Isnin, 17 Januari 2011
FOREST MENGGANAS LAGI?
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Penduduk kampong Sinawangan/Katubu dalam Mukim Rundum meminta campur tangan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk mencari penyelesaian terhadap tindakan drastik Jabatan Perhutanan yang merobohkan empat buah rumah diperkampongan itu tanpa amaran atau notis dikeluarkan sebelum tindakan perobohan dimulakan.
Jurucakap bagi pihak penduduk disitu Palipus Ampasu 45,(gambar) ketika memberitahu Harian Ekspress pada Isnin bahawa beliau kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkan nya sebagai keterlaluan dan tidak berperi kemanusiaan langsung.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan kakitangan Jabatan Perhutanan yang merobohkan 4 buah rumah penduduk perkampongan disitu pada Januari 13, 2011 jam 1 petang yang mendakwa kononnya rumah rumah tersebut telah berada dikawasan hutan simpan Rundum.
Ekoran insiden tersebut satu laporan Polis telah dibuat beliau pada Isnin yang ditemani beberapa penduduk disitu termasuk Haji Sabli Ambarok. Pihak Balai Polis disini ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut.
Palipus yang juga Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kg Katubu kelihatan agak beremosi ketika itu seterusnya berkata, “ Kami sudah tinggal disitu lebih 30 tahun lalu…mempunyai tanaman getah yang sudah mengeluarkan hasil tetapi kenapa baru sekarang kami diusir dan rumah rumah kami diroboh…nasib baik tidak dibakar,” tegasnya.
“ Ini kawasan perkampongan nenek moyang kami sejak beratus tahun dahulu lagi malangnya baru sekarang baru timbul kawasan hutan simpan yang kami tidak tahu keujudannya..kalau dakwaan mereka benar mana sempadannya?” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan masalah tersebut kepada Pegawai Daerah disini kesemua insiden dan perilaku kakitangan Jabatan Perhutanan yang didalangi kira kira 20 kakitangan yang dipercayai daripada Sandakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan