Ahad, 30 Januari 2011
TBC PUPUK SEMANGAT PERSAUDARAAN, KUKUHKAN PERPADUAN?
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi menegaskan bahawa pihak beliau akan mempastikan setiap aduan yang telah dikemukakan oleh para pekedai sebelum ini berhubung beberapa masalah seperti kelembapan perkhidmatan yang melibatkan sistem perparitan dan pembentungan dikawasan perkadaran akan diambil perhatian serius untuk dilaksanakan.
Katanya, bukan sahaja setakat menyahut slogan Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat tetapi juga sudah menjadi tanggung jawab mereka selaku wakil rakyat untuk menangani masalah seperti itu yang memerlukan tindakan segera.
“ Kita juga turut menimbang masalah perkadaran cukai pintu yang kini menjadi persoalan pokok bagi mereka yang mendiami kawasan perkadaran,” kata beliau ketika berucap dihadapan kira kira 500 hadirin ketika merasmikan Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) tahun 2011 dan tarian naga Unicorn serta tarian singa diDewan Seri Antenom dekat sini pada Ahad.
Tegasnya lagi, ketika sesi kunjungan ke premis premis pekedai menjelang perayaan TBC dua hari lalu beliau tergamam seketika apabila terdapat segelintir peniaga yang mengemukakan masalah tersebut (perkadaran cukai pintu dan juga masalah perparitan) yang didakwa mereka sehingga kini masalah itu belum selesai ditangani oleh pihak tertentu.
“ Mereka memerlukan khidmat kita, Insyallah kita tiada masalah…dan kami tiga wakil rakyat disini akan berbincang mencari kaedah penyelesaian masalah tersebut dalam masa terdekat dan diharap mereka tabah dan bersabar menunggu,” tegas Raimie.
Dalam pada itu ketika menyentuh perayaan TBC, beliau menyifatkan perayaan TBC yang diamalkan setiap tahun disini satu satunya komitmen terbaik pihak penganjur dalam meneruskan kekukuhan perpaduan dan semangat persaudaraan yang jitu dikalangan kepelbagaian suku kaum selaras dengan konsep 1Malaysia.
Tegas Raimie, Negara majmuk khususnya diMalaysia telah menjadi contoh kepada Negara Negara lain tentang kejayaan dan kemampuannya menyatupadukan rakyatnya tanpa konflik kaum berlaku adalah kerana sikap rakyat Negara ini yang bertoleransi, saling hormat menghormati kesukuan lain dan mempercayai adat resam dan agama sesutu kaum.
“ Kita juga merayakan perayaan Hari Krismas bagi umat Keristian, Hariraya Puasa bagi masyarakat Islam, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan dengan perasaan muhibbah tanpa memperkecil kecilkan mereka…kita anggap mereka setara mustahaknya,” jelas Raimie.
“ Dalam menghoskan perayaan pun kita kena gilir gilir antara tiga wakil rakyat disini…dulu Datuk Rubin dan Datuk Radin sudah berlalu…tahun ini giliran saya pula menjadi hosnya,” tambahnya lagi.
Hadir sama dimajlis itu, Datuk Radin Malleh, Datuk Rubin Balang, Jamawi Jaafar, Ahli Majlis Tertinggi LDP Ng Tet Hau, OKK David Jani, ADO Kemabong Fredian Gan, Datuk Teo Min Chung Presiden Dewan Perniagaan Cina Tenom, Penasihat majlis Kapitan Wong Tet Yun, para Kapitan dan pemimpin Parti Komponen barisan nasional Tempatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan