Oleh: AMBROSE M. MATHW
MERUJUK kepada kenyataan kenyataan saya dimasa lalu berhubung perletakkan jawatan sebagai Pegawai Penerangan SAPP sekaligus keahlian parti bukan sekadar dibuat bertujuan menakut nakutkan pucuk kepimpinan SAPP atau untuk mendapatkan simpati kepimpinan parti itu tetapi sebaliknya ia dibuat secara serius selepas memikirkan pro dan kontranya beberapa bulan berdasarkan tindak tanduk seorang dua pemimpin tertinggi SAPP.
Saya ingin berterus terang bahawa tindakan yang saya lakukan ini kerana merasakan ia sudah tidak ada jalan lain untuk memperbaiki sikap pihak tertentu khususnya Ketua CLC Melalap Sdra Jimmy Jawatah yang tidak pernah membincangkan hal hal yang melibatkan dasar mahu pun pengurusan parti (jika ia melangkaui batas) apabila beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang saya lakukan secara bersemuka (rundingan empat mata) sebaliknya beliau lebih suka mengheret masalah itu diluar kuasa CLC.
Apakah ertinya lagi saya terus menerus berada dalam SAPP dan melaksanakan tanggung jawab seperti yang diamanahkan kepada saya selaku Pegawai Penerangan CLC Melalap jika setiap tugas dan peranan itu senantiasa salah dan melanggar dasar parti dan sebagainya.
Sebaliknya jika saya didapati tidak melaksanakan peranan dan tanggung jawab itu tidak berkesan langsung kerana lemah dan terlalu bergantung sangat semata mata kepada arahan dan inisiatif Sdra Jimmy Jawatah, bermakna amanah yang disandarkan oleh parti kepada saya sudah diabaikan. Maka sudah pastilah kepimpinan CLC akan lebih menyalahkan saya dalam soal tugas parti.
Kita juga bersetuju alasan Jimmy dan Datuk Frankie mengatakan bahawa pemimpin baru seperti Roger Stimin perlu ada pertemuan secara rasmi dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee sambil itu juga memohon untuk mendapatkan kepastian atau ‘green light’ dari Presiden pemilihan Roger sebagai bakal calun MP Tenom pada PRU13 kelak itu bukan masalah.
Namun persoalannya, apakah sebelum perjumpaan itu salah sekiranya SAPP CLC Melalap dan Kemabong mengusahakan aktiviti turun padang dan membawa bersama Roger sambil diperkenalkan kepada rakyat disesuatu kawasan walaupun pencalunannya tidak disentuh langsung pada ketika itu supaya kita dapat momentum daripada rakyat disesuatu kawasan/kampong.
Keduanya, kenapa mesti menunggu disaat saat akhir untuk SAPP melakukan tugas itu atau masih menunggu arahan pusat terutamanya Presiden untuk melakukan tugas dan amanah yang diberi kepada CLC Melalap. Sedangkan ia terletak dibawah tanggung jawab CLC untuk menilai dan memperakukan kewibawaan dan pengaruh bakal calun yang diketengahkan.
Sebenarnya, semua itu adalah tugas diperingkat kepimpinan akar umbi dimana selepas itu kita perlu mendapat ‘feed back’ rakyat/pengundi daripada setiap kawasan perkampungan yang telah dilawati. CLC perlu mendapatkan banyak maklumat daripada pengundi sebelum meletakkan seseorang bakal calun itu untuk dipersetujui dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.
Bagaimana pun kegawatan kerjasama dan kepercayaan Jimmy dan pemimpin pusat terhadap saya, maka tiada pilihan lain demi menyelamatkan SAPP terheret ke kancah pergolakan diperingkat akar umbi, saya sedia KELUAR PARTI DAN MELEPASKAN JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN.
Percayalah! Perjuangan SAPP amat cerah dan mendapat sambutan rakyat jati Sabah kerana halatuju perjuangannya berada diatas landasan yang benar. Namun ia hanya akan dapat direalisasikan jika semua pemimpin bekerja keras, sedia bertolak ansur dan telus dalam perjuangan.
Mentransformasi perjuangan SAPP mengikut peredaran zaman khususnya kesediaan parti itu beralih dizaman alab baru ini merupakan satu satunya asas perjuangan yang tepat dan mampu menggugat lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan