteri, menteri dan timbalan menteri serta mempunyai jawatan-jawatan penting sewaktu mereka dalam kerajaan dahulu, mereka gagal berkhidmat untuk rakyat termasuklak menyuarakan kepentingan-kepentingan Sabah.

“Mereka lantang bersuara mengenai hak-hak negeri Sabah apabila menjadi pembangkang sekarang, sedangkan mereka berpeluang melakukannya sewaktu dalam kerajaan dahuĺu.

"Ternyata, perjuangan mereka ini tidak boleh dipercayai rakyat dan mereka harus ditolak oleh rakyat dengan  mengekalkan BN dalam piihanraya umum nanti,” katanya lagi.

Terdahulu Radin menyerahkan bantuan kanopi di bawah Program Sentuhan Kasih ADUN kepada Kampung Tepoh, Napingging dan Mansalima dalam kawasan DUN N.35 Melalap, Tenom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan