Sabtu, 4 Jun 2011

SANDIWARA UMNO DIULANG ULANG?



Oleh: MEDIA PKR TENOM

SANDIWARA Umno Tenom semakin menjadi jadi apabila episod yang terbaru ketika mesyuarat tahunan Umno Tenom yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada Jumaat sekali lagi Lampag Kurias diberi peranan lakunan penting kononnya seramai 250 ahli PKR Cabang Tenom menyertai Umno.

Sedangkan yang hadir pada ketika itu mengiringi Lampag dalam sesi penyerahan borang borang kemasukan keahlian mereka ke dalam Umno hanya sekitar kira kira 50 orang sahaja, itu pun kebanyakkannya dari kawasan Kemabong. Mana ahli ahli lain lebih kurang 200 orang lagi jikalaulah dakwaan Lampag itu betul.

Setiausaha Cabang PKR Tenom Misery Raisimin berkata demikian ketika memberitahu portal Sabahkini.net dalam satu kenyataan disini pada Sabtu sebagai reaksi beliau terhadap kemasukkan Lampag Kurias mantan Timbalan Ketua Cabang PKR disini ke dalam Umno.

Sebenarnya tegas Misery, lagu lagu lama Lampag dan Umno sudah dimainkan beberapa bulan lalu namun ianya kurang menyengat disebabkan pembuktian dakwaan itu kononnya PKR Cabang Tenom lumpuh selepas 20 Ahli Jawatankuasa Cabang telah keluar bersama Lampag tidak benar dan karut semata mata.

Sebaliknya tegas Misery lagi, episod pada Jumaat itu merupakan ulangan kepada episod lakunan yang lalu dan mereka cuba mengulang tayangnya semula demi kepentingan agenda politik Umno dimana Lampag Kurias dijadikan pelakun utamanya dengan harapan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan terhibur dengan gelagat mereka disini.

Misery seterusnya berkata, tidak dapat dinafikan bahawa kemungkinan juga terdapat beberapa ahli PKR dalam lingkungan tidak sampai sepuluh orang mengikut jejak langkah Lampag tetapi tidaklah sehingga mencecah 250 orang jumlahnya.

Besar kemungkinan mereka yang menghantar borang itu adalah dikalangan ahli ahli lama Umno yang tidak aktif sama seperti Lampag yang pernah menjadi ahli Umno ketika ianya mula mula bertapak diSabah tetapi tidak aktif.

Mengikut rekod pejabat PKR disini tegas Misery, setakat ini tidak terdapat ahli ahli keluar PKR dan menyertai Umno selain Lampag dan rakan rakannya tidak sampai sepuluh orang yang bertindak keluar beberapa bulan lalu yang disambut kedatangan mereka oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar disebuah hotel ternama di Kota Kinabalu.

Berhubung dakwaan Umno dan Lampag yang mengatakan bahawa PKR Cabang Tenom sudah lumpuh berikutan penghijrahan 250 orang itu ke dalam Umno adalah tidak betul dan dinafikan Misery dengan sekeras kerasnya. Malahan Misery lebih senang diatas keberangkatan keluar mereka yang memberi masalah kepada parti atau menjadi “Liabiliti” kepada PKR Tenom.

“ Kita tidak merasa pening kepala lagi, kerana selagi mereka itu ada bersama kita, kita tidak boleh buat kerja dimana kita asyik melayani kehendak mereka yang bukan bukan. Syukurlah, bila mereka keluar terutamanya Lampag, lebih ramai yang masuk menyertai PKR termasuk seorang ahli politik veteran dan mantan Penolong Pengarah sebuah Jabatan Kerajaan persekutuan,” tegas Misery.

Mengenai dakwaan Lampag kononnya PKR tidak mempunyai masa depan menyebabkan beliau keluar PKR dan menyertai Umno Misery menjawab,

“ Sekarang ini Lampag sudah berada dalam Umno dia kata PKR tiada masa depan dan tidak yakin dengan perjuangan PKR, tetapi dulu dia bersama kita dalam PKR dia berkata, Umno parti perkauman, Umno penyengak rakyat Sabah, Umno kerajaan kukubesi. Jadi, dengan kenyataan Lampag itu bolehkah kita percaya lagi sandiwaranya,” jelas Misery.

Beliau menambah, Lampag keluar PKR kerana dia sendiri telah sedar bahawa dia tidak boleh buat kerja untuk melayani kehendak rakyat selain mengharapkan jentera pentadbiran cabang disini untuk membantunya. Untuk menutup segala kelemahannya daripada tembelang pecah dan diketahui rakyat khususnya ahli ahli PKR sebab itulah dia bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Malahan yakin Misery bahawa sepeninggalan Lampag dan sekutunya daripada PKR tidak sedikit pun melemahkan kekuatan dan jentera PKR dalam menghadapi PRU13 yang mungkin diadakan dalam masa terdekat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan