Rabu, 3 Ogos 2011

Terbongkar: Jabatan Kebajikan tidak telus bantuan untuk wargaemas?

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Berikutan penemuan berlakunya kepincangan pengurusan bagi permohonan bantuan wargaemas daripada tabung kebajikan Jabatan Kebajikan dan Perkhidmatan Am Negeri Sabah sepertimana yang dirungkai oleh Harian Ekspress baru baru ini, kini menjadi fokus masyarakat diseluruh pelusuk daerah diSabah ketika ini.


Daerah disini, seorang wargaemas Nasir binte Tasing KP 441231-12-5276 warga tempatan 66, tinggal diKg Undusan telah memohon untuk bantuan wargaemas sejak tahun 2005 sehingga sekarang tidak ada jawapan.

Tegas Nasir, selain JKKK beliau sendiri berulang kali datang ke pejabat Jabatan Kebajikan untuk mendapat kepastian permohonannya sama ada lulus atau sebaliknya namun jawapan pegawai terbabit memintanya bersabar dan terus menunggu kelulusan tersebut.

Pengerusi JKKK Kg Undusan Martin Kamandu ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa permohonan penama tersebut telah dirujuk berulang kali ke Pejabat Kebajikan namun sehingga sekarang namanya tidak ada dalam senarai penerima.

Seorang pesara ATM (Angkatan Tentera Malaysia) Ex-Sgt Majakum Matthew mendakwa bahawa ibunya Kalabu binte Magayun KP 301113-12-5010 yang telah meninggal dunia pada Januari 3, 2011 mempunyai bayaran bantuan yang tertunggak sejak bulan November, Disember dan Januari.

Bagaimana pun selepas itu Jabatan berkenaan hanya mengeluarkan bayaran tunggakan untuk bulan November manakala bulan Disember dan Januari lesap begitu sahaja.

Manakala seorang OKU yang mendapat bantuan Am Susan binte David 21, dimana bantuan bulanannya mengikut rekod sebanyak RM 165.00 sebulan. Penama tersebut telah didaftarkan sebagai penerima bantuan itu bermula pada Disember 1, 2009.

Bagaimana pun tegas ibu kepada OKU itu Sinsim Salimbun 55, yang tinggal di Kg Mantailang kira kira 10km dari pekan disini terkejut kerana sejak ianya didaftarkan sebagai penerima tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan mengikut kelulusan sebanyak RM165.00 sebulan sehingga sekarang.

“ Tetapi saya hairan kenapa anak saya ini mendapat bayaran kononnya bonus sebanyak RM165.00 bagi Mei 11, 2011 dan sekali lagi pada September 1, 2011. Kalaulah anak saya permohonannya ditolak tetapi kenapa pula bonus dibayar. Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara Jabatan Kebajikan menangani masalah rakyat yang memerlukan bantuan seperti kami yang bermasalah,” tegas Sinsim yang juga seorang balu.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar NASIR BTE TASING- Kelihatan Nasir menunjukkan KP yang menunjukkan beliau adalah warga tempatan dan bukan PATI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan