Sabtu, 15 Januari 2011

JAMAWI JAAFAR BERI SUMBANGAN TAHUN BARU CINA


Oleh: Ambrose Mail Mathew

TENOM: Satu majlis ringkas penyampaian bantuan kepada masyarakat Cina yang akan mengadakan sambutan tahun baru Cina peringkat daerah pada Januari 23, 2011 dipadang pekan dekat sini.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) disini Jamawi Jaafar kepada wakil pemimpin masyarakat Cina Kapitan Liew Foh Sin bertempat di perkarangan Pejabat Perhubungan Pergerakan Pemuda Umno Tenom pada Sabtu.

Jamawi Jaafar yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat dan Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan seterusnya menegaskan bahawa program tersebut merupakan amalan biasa bagi membantu pelbagai perayaan mengikut kesukuan disini pada masa masa lepas.

Tegasnya lagi, ia adalah selaras dengan matlamat dan objektif Perdana Menteri yang mahu melihat usaha penjanaan kebangkitan seni budaya dan adat resam sesuatu kaum dalam mengukuhkan perpaduan yang sedia ada sesuai dengan konsep 1Malaysia.

“ Kita buat sumbangan secara ikhlas termasuk baru baru ini perayaan Krismas juga kita telah buat sumbangan kepada mereka yang kurang berupaya supaya mereka juga dapat merasai kemesraan dan kemeriahan suasana perayaan itu,” tegas Jamawi.

Sementara itu, Kapitan Liew Foh Sin yang mewakili para pemimpin masyarakat Cina menerima bantuan tersebut menyatakan rasa syukur dan terharu dengan bantuan itu yang membolehkan mereka (masyarakat Cina) merayakan sambutan tahun baru Cina dengan penuh gilang gemilang bersama kepelbagaian kesukuan yang lain.

“ Kami gembira diberi sumbangan tersebut yang penuh bererti sekali dalam merealisasikan saranan Perdana Menteri bahawa kita adalah 1Malaysia dan tidak perlu berpuak puak lagi,” tegas Kapitan Liew ketika ditemui Harian Ekspress.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan