Jumaat, 21 Januari 2011
SAPP GESA KM SIAPKAN PROJEK NAIKTARAF LANDASAN KERITAPI DLM RMK-10?
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Beberapa pemimpin dikawasan Pedalaman termasuk pembangkang khususnya Parlimen Tenom menyambut baik pengumuman peruntukkan sejumlah RM10.72 billion oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Rabu untuk menjana pelaksanaan 424 projek baru dalam RMK-10 diSabah.
Pemimpin pembangkang disini turut menekan agar peruntukkan sejumlah itu menepati sasaran tepat sambil mengharapkan agar ia memberi keutamaan berkonsepkan slogan mendahulukan rakyat seperti penambaikan infrastruktur jalanraya, taliair untuk pesawah dan klinik klinik kesihatan luar Bandar.
Kapitan Ng Tet Hau Ketua Bahagian Liberal Democratic Party (LDP) Tenom mengharapkan agar dalam senarai 424 projek baru yang bakal dilaksanakan itu akan melibatkan projek menaiktaraf destinasi destinasi pelancongan didaerah disini supaya kedatangan pelancong bertambah ramai selain pengwujudan pakej pakej pelancongan yang terusun dan menarik.
“ Kedatangan pelancong disini amat minima dan itu pun mereka (pelancong) tidak bermalam disini kerana tiada aktiviti yang menarik untuk diserapkan didalam pakej mereka,” jelas Kapitan.
“ Pekan Tenom bertambah sunyi lebih lebih lagi waktu malam…para peniaga tiada pendapatan lebih terutama sekali pengusaha pengusaha hotel. We almost get zero every month,” tambahnya lagi.
Kapitan Ng yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi LDP pusat seterusnya menegaskan bahawa ekonomi disini perlu dibangunkan secara serius yang perlu menfokuskan kepada pembangunan sektor pelancongan dan sektor pembuatan khususnya kraftangan.
Tegasnya lagi, kedua dua sektor tersebut jika dibangunkan akan menjadi kerangka yang lebih kondusif kepada anjakan ekopelancongan disini dan seterusnya salah satu asas untuk mengapungkan ekonomi didaerah ini yang seakan akan menjunam terus kebawah.
Manakala Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah selain mengalu alukan peruntukkan tersebut, beliau meminta kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah supaya tidak terlepas pandang sekali lagi untuk menyiapkan sepenuhnya projek menaiktaraf landasan keritapi antara Tenom ke Beaufort yang sudah tergendala hampir 5 tahun lalu.
Tegas Jimmy lagi, beliau khuatir rakyat akan terus mengalami penderitaan selama 5 tahun lagi jika projek tersebut gagal disiapkan didalam RMK-10 dimana ia merangkumi didalam peruntukkan sejumlah 10.72 billion yang bakal dilaksanakan tahun ini (2011).
“ Kita mahu landasan ini disiapkan lebih awal sebelum kalendar melawat Malaysia dalam bulan Mei akan datang ini…tetapi dalam keadaan sebegitu rupa macam mana boleh siap…(Jadi) lebih baik kerajaan memikirkan sahaja kebajikan rakyat yang mengharapkan perkhidmatan keritapi disepanjang jalan antara Rayoh dan Pangi seterusnya ke Tenom, yang mana selama ini berjalan kaki berkilometer jauhnya sambil memikul hasil pertanian mereka seperti getah, padi dan kopi untuk dipasarkan dibandar” tegas Jimmy.
Dalam pada itu, Jimmy turut mengulas satu laporan dalam Daily Express keluaran Januari 5, 2011 yang bertajuk “ Rail disappointment” dimana ia menceritakan keperitan 20 ahli Persatuan Pengembara Labuan yang dipaparkan dalam laporan itu antara lain kata kata mereka seperti berikut, “ our rafting experience turn into a walking expedition instead, no thanks to Sabah ailway,” said Yunus.
Most of them felt “ The last train of Borneo experience “ deserved an award for being Sabah’s most disappointing tourism product.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan