Khamis, 27 Januari 2011
JAMAWI RASMI TEMASYA OBOR GEMILANG SMK ENTABUAN
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Anak anak muda khususnya generasi muda masakini disaran agar tidak mudah mengalah dan berputus asa hanya kerana masalah kemiskinan menghantui mereka sebagai kekangan untuk meneruskan pembelajaran dalam usaha menimba ilmu yang lebih tinggi namun ruang ruang lain untuk berusaha seperti berniaga digerai gerai secara kecil kecilan dalam membantu menstabilkan sosio ekonomi sekeluarga masih ada.
Malahan usaha seperti itu turut membantu keluarga menyara persekolahan anak anak walaupun tidak semewah yang diharapkan. Apa yang lebih penting anak anak itu tidak tercicir didalam mendapat pendidikan seawal zamannya.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO pusat Jamawi Jaafar berkata demikian ketika merasmikan Temasya obor gemilang Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Entabuan kira kira 5km dari pekan dekat sini pada Khamis.
Tegasnya lagi, sebab itu Pemuda Umno mengambil langkah berani dengan mengambil 30 pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar miskin sebagai anak angkat pada tahun lepas dimana hasilnya mendapati kesemua pelajar tersebut telah mendapat pencapaian cemerlang didalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“ Saya juga seorang daripada pelajar miskin, ayah sekadar penoreh getah…tetapi ibu buat kueh mueh suruh saya jual di sekolah…hasil jualan setiap hari saya beri kepada ibu yang dengan tak disedari rupa rupanya hasil pendapatan itu disimpan oleh ibu untuk dana pendidikan saya dikemudian hari,” tegas Jamawi.
“ Saya tahu setakat mana kemampuan saya apa bila ditawarkan menuntut di UPM selepas selesai pengajian tingkatan enam diKota Kinabalu…tetapi dengan kecekalan dan kesungguhan untuk menimba ilmu, saya teruskan niat itu walaupun pada ketika itu hanya RM300 wang kocek ketika masuk UPM…akhirnya ternyata kejayaan itu memihak kepada saya,” tambahnya lagi.
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disini dan Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan seterusnya menegaskan bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan sistem e-kasih ketika mendaftarkan pelajar miskin yang baru diperkenalkan.
Katanya, walaupun pada peringkat awalan terdapat sedikit kekecohan berpunca daripada sedikit kelemahan sistem itu namun selepas itu ia berupaya ditatasi dengan sebaik mungkin.
Dalama pada itu mengenai dengan Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Jamawi berkata, beliau telah difahamkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Sabah (JPS) kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan surat surat perlantikkan selepas meneliti latar belakang mereka yang telah berkhidmat dua tahun keatas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan