Ahad, 23 Januari 2011

MAMPUKAH UMNO-BN BERTAHAN SELEPAS PRU13?

Oleh: JACKSON LU

PENGUMUMAN peruntukkan sejumlah RM10.72 billion untuk menjana kos pelaksanaan 424 projek baru dalam RMK-10 diSabah dalam fasa pertama antara tahun 2011 hingga 2012 sebagai putaran dibawah rancangan itu agak merimaskan dan membingungkan rakyat kerana semasa pengumuman itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman tidak menyatakan dengan jelas senarai projek projek baru yang dimaksudkan.

Meskipun pengumuman itu turut melegakan banyak pihak khususnya pemimpin pemimpin UMNO-BN kerana limpahan peruntukkan yang diumumkan itu berkemungkinan akan melenakan seketika rakyat jelata disetiap kawasan namun disebaliknya ia membuatkan rakyat tidak cukup tidur kerana berfikir semalaman apakah peruntukkan itu benar benar akan sampai ke sasarannya atau sekadar sandiwara politik menjelang PRU13.

RAKYAT tidak akan percaya lagi apa pun bentuk pengumuman Ketua Menteri kerana semua itu merupakan suatu ‘gimik’ politik dan kalau pun ia suatu kebenaran ia tidak lain selain menyuntik dana kepada pemimpin ‘grass root’ dalam menyempurnakan misi mereka untuk menyelamatkan gelaran ‘Fixed deposit’ yang semakin pudar setakat ini yang bukan sahaja diSabah tetapi juga di Borneo.

Rakyat tidak lagi boleh dimomokkan dengan janji janji keramat itu kerana semua itu untuk mengisi penuh poket yang kosong untuk meneruskan ‘survival’ politik mereka lebih lebih lagi PRU13 semakin menghampiri detik dan ketikanya untuk menguji sengat berbisa yang kononnya masih ada kepada UMNO-BN untuk menyekat kemaraan gandingan mantap pembangkang UBF,PR dan SAPP digelanggang politik PRU13 yang semakin mendapat sambutan rakyat Borneo.

Seperti juga rakyat Sabah yang pernah dimalukan selepas insiden kerajaan PBS ditumbangkan secara tidak bermoral pada tahun 1994 dipercayai didalangi UMNO-BN, kini pemimpin Sarawak Datuk Daniel Tajem bangkit dengan membawa SNAP sebuah parti yang diasaskan mantan Ketua Menteri Sarawak STEPHEN KALONG NINGKAN yang terpaksa turun takhta kerusi KM pada tahun 1967 atas kehendak kerajaan Pusat dan sekarang bersama UBF dan PR menggugat kepimpinan BN Sarawak pimpinan TS Taib pada PRU13.

Kehadiran UBF dan Datuk Tajem dalam menggerakkan pembangkang baik diSabah mahupun Sarawak memberikan suntikan semangat politik yang berkobar kobar kepada rakyat dikedua dua negeri yang berada diwilayah Borneo. Dimana bagi kedua dua negeri Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan sejarah politik yang pernah dialaminya iaitu selain penyingkiran KM Sarawak yang sah dipilih rakyat malah terus tertindas dengan mendapat hak asasi sepertimana Perjanjian Malaysia khususnya 20 Perkara.

PRU13 yang akan menjelang tiba sudah tentu ia akan menjadi suatu ujian getir kepada rakyat Sabah sama ada terus mengekalkan UMNO-BN untuk terus bertapak dibumi Sabah atau sebaliknya. Namun laungan demi laungan rakyat Sabah sudah memberi petanda bahawa PRU13 akan bersuaralah rakyat Sabah dengan mengatakan ‘No’ kepada UMNO-BN yang cukup memeritkan perasaan rakyat Sabah selama hampir 20 tahun.

ALASAN rakyat Sabah mengapa perlu menceraikan UMNO-BN dengan politik talak satu sudah tentulah jawapannya “ enough is enough, kami mahu memulih maruah Sabah yang telah tercemar dengan pelbagai karenah politik yang tergelincir dari landasan sebenar”.

Insiden yang berlaku dalam sejarah politik Sabah sejak dizaman kerajaan USNO pimpinan Allahyarham Tun Mustapaha, zaman Parti Berjaya pimpinan Allahyarham Tun Fuad Stephen dan PBS TS Pairin yang terpaksa tumbang pada tahun 1994 selepas membentuk kerajaan beberapa bulan gara gara beberapa wakil rakyatnya melompat ke UMNO dan BN cukup memberi pengalaman pahit dan ‘dukacita’ kepada rakyat Sabah yang cintakan ‘keamanan, keadilan dan demokrasi yang subur’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan