Oleh: AMBROSE M. MATTHEW
PERCANGGAHAN pendapat dalam kemelut masalah Persatuan Murut Sabah (PMS) yang dipimpin Datuk Rubin Balang bermula apabila beliau menyisip masuk menyertai satu lagi persatuan yang sama taraf fungsinya dengan PMS iaitu Persatuan KDM Malaysia yang dipimpin Datuk John Ambrose yang juga merupakan Ketua UMNO Penampang.
Besar kemungkinan masalah itu hanya akan dapat diselesaikan menerusi satu jalan keluar sebagai penyelesaian ialah PMS harus mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (MALB) untuk memberi peluang kepada Datuk Rubin Balang menjelaskan kepada perwakilan rasional disebalik penyertaannya ke dalam KDMM sekaligus untuk meleraikan kekeliruan itu dikalangan ahli ahlinya yang kini semakin membara bahangnya.
Sekiranya Datuk Rubin Balang masih bertegas untuk tidak menjelaskan tujuan dan matlamatnya itu sudah pastilah ahli ahli PMS bertambah marah dimana akhirnya ketidak percayaan masyarakat suku kaum Murut mula menular dan sedikit sebanyak ianya dapat memudarkan ketokohan politik beliau yang dialaminya lebih 20 tahun lalu.
Banyak alasan mungkin dapat dilakukan Datuk Rubin untuk menepis keluar tomahan tomahan masyarakat Murut dimana beliau boleh mendakwa bahawa penyertaannya dalam KDMM bukan atas kapasitinya sebagai pemimpin PMS malah dilakukannya sebagai solo. Persoalannya, apakah orang orang Murut berpuas hati dengan alasan Rubin?
Bagaimana pun persoalan masih lagi belum terjawab dengan jelas sepenuhnya rasional penglibatannya kerana itu kesangsian masih terus menebal dikalangan masayarakat Murut yang tidak mungkin akan dapat menerima alasan Rubin.
Ada dikalangan cendikiawan Murut pernah berkata, “ Lojikkah Rubin yang sedang memandu sebuah bas sarat dengan penumpang orang orang Murut, tetapi secara tiba tiba meninggalkan bas itu separuh jalan dan menyertai sebuah bas KDMM sarat dengan muatan emas, perak dan sebagainya…orang Murut tetap mengesali tindak tanduk Rubin walau apa pun apa alasannya adalah kerana Rubin tetap sebagai pemandu bas PMS yang diharapkan memandu bas itu sampai ke destinasi yang ditujunya,”.
Sementara itu, selain tindakan terbaru beliau itu, ramai juga golongan cendikiawan Murut yang turut merongkai pelbagai kelemahan kepimpinan PMS sejak Rubin menerajuinya dimana tahap pencapaian kemajuannya masih ditahap minima malah tidak ada sesuatu perkara baru yang dicetuskan PMS selepas kelahiran Pesta Kalimaran.
Selain itu, keraguan masyarakat Murut turut dipaparkan keluhan dan isi hati mereka menerusi portal portal dan juga blog atau lebih dikenali sebagai media alternatif dimana tanpa segan silu mereka menyatakan penentangan bahawa harapan mereka PMS tidak dijadikan sebagai “ batu loncatan” untuk kepentingan survival politik inidividu tertentu sahaja kerana PMS adalah milik untuk semua kaum Murut sebaliknya bukan milik seorang sahaja.
Suara suara sumbang yang sudah jelas kedengaran dari peringkat bawahan, apakah PMS akan terus mendiamkan diri dan menunggu sehingga isu itu lenyap dengan sendirinya tanpa berbuat sesuatu, sudah tentu jawapan kepada persoalan itu adalah SALAH kerana dalam diam ratusan ribu masyarakat Murut sudah pasti akan merangka beberapa hukuman kepada pemimpin pemimpin Murut khususnya yang berada dalam PMS ketika PRU13.
Sama ada pendapat ini mempunyai kebenaran atau tidak tetapi ianya sekadar PENDAPAT demi menyedarkan kelemahan dipihak pihak yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan