Rabu, 2 Februari 2011

SAPP KEMABONG BIDAS KENAIKAN MINYAK RON97 MEMBEBANKAN!


Oleh: Mail Mathew

KEMABONG: Pemimin Parti Maju Sabah (SAPP) disini Saul Salleh membidas tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol Ron97 sepuluh sen seliter bermula jam 12.01 minit tengah malam kelmarin (Isnin) menjadikan harga baru Ron97 kepada RM2.50 seliter dimana kenaikkan itu menambahkan lagi bebanan rakyat khususnya mereka yang menggunakan kenderaan dalam urusan seharian.

Katanya, kerajaan harus menimbang pelbagai aspek yang kini masih menghantui rakyat dinegara ini seperti kemurungan perniagaan berpunca daripada ketidak tentuan ekonomi yang kini masih menghantui pasaran.

“ Kita kebingungan kerana semua barang keperluan sudah naik secara mendadak beberapa bulan lalu. Yang menjadi sasaran tindakan ini adalah rakyat yang berpendapatran kecil walaupun harga getah kini stabil diparas tinggi tetapi ia tidak memberi impak baik jikalau harga keperluan sudah mengekori kenaikkannya,” tegas beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Rabu.

Saul seterusnya berkata, kenaikkan tersebut memang difahami segelintir rakyat yang mudah faham keadaan itu yang antara lain berpunca daripada pergeseran pasaran dunia namun pemimpin kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak seharusnya mengkotakan janjinya yang pernah dilafazkannya bahawa tidak akan berlaku lagi kenaikan harga minyak selepas kenaikan pada November 2, dan Disember 1, 2010.

“ Dengan kata kata jaminan Perdana Menteri itu kita mengandaikan beliau akan berbuat sesuatu untuk membendung masalah itu sampai kepada rakyat yang bakal membebankan itu,” tegas Saul sambil kesal dengan kenaikan tersebut.

“ Saya dihantui oleh pertanyaan rakyat/pengguna disini, ada yang menyuarakan bantahan secara bersemuka dan tidak kurang pula mereka menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (sms) meminta saya menyuarakan bantahan ini,” tambahnya lagi.

Tegasnya lagi, walaupun Ron97 itu dinaikkan kononnya rakyat ada pilihan lain untuk membeli Ron95 yang agak murah sedikit, tetapi alasan itu tidak menasabah kerana pengangkutan membawa keperluan hidup rakyat di pelusuk pedalaman menggunakan Ron97 dan tentunya semua keperluan rakyat melambung tinggi kerana harga pengangkutan juga naik ekoran tindakan tersebut.

Dalam pada itu, Saul yang juga bekas Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) semasa era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi kepenggunaan (KPDNKK) agar lebih kerap memantau harga terkini pasaran barangan runcit khususnya di Tenom menjelang perayaan TBC kerana terdapat rungutan pengguna mendakwa ada segelintir peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga pasaran dimusim perayaan ini.

“ Kita pernah dengar suatu ketika dulu, parti parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO telah menubuhkan jawatankuasa masing masing memantau kenaikkan harga barangan runcit tetapi sekarang ini tidak kedengaran pula setakat mana sudah tindakan mereka atau sekadar kata kata hiasan sahaja sebagai penyeri muka,” tambah Saul lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan