Khamis, 21 Julai 2011

JKKK LARI, MASALAH RAKYAT TERABAI?


Oleh: MEDIA SAPP


TENOM: Penduduk Kg Kanar merasa kecewa dengan sikap dingin pihak tertentu khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) disitu yang tidak prihatin terhadap beberapa pembangunan yang bermasalah dan memerlukan tindakan segera.


Diantara masalah yang mendesak dan terabai sejak tahun lepas (2010) terutamanya masalah kalbot tersumbat dan hamparan kayu kayan buruk yang mengotori sungai sebagai punca air banjir cepat melimpah keluar dari sungai ketika banjir kilat baru baru ini.

“ Kami diperlakukan seperti bola, disepak kesana dan kesini apabila kami mengadu masalah tersebut. Pengerusi JKKK pula menghilang diri entah kemana perginya,” kata Jamikir Ibrahim 60, seorang pesara kerajaan yang kesal dengan perlikau pihak tertentu ketika ditemui pada Ahad.

“ Kami sudah bosan dengan kelibat mereka yang berdolak dalik,” katanya lagi yang kemudiannya mengambil keputusan mengadakan gotong royong untuk mejalankan pembersihan sungai yang dicemari sampah sarap serta kayu kayu buruk yang dihanyutkan banjir kilat baru baru ini menyebabkan kalbot tersumbat.

Pihak Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap diketuai Rudy Sulaiman Mairi tidak ketinggalan turut membantu penduduk disitu menjalankan gotong royong tersebut.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda telah digunakan untuk menarik batang batang kayu sebesar pemeluk lengan telah ditarik ke tepian sungai menggunakan “winch”.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar PEMUDA SAPP BANTU GOTONG ROYONG- Kelihatan salah satu daripada kalbot telah hampir siap kerja menarik keluar sampah sarap dan kayu kayan yang menyebabkan kalbot tersumbat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan